omniture

XJTLU alu-alukan perhimpunan pelajar antarabangsa secara bersemuka terbesar sejak pandemik bermula

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2023-02-27 09:29 77

SUZHOU, China, 27 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Selepas tiga tahun pengajaran dalam talian, interaksi maya dan membincangkan zon masa, pelajar-pelajar antarabangsa Xi'an Jiaotong-Liverpool University berhimpun di kampus buat kali pertama sejak sempadan China dibuka semula.

Students gather at Xi'an Jiaotong-Liverpool University's first induction for international students since China’s borders reopened
Students gather at Xi'an Jiaotong-Liverpool University's first induction for international students since China’s borders reopened

Pada 22 Februari, XJTLU mengalu-alukan lebih 260 pelajar antarabangsa dari seluruh dunia di induksi kampus. Para pelajar berpeluang untuk bertemu secara bersemuka, meneroka kampus dan mula menikmati manfaat menjadi pelajar antarabangsa di China.

Bagi kebanyakan pelajar, ini merupakan kali pertama mereka berada di kampus.

Fenela Ariya Claresta sedang menuntut dalam tahun dua Sarjana Muda Kejuruteraan Sains Komputer dan Teknologi, namun menyelesaikan pengajian tahun pertama beliau secara dalam talian.

Beliau berkata: "Saya tiba kira-kira seminggu yang lalu dan telah meninjau Suzhou sejak itu. Saya teruja untuk bermula dengan kuliah di lapangan kerana terlalu banyak gangguan di rumah dan sukar untuk memberi tumpuan semasa kelas dalam talian.

"Ia juga jauh lebih mudah dan kurang kekok untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain kerana kini kami semua berada di sini. Seronok rasanya dapat berada di kampus dan akhirnya bertemu semua orang. Saya tidak sabar-sabar untuk mengenali semua orang dengan betul dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di China."

Kuliah di kampus bermula minggu ini. Bagi kebanyakan pelajar, pengajaran secara bersemuka ialah sesuatu yang dialu-alukan.

Michelle Lionard, pelajar Tahun Empat Sarjana Muda Sains Matematik Kewangan, juga dari Indonesia berkata: "Selepas hampir tiga tahun tiada di sini, terasa aneh apabila dapat kembali dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini sekali lagi. Kebanyakan rakan saya yang bermula serentak dengan saya telah meneruskan hidup dan mencari pekerjaan dan saya sendiripun mula berfikir bahawa saya tidak akan dapat kembali semula. Saya cukup gembira kerana akhirnya dapat Kembali ke sini."

Kanghyun Kim dan Seungje Lee, kedua-duanya dari Korea Selatan dan pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Seni penerbitan TV, juga telah berada di luar kampus sejak semester pertama program mereka. Semasa pandemik, mereka berdua pulang ke Korea Selatan untuk menamatkan perkhidmatan tentera mereka dan tiba semula di Suzhou bulan ini.

Kim berkata: "Saya teruja dapat kembali dalam persekitaran ini, untuk tinggal di Suzhou sekali lagi dan bertemu rakan-rakan baharu dan lama. Seronok rasanya apabila kuliah kami disampaikan dalam bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama dapat mempraktikkan bahasa Cina kami."

Lee menambah: "Saya benar-benar gembira dapat kembali ke kampus sekali lagi dan kerana kelas tidak lagi dijalankan secara dalam talian. Terasa seperti pulang ke kampung halaman kedua saya."

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Education Higher Education Telecommunications