omniture

AVPN dan Moody's Berganding Bahu Perkasa Perusahaan Pimpinan-Wanita Peringkat Awal hingga Pertumbuhan

AVPN
2023-02-24 12:43 60

SINGAPURA, 24 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Asian Venture Philanthropy Network (AVPN), dengan kerjasama Moody's, sangat teruja mengumumkan pelancaran edisi kedua Program Merangsang Keusahawanan dan Pertumbuhan Perniagaan (Stimulating Entrepreneurship and Business Growth Programme), sebuah program pembinaan kapasiti yang bertujuan untuk memperkasa dan menyokong perusahaan yang diketuai oleh wanita di peringkat awal hingga pertumbuhan di rantau Asia Pasifik. Program ini bermatlamat untuk mewujudkan laluan untuk impak yang berkekalan di rantau ini dengan menyokong generasi pemimpin yang akan datang.

Wanita yang mengendalikan perusahaan mereka sendiri memerlukan sokongan untuk berkembang maju. Program Merangsang Keusahawanan dan Pertumbuhan Perniagaan kembali untuk memperkasa dan menyokong perusahaan yang dipimpin oleh wanita bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan perubahan sosial. Permohonan dibuka mulai 23 Februari hingga 31 Mac 2023.
Wanita yang mengendalikan perusahaan mereka sendiri memerlukan sokongan untuk berkembang maju. Program Merangsang Keusahawanan dan Pertumbuhan Perniagaan kembali untuk memperkasa dan menyokong perusahaan yang dipimpin oleh wanita bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan perubahan sosial. Permohonan dibuka mulai 23 Februari hingga 31 Mac 2023.

Program ini dibuka kepada perniagaan kecil-kecilan yang merupakan perusahaan yang menjana hasil di peringkat awal hingga pertumbuhan. Perniagaan kecil-kecilan yang layak perlu mempunyai Produk Berdaya Maju Minimum (Minimum Viable Product, MVP) yang sedia untuk menjalani pengesahan dan/atau telah memperoleh pelanggan pertama mereka. Perniagaan kecil-kecilan hendaklah berdaftar dan/atau beroperasi di rantau Asia Pasifik. Keutamaan akan diberikan kepada perniagaan kecil-kecilan yang dipimpin oleh wanita dalam jawatan kepimpinan dan/atau memfokuskan untuk memberi impak ke atas isu-isu wanita. 

"Kami benar-benar berbangga untuk meneruskan sekali lagi inisiatif yang hebat ini bagi menyokong perusahaan yang diketuai oleh wanita di peringkat awal hingga pertumbuhan untuk mendapatkan kemahiran dan sumber yang diperlukan oleh mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka dan memberi impak yang berkekalan ke atas komuniti mereka," kata Naina Subberwal Batra, Ketua Pegawai Eksekutif AVPN. "Dengan memperkasa lebih ramai usahawan wanita di rantau Asia Pasifik, kami menyasarkan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan impak yang berkekalan dalam komuniti Asia."

"Kami teruja untuk berkolaborasi dengan AVPN dalam program yang inovatif ini," kata Jennifer Stula Rivera, Ketua Global Impak Komuniti, Moody's. "Dengan membekalkan ilmu pengetahuan dan sumber, matlamat kami adalah untuk membantu usahawan ini mengembangkan perniagaan kecil-kecilan mereka dan mendorong keterangkuman ekonomi dalam komuniti mereka."

Para peserta dalam program ini akan mendapat akses kepada acara-acara perangkaian lain yang dianjurkan oleh AVPN seperti Sidang Kemuncak Asia Selatan, Asia Tenggara. Di samping itu, para peserta akan dapat dikenali dengan keahlian pelabur sosial AVPN yang luas, melalui penyenaraian Deal Share Platform. Tempoh permohonan untuk program ini adalah dari 23 Februari hingga 31 Mac 2023. Perniagaan kecil-kecilan yang berminat digalakkan untuk memohon awal bagi mendapatkan tempat dalam program.

Untuk maklumat lanjut tentang program dan cara memohon, kunjungi https://avpn.asia/capacity-building/stimulating-entrepreneurship-and-business-growth/

Latar Belakang AVPN

AVPN ialah rangkaian yang terbesar di dunia bagi Pelabur Sosial di Asia, dengan lebih 600 ahli yang pelbagai dalam 33 pasaran. Misi mereka adalah untuk merapatkan jurang Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) di Asia dengan membolehkan ahli-ahli mereka meningkatkan aliran modal kewangan, insan dan intelek ke arah impak. Dengan berkongsi ilmu pengetahuan dan menginovasi kolaborasi antara penggubal dasar, pejabat keluarga, yayasan dan sektor swasta, AVPN meningkatkan keberkesanan modal yang digunakan; memenuhi keperluan tempatan, kepakaran serantau dan pandangan dasar.

Latar Belakang Moody's

Moody's (NYSE: MCO) ialah sebuah firma penilaian risiko bersepadu global yang memperkasa organisasi-organisasi untuk membuat keputusan yang lebih baik. Data, penyelesaian analitik dan pandangannya membantu pembuat keputusan mengenal pasti peluang dan mengurus risiko dalam menjalanakan perniagaan bersama pihak-pihak lain. Mereka percaya bahawa ketelusan yang lebih tinggi, keputusan lebih bermaklumat dan akses yang saksama kepada maklumat membuka peluang untuk mencapai kemajuan bersama. Dengan kira-kira 14,000 pekerja di lebih daripada 40 negara, Moody's menggabungkan kehadiran antarabangsa dengan kepakaran tempatan serta pengalaman selama lebih seabad dalam pasaran kewangan.

Source: AVPN
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications New products/services Small Business Services Women-related news