omniture

Syarikat-syarikat elak dakwaan acah hijau memalukan melalui khidmat Komunikasi Kelestarian baharu

Hong Bao Media
2023-02-23 21:43 36
  • Khidmat nasihat Komunikasi Kelestarian membantu syarikat-syarikat agar menjauhi acah hijau dan untuk menyampaikan komitmen dan sumbangannya dengan berkesan kepada pihak berkepentingan
  • Menggabungkan semakan forensik pakar terhadap Laporan Kelestarian syarikat, panduan pemesejan serta bimbingan kemahiran komunikasi untuk pengurusan kanan.

SINGAPURA dan SAN DIEGO, 23 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Organisasi-organisasi kini boleh memastikan inisiatif kelestarian mereka tidak terdedah kepada dakwaan acah hijau yang memalukan, melalui khidmat nasihat komunikasi kelestarian baharu daripada Hong Bao Media.

Program 'Greenwash-proof your Sustainability Communications' ('Kalis-acah hijau Komunikasi Kelestarian anda') membantu organisasi-organisasi mempertingkat cara mereka menghebahkan inisiatif kelestarian mereka, tatkala pelabur, pengawal selia, NGO dan media melaksanakan penelitian yang sangat rapi ke atas syarikat-syarikat ini bagi acah hijau.

Melalui perkongsian bersama Beyond3020, Inc. berpangkalan di San Diego, Pasukan Kepimpinan Kanan dan Lembaga Pengarah menerima audit Laporan Kelestarian sedia ada mereka, berserta panduan untuk merangka semula pendedahan mereka jika perlu. Hasilnya ialah cara yang mantap untuk menyampaikan inisiatif kelestarian yang ditunjukkan dan diukur yang memenuhi syarat-syarat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk "integriti yang ditunjukkan, ketelusan yang radikal serta kebertanggungjawaban pihak ketiga".

"Ramai peserta latihan media kami yang telahpun berusaha untuk menyampaikan inisiatif kelestarian mereka. Tawaran perkhidmatan baharu kami bertujuan untuk mempertingkat pesanan ini bagi memastikan ia mampu bertahan daripada penelitian rapi yang sah daripada semua pihak berkepentingan," kata Mark Laudi, Pengarah Urusan Hong Bao Media.

"Tugas kami dalam pelaksanaan SDG termasuk menjalankan analisis forensik terhadap laporan kelestarian untuk tanda-tanda acah hijau, menyuntingnya tanpa henti dan merapatkan jurang untuk penambahbaikan proses jika perlu," tambah Dr. Brooke Newman, Ketua Pegawai Eksekutif Before3020, Inc., sebuah Perbadanan Faedah Awam.

"Tawaran kursus ini adalah yang terbaik berbanding "hackathon" kelestarian korporat; kami mendapati terdapatnya kelemahan dalam usaha dan komunikasi kelestarian untuk menyelamatkan anda daripada dakwaan acah hijau yang memalukan dan berkemungkinan membebankan," ujar Robert van Zwieten, Ketua Pegawai Operasi/Ketua Pegawai Kewangan pecahan Before3020, Inc. dan ahli Lembaga Hong Bao Media.

"Keperluan untuk mempertingkat komunikasi berkisarkan inisiatif kelestarian adalah genting. Para pelabur semakin letih, kerana pendedahan bercampur aduk yang tidak standard dan ulasan penganalisis lebih menimbulkan kekeliruan daripada memberi penjelasan," simpul Laudi. "Organisasi-organisasi yang melindungi komunikasi kelestarian mereka daripada dakwaan acah hijau boleh mendapat kelebihan kompetitif yang signifikan berbanding mereka yang meneruskan mesej kualitatif yang menimbulkan rasa puas hati yang tidak banyak membantu memerangi perubahan iklim dan berisiko mendapat kecaman orang ramai."

~ PRATONTON / SOAL JAWAB ~

Sertai pratonton percuma dan sesi Soal Jawab untuk khidmat nasihat "Bagaimana untuk kalis-acah hijau Komunikasi Kelestarian anda" ("How to greenwash-proof your Sustainability Communications") yang berlangsung pada Selasa, 11 April 2023 bermula jam 13:30-15:30 SGT

Daftar di sini: https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_T1iUsWNrSfeyiAvSBNkXHw 

Penceramah:

Mark Laudi ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hong Bao Media, syarikat perunding bimbingan media dan komunikasi yang berpangkalan di Singapura dan Kuala Lumpur.

Dr. Brooke Newman ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Before3020, Inc., sebuah organisasi B2B khidmat penuh generasi baharu yang terdiri daripada pencetus perubahan yang membantu menjana hasil sosial dan kewangan syarikat-syarikat melalui penglibatan pelaksanaan SDG PBB.

Robert van Zwieten ialah, antara peranan-peranan lain, Ketua Pegawai Operasi/Ketua Pegawai Kewangan pecahan Before3020, Inc. serta ahli Lembaga Hong Bao Media.

Untuk maklumat lanjut:
Mark Laudi
mark.laudi@hongbaomedia.com
(65) 6223 2249

Source: Hong Bao Media
Keywords: Advertising Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service New products/services