omniture

Trina Solar lancar modul dwi-kaca jenis n 445W Vertex S+ untuk bumbung

Trina Solar Co., Ltd
2023-02-27 08:19 60

CHANGZHOU, China, 27 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar global yang terkemuka, melancarkan generasi baharu modul bumbung di pameran perdagangan Genera di Madrid, Sepanyol pada 21 Februari: barisan produk dwi-kaca jenis n Vertex S+ dengan kuasa output mencecah 445W, yang tertinggi di kawasan berkeluasan kurang daripada 2 meter persegi. Modul-modul ini, menggabungkan beberapa teknologi canggih, yang memberi jaminan kuasa sehingga 30 tahun, telahpun memasuki pengeluaran besar-besaran.

Apabila melibatkan pemilihan modul solar untuk bumbung, pemasang dan pelanggan mereka melihat kepada tiga perkara: Output kuasa maksimum daripada ruang yang sempit; pemasangan dan operasi tanpa masalah selama berdekad-dekad; dan rupa yang elok di atas bumbung. Di sinilah siri Vertex S+ baharu daripada Trina Solar memainkan peranannya dengan tepat.


Memenuhi setiap citarasa: Pilihan dwimuka dan monomuka optimum di bawah 2 meter persegi

Bumbung dan pilihan individu mungkin sedikit berbeza antara senario-senario aplikasi. Justeru itu, Vertex S+ boleh didapati dalam dua spesifikasi. NEG9R.28 monomuka didatangkan dengan pengkapsul belakang berwarna putih demi kuasa output maksimum meningkat sehingga 445Wp dan kecekapan mencecah 22.3%. Sebaliknya, NEG9RC.27 lutsinar merupakan pilihan utama aplikasi estetika canggih, sebagai contoh untuk bumbung kediaman di mana tatasusunan kesemuanya akan hilang secara optikal. Modul dwimuka ini membawakan kuasa sisi depan 435Wp, pada kecekapan 21.8%. Kedua-dua jenis mempunyai luas permukaan hanya kurang daripada 2 meter persegi (1'762*1'134*30mm) dan bingkai aluminium berwarna hitam.

Nadi yang berkuasa: Sel-sel jenis n

Sama seperti semua modul Trina Solar, Vertex S+ adalah berasaskan kepada platform teknologi Vertex 210mm. Walau bagaimanapun, hasil daripada peralihan kepada sel-sel i-TOPCon jenis n, modul ini boleh menjana kira-kira 10% tenaga tambahan selama 30 tahun, berbanding dengan modul setara jenis p. Tambahan pula, sel-sel jenis n memiliki 50% degradasi awal yang lebih rendah dan 11% pengecilan kuasa tahunan yang lebih rendah. Kedua-dua faktor yang digabungkan – kuasa lebih tinggi dan degradasi lebih rendah – menghasilkan hasil tenaga yang dipertingkatkan dengan ketara sepanjang hayat modul serta meningkatkan keandalan.

Trina Solar telah merancakkan kilang jenis n serba baharu, bersepadu secara vertikal bagi menjamin bekalan sel-sel i-TOPCon jenis n untuk semua saiz modul.

Andal dan mampan: Struktur dwi-kaca

Vertex S+ ialah modul bumbung pertama dalam pasaran yang mempunyai struktur dwi-kaca yang kukuh, menggantikan kepingan belakang plastik dengan lapisan kaca kedua. Oleh itu, reka bentuk dwi-kaca adalah sangat andal dan merupakan perlindungan yang sempurna selama berdekad-dekad, lantas menjadikan modul ini struktur yang sangat tahan terhadap semburan garam, asid dan alkali. Kaca ialah bahan kedap yang sempurna dan bersimetri, seterusnya memastikan tiada penembusan kelembapan dan meminimumkan tekanan ke atas sel. Selain itu, modul-modul dwi-kaca Vertex mempunyai tahap keselamatan kebakaran setinggi yang mungkin. Namun bukan itu sahaja – dengan tidak memasukkan kepingan belakang turut mengurangkan penggunaan plastik, seterusnya meningkatkan lagi jejak alam sekitar modul dan kitar semula apabila ia tiba ke penghujung hayatnya.

Pengendalian dan keserasian: Direka bentuk dengan mengutamakan pemasang

Lantaran kemajuan dalam pemprosesan kaca, Trina Solar berupaya menggunakan dua lapisan kaca yang amat nipis dengan ketebalan hanya 1.6mm, membawa kepada berat yang rendah iaitu 21.1kg, setanding dengan modul kepingan belakang. Ini bererti pemasang boleh mengendalikan Vertex S+ baharu di atas bumbung sama seperti mereka selalu mengendalikan modul-modul PV konvensional.

Apabila melibatkan pemasangan, Vertex S+ adalah amat serasi dengan komponen-komponen BOS yang lain. Ia menawarkan pelbagai kaedah-kaedah pelekap termasuk pengapitan sisi pendek dan sisi panjang, palang silang, rel kongsi dan lekap gelongsor-masuk. Hasil daripada arus litar pintas 10.7A, ia juga serasi dengan lebih daripada 99% penyongsang yang biasa terdapat dalam pasaran, sebagaimana yang disahkan oleh analisis keserasian komprehensif.

Ketenangan minda selama 30 tahun dan selanjutnya

Sistem PV yang dibangunkan dengan Vertex S+ masih akan menyediakan kuasa solar kepada anak-anak dan cucu-cucu kita, memandangkan produk ini didatangkan dengan jaminan prestasi 30-tahun yang amat panjang. Integriti mekanikal dijamin selama 25 tahun penuh dan bukannya 15-tahun standard industri. Jaminan yang dilanjutkan ini merupakan bukti kepercayaan Trina Solar terhadap teknologi dwi-kacanya dan prestasi jangka panjang sel-sel jenis-n.

Mencipta nilai dan kepercayaan pelanggan

Vertex S+ akan benar-benar membantu pemasang dengan proposisi nilai yang kukuh, membolehkan mereka menawarkan pelaburan terbaik dari segi kuasa solar yang terjamin dan meningkat kepada pelanggan. Menampilkan struktur dwi-kaca yang ringan dan inovatif, ia memiliki prestasi unggul dan faedah-faedah keselamatan. Dengan memperkenalkan lebih banyak kaca, penggunaan plastik dapat dikurangkan dan ketahanan ditingkatkan, melanjutkan hayat serta kebolehkitaran semula panel.

Produk ini mencipta nilai tambahan baik untuk pemasang mahupun pengguna akhir dalam dimensi hasil tenaga, ketahanan dan kemampan – ringkasnya, kuasa solar kalis-masa depan.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news