HONG KONG, 23 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat subsidiari Doo Group, Doo Financial HK Limited (No. entiti pusat: BSM562), mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanannya dengan perolehan lesen Jenis 4 (Memberi Nasihat tentang Sekuriti) dan Jenis 9 (Pengurusan Aset) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong (HK SFC).
Menyediakan Perkhidmatan Profesional Di Bawah Penyeliaan Pengawal Selia Kewangan Terkemuka
HK SFC ialah salah satu pengawal selia kewangan Hong Kong. Sementara objektif, fungsi, kuasa dan tugas SFC ditetapkan dalam SFO.
Setelah memperoleh lesen-lesen Jenis 4 (Memberi Nasihat tentang Sekuriti) dan Jenis 9 (Pengurusan Lesen) yang dikeluarkan oleh HK SFC, Doo Financial HK Limited dibenarkan untuk menyediakan kepada pelanggan dengan perkhidmatan berikut:
1. Jenis 4 (Memberi Nasihat tentang Sekuriti)
a. memberi nasihat tentang –
i. sama ada;
ii. yang mana;
iii. ketika berlakunya; atau
iv. terma-terma atau syarikat-syarikat yang melaluinya, sekuriti hendaklah diperoleh atau dilupuskan; atau
b. Mengeluarkan analisis atau laporan, bagi tujuan mempermudah penerima analisis atau laporan untuk membuat keputusan tentang -
i. Sama ada;
ii. Yang mana;
iii. ketika berlakunya; atau
iv. terma-terma atau syarikat-syarikat yang melaluinya, sekuriti hendaklah diperoleh atau dilupuskan,
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bab 571 Ordinan Sekuriti dan Niaga Hadapan – Aktiviti Terkawal Jadual 5: https://www.elegislation.gov.hk/hk/cap571!zh-Hant-HK
2. Jenis 9 (Pengurusan Aset)
a. pengurusan skim pelaburan hartanah; atau
b. pengurusan sekuriti atau kontrak niaga hadapan
Satu Pencapaian Penting Dalam Perjalanan Global Doo Group Bagi Mencapai Kepelbagaian Kewangan
Sejak lapan tahun yang lalu, Doo Group telah menyerlahkan semangat agar tidak berhenti meneroka, mengubah cabaran menjadi peluang. Perolehan lesen Jenis 4 dan Jenis 9 merupakan langkah yang besar oleh Doo Group bagi membina ekosistem kewangan kohesif global. Pada masa akan datang, Doo Group akan terus meneroka lebih jauh ke arah masa depan yang lebih baik dan makmur.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di www.doogroup.com
Emel: marketing@doogroup.com