omniture

Jadilah Wira Samudera di Taman Permainan Laut IPC Shopping Centre

IPC Shopping Centre
2023-02-27 11:13 25

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Februari 2023 /PRNewswire/ -- IPC Shopping Centre menjemput ibu bapa dan anak-anak mereka untuk menyertai pengembaraan cuti sekolah yang penuh bermakna, menyeronokkan dan berpendidikan dengan arca belon terbesarnya yang bertemakan 'Ocean Heroes to the Rescue'. Ia merupakan arca belon lestari terbesar dan pertama di Malaysia di mana para pengunjung dewasa dan muda boleh menyelami ke dalam pendidikan mengenai spesies marin terancam, pemuliharaan laut, dan kelestarian.

Taman Permainan Laut IPC Shopping Centre
Taman Permainan Laut IPC Shopping Centre

Bermula dari hari ini hingga 5 Mac 2023, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke ruang legar pusat itu untuk berhibur dan bergembira di Taman Permainan Laut yang diperbuat daripada 85,000 keping belon terbiodegradasi. Taman Permainan Laut ini terdiri daripada landskap bawah laut yang disusun indah serta menampilkan lima hidupan marin yang paling terancam – Jerung Tukul, Paus Orca, Penyu Karah, Dugong dan Pari Manta Gergasi. Arca ini menggunakan belon Qualatex 100% terbiodegradasi yang akan dilupuskan dengan cara yang betul pada penghujung pameran ini bagi memastikan ia tidak akan berakhir di tapak pelupusan sampah ataupun laut.

IPC Shopping Centre telah bekerjasama dengan 20 artis arca belon terkemuka dunia dari Hong Kong, Mainland China, Taiwan, dan Malaysia untuk menghasilkan arca yang menakjubkan ini. Pasukan itu dipimpin oleh Pakar Belon Malaysia, Joseph Ho, dan Pakar Belon Taiwan, Ho Hun Leong, yang pernah bekerjasama dalam pelbagai acara.

Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim berkata, "Malaysia adalah salah satu daripada penyumbang utama pencemaran plastik di lautan dan ia bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Kita perlu mengambil tindakan segera secara bersama untuk menjaga laut dan kehidupan marin kita dengan lebih baik. Taman Permainan Laut ini berbeza dengan destinasi lain, ia adalah cara kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan lautan kita demi kesejahteraan hidupan marin dan dengan harapan untuk memupuk generasi Wira Samudera kita yang seterusnya."

Pakar Belon Malaysia, Joseph Ho berkata, "Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan IPC sekali lagi dan ini adalah tahun yang ke-5 kami bekerjasama. Pandemik telah menjejaskan semua pameran belon besar-besaran, oleh itu saya berasa amat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada pameran arca belon lestari pertama dan satu-satunya di Malaysia. Semoga lebih banyak lagi pusat beli-belah di Malaysia yang akan mengikuti inisiatif ini dan menjadi lebih lestari supaya kita dapat mencipta impak yang lebih besar ke atas masyarakat dan planet kita bersama-sama."

Sepanjang dua hujung minggu, IPC Shopping Centre akan menganjurkan pelbagai aktiviti pendidikan serta bengkel yang dipacu kelestarian secara percuma di Atrium, Aras G untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah berasaskan kepada siapa cepat dia dapat (keutamaan diberikan kepada ahli Små Club). Berikut adalah jadual aktiviti tersebut:

  • Sesi Ramah Mesra Maskot Belon (Setiap hari dari 1:00 petang – 2:00 petang)
  • Bengkel Lukisan Pinggan Kertas Kanak-kanak (2:30 petang – 3:30 petang; Terhad untuk 15 peserta per sesi)
  • Sesi Bercerita oleh Hong Jie Jie (4:00 petang – 4:30 petang)
  • Bengkel Membuat Belon Kanak-kanak (5:00 petang – 6.00 petang; Terhad untuk 10 peserta per sesi)

Cenderamata dan Pertandingan 'Ocean Heroes to The Rescue'

  • Eksklusif untuk ahli Små Club: Tebus topi yang menampilkan haiwan terancam pilihan anda di i-Counter (Aras G) sementara stok masih ada.
  • Pendaftaran Ahli Baharu IPC Tack Club: Tebus set kotak makan tengah hari boleh lipat di i-Counter (Aras G).
  • Pertandingan foto #IPCOceanHeroes untuk disertai oleh Ahli Tack Club dan menebus baucar Popular bernilai RM10. Langkah untuk menebus baucar tersebut adalah seperti berikut:
    • Kunjungi arca belon 'Ocean Heroes to the Rescue' dan ambil foto bersama arca tersebut.
    • Muat naik foto ke dalam Instagram atau Facebook anda, tag @IPCShoppingCentre dan sertakan tanda pagar #IPCOceanHeroes dan #FromTheSeaToIPC.
    • Tunjukkan hantaran dan keahlian Tack Club anda di i-Counter (Aras G) untuk menerima baucar Popular bernilai RM10.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari www.ipc.com.my/oceanheroes.

Source: IPC Shopping Centre
Keywords: Education Entertainment Retail Children-related news Corporate Social Responsibility