omniture

Hainan FTP dipromosikan di Vietnam dengan 19 projek bersama ditandatangani

Hainan International Media Center (HIMC)
2023-02-27 09:23 133

HAIKOU, China, 27 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Satu laporan daripada Hainan International Media Center (HIMC):

Mulai 20 hingga 23 Februari, satu delegasi dari Wilayah Hainan, selatan China melaksanakan pertukaran ekonomi dan budaya di Vietnam yang bertujuan terutamanya untuk mempromosikan dasar Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan (FTP) dan meningkatkan kerjasama pelbagai hala dalam industri pengangkutan, pelancongan, pendidikan, pertanian tropika dan industri-industri penting yang lain.

Di persidangan promosi Hainan FTP yang diadakan di Bandar Raya Ho Chi Minh pada 21 Februari, 35 perusahaan Cina dan Vietnam menandatangani 19 projek kerjasama. Projek-projek tersebut meliputi pembelian barangan, termasuk biji kopi, santan, buah-buahan dan sayur-sayuran kering, logam, automobil, getah dan keluli serta pelaburan pelancongan dan kilang dua hala. Nilai keseluruhan import dan eksport dan projek-projek pelaburan asing mencecah RMB 3.4 bilion (USD 493 juta).

Pada 21 Februari, Persidangan Promosi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan telahpun diadakan di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam.
Pada 21 Februari, Persidangan Promosi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan telahpun diadakan di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam.

"Ketika ini, Hainan FTP memiliki tahap keterbukaan tertinggi di dunia dan ia merupakan pencapaian tinggi yang baharu untuk keterbukaan China kepada dunia luar. Persidangan ini akan mempromosikan kerjasama ekonomi dan perdagangan Sino-Vietnam serta memacu pembangunan yang lebih mantap dan lebih stabil untuk memberi manfaat kepada rakyat negara-negara kami," kata Wei Huaxiang, Konsul Jeneral China di Bandar Raya Ho Chi Minh.

Hainan Rubber menandatangani perjanjian pembelian getah bernilai RMB 1 bilion (USD 145 juta) dengan sebuah firma Vietnam. "Penandatanganan perjanjian ini merupakan satu rangsangan yang signifikan untuk kerjasama Hainan dan Vietnam dalam industri getah serta saling memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," kata seorang wakil daripada Hainan Rubber, yang menjelaskan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, industri getah asli Vietnam telah menyaksikan pembangunan pesat, dengan pelbagai kategori produk.

Vietnam ialah pengeksport kopi kedua terbesar di dunia. Hainan State Farms Tropical Products Industry Group Co., Ltd. menandatangani perjanjian dengan syarikat teknologi kopi ProfilePrint untuk membina secara bersama sistem rantaian bekalan kopi antarabangsa terpiawai yang meliputi import, pengisihan, pengujian, penggredan, pergudangan dan logistik biji kopi.

Haima, sebuah syarikat pengilangan automotif berpangkalan di Hainan, menandatangani satu memorandum kerjasama strategik dengan platform dagangan kereta Vietnam CarVivu. Memorandum berkenaan melibatkan pesanan jualan untuk 10,000 unit yang bernilai kira-kira RMB 1 bilion (USD 145 juta) sepanjang tiga tahun akan datang dan ungkapan niat untuk melaksanakan pemasangan pasang siap bersama kenderaan tenaga baharu yang dikeluarkan oleh Haima di Vietnam.

Hainan United Airlines menandatangani perjanjian dengan Vietnam Bamboo Airways untuk bersama-sama mempromosikan pembukaan penerbangan terus antara Hainan dan Vietnam, menambah pengangkutan ke dalam senarai bidang kerjasama antara kedua-dua tempat. "Pada masa akan datang, Hainan United Airlines akan membuka lebih banyak penerbangan terus antara Hainan dan negara-negara ASEAN bagi meningkatkan kerjasama," kata Ding Jiabin, pengerusi Hainan United Airlines.

Hainan dan Vietnam, yang saling berhadapan merentas Teluk Beibu, merupakan jiran yang amat berkait rapat dan memiliki sejarah kerjasama yang panjang. Pada tahun 2022, volum import dan eksport perdagangan barangan antara Hainan dan Vietnam meningkat sebanyak 60% berbanding dengan tahun 2021.

 

Source: Hainan International Media Center (HIMC)
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service