SINGAPURA, 23 Februari 2023 /PRNewswire/ -- JJ-LAPP, satu usaha sama antara Jebsen & Jessen Group dan LAPP Holding Asia, serta Trina Solar, penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar global yang terkemuka, telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) yang meliputi kerjasama strategik dan meramalkan permintaan yang luar biasa di Asia Tenggara untuk tenaga solar.
Dari kiri ke kanan ialah Marc von Grabowski, Ketua Pegawai Eksekutif, JJ-LAPP dan Helena Li, Presiden, Perniagaan Produk Solar Global, Trina Solar
JJ-LAPP dan Trina Solar bersetuju untuk bersama-sama membangunkan projek-projek PV solar di Asia Tenggara demi manfaat pelanggan dalam segmen komersial, perindustrian (C&I) dan skala-utiliti pasaran solar.
Trina Solar menyediakan modul solar, penjejak, sistem kawalan penyeliaan dan pemerolehan data (SCADA) dan produk-produk lain yang diperlukan untuk pemasangan C&I dan berskala-utiliti. Sementara itu, JJ-LAPP menyediakan jenis produk lain yang diperlukan untuk pemasangan solar – seperti kabel AC dan DC, penyambung dan sebagainya – yang juga kritikal dan turut membantu menurunkan kos imbangan sistem (BOS) keseluruhan dalam projek solar.
Kedua-dua syarikat ini pernah bekerjasama sebelum ini untuk projek-projek solar di Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia, Filipina dan Thailand. Sebagai contoh, mereka telah mengusahakan banyak pemasangan bumbung di Indonesia serta projek 6.28MW untuk pemaju tenaga solar Indonesia.
Di Filipina, JJ-LAPP dan Trina Solar telah mengusahakan pemasangan bumbung untuk penjual perabot yang memiliki beberapa kedai besar di seluruh negara berkenaan. Setiap pemasangan kompersial bumbung ialah 120-300kW.
JJ-LAPP dan Trina Solar mula bekerjasama di Singapura pada tahun 2020. Sejak itu, perkongsian berkenaan telah berkembang ke seluruh Asia Tenggara. Di bawah MOU baharu, yang ditandatangani pada hari ini di Singapura dan berkuat kuasa serta merta, JJ-LAPP menjangkakan jumlah modul solar yang dipesan daripada Trina Solar pada tahun kalendar ini akan meningkat lebih dua kali ganda berbanding 21MW pada tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif JJ-LAPP, Marc von Grabowski berkata: "Segmen solar membawa kepentingan strategik kepada JJ-LAPP. Kami berbesar hati kerana menemui satu lagi rakan kongsi yang komited daripada Trina Solar dan mengusahakan cita-cita bersama kami untuk menyediakan kuasa solar yang andal kepada rantau Asia Tenggara. Sejak beberapa tahun yang lalu, kami telah mengalami - bukan sahaja produk berkualiti daripada Trina Solar sebagai sebahagian daripada himpunan sistem solar JJ-LAPP - bahkan turut menghargai sokongan profesional mereka sepanjang perjalanan."
Ketua Serantau untuk Tenaga Boleh Baharu di JJ-LAPP, John Hng, menambah: "Hanya sedikit yang boleh dilakukan apabila bersendirian, namun banyak yang boleh dilakukan secara bersama."
Todd Li, Presiden Trina Solar Asia Pacific berkata: "Trina Solar akan mengekalkan kepimpinannya dan memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat terhadap modul PV berprestasi tinggi. Saling bekerjasama dapat memberi kos BOS yang lebih rendah, kerana JJ-LAPP dan Trina Solar menyumbang sebahagian besar daripada perkakasan yang digunakan dalam pemasangan solar. Kami juga dapat membantu mengurangkan kos tenaga kerja untuk projek pelanggan dengan menyelaraskan usaha kami dan menyampaikan kecekapan lebih tinggi dalam proses kerja."
Di bawah MOU baharu, JJ-LAPP dan Trina Solar turut bersetuju untuk menyokong satu sama lain bagi operasi dan penyelenggaraan pemasangan solar. Ini dapat membantu projek-projek pelanggan mencapai kos kitar hayat yang lebih rendah. Menurunkan kos operasi dan penyelenggaraan sepanjang hayat pemasangan solar adalah kritikal bagi mencapai penurunan kos tenaga teraras (LCOE) selanjutnya.
Latar Belakang Trina Solar (688599.SH)
Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat ini terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan produk PV; pembangunan projek PV, EPC, O&M; pembangunan dan penjualan sistem pelengkap mikro-grid pintar dan berbilang-tenaga serta operasi platform-awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama Energy IoT, menubuhkan Perikatan Pembangunan Perindustrian IoT Tenaga Trina bersama-sama perusahaan-perusahaan terkemuka dan institut-institut penyelidikan di China dan seluruh dunia serta menubuhkan Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu. Melalui tindakan ini, Trina Solar komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya bagi membina ekosistem IoT tenaga dan membangunkan platform inovasi bagi meneroka IoT Tenaga Baharu ketika ia berusaha untuk menjadi peneraju dalam tenaga pintar global. Pada Jun 2020, Trina Solar disenaraikan pada STAR Market dalam Bursa Saham Shanghai. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com.
Latar Belakang JJ-LAPP
JJ-LAPP ditubuhkan sebagai satu usaha sama antara Jebsen & Jessen Group dan LAPP Holding Asia Pte Ltd, subsidiari LAPP Group di Jerman, untuk menjadi penyedia penyelesaian kabel dan sambungan yang terkemuka di ASEAN.
Kami membawa nilai kepada pelanggan kami dengan menyetempatkan inovasi Jerman, pembuatan dan rangkaian produk kami yang berkualiti tinggi di Indonesia serta melengkapkan rangkaian ini dengan pelbagai produk yang diperoleh daripada jenama-jenama yang terkenal di dunia. Ini membolehkan kami menyediakan pelbagai jenis penyelesaian yang memaksimumkan pulangan pelaburan untuk pelanggan kami.
Memberi perkhidmatan di seluruh ASEAN, pasukan kami komited untuk membina perkongsian berasaskan kepercayaan bersama pelanggan kami dan membantu mereka mencapai kejayaan perniagaan yang mereka inginkan. Kami berbangga kerana dapat menawarkan perkhidmatan untuk sektor Automasi Bangunan, Automasi Perindustrian, Tenaga Boleh Baharu, Pengilang Peralatan Asli, Pengangkutan dan Automotif dengan penyelesaian kabel serta sambungan sejak tahun 1980.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.jj-lapp.com/