omniture

Seminar tonjolkan semangat global CIIE

China Daily
2023-02-27 23:50 106

BEIJING, 27 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada China Daily

Ekspo Import Antarabangsa China, platform penting China bagi menyokong usaha keterbukaan peringkat tingginya, dijangka terus mencipta peluang perniagaan yang amat besar untuk perusahaan-perusahaan asing yang mengambil bahagian, bersaiz besar dan kecil, seperti yang dinyatakan oleh pakar-pakar dan pegawai-pegawai kerajaan dalam seminar pada hari Jumaat.

Edisi keenam ekspo tahunan tersebut, yang akan diadakan secara luar talian di Shanghai dalam bulan November, akan membantu mereka menembusi pasaran bersaiz besar China, selain menyuntik tenaga yang lebih positif ke dalam pemulihan ekonomi global yang telah menghadapi prospek yang suram, menurut mereka.

Sun Shangwu, timbalan ketua sidang pengarang China Daily, berkata CIIE berkembang pantas sejak lima tahun yang lalu menjadi jendela yang memaparkan usaha China dalam menggalakkan corak pembangunan dwi-peredaran baharunya.

Kini, CIIE, menurut beliau, merupakan platform untuk meningkatkan keterbukaan peringkat tinggi dan kebaikan awam global untuk dikongsi oleh dunia. Ekspo tahunan itu memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi global.

Corak pembangunan dwi-peredaran memfokuskan kepada ekonomi domestik dan dalam masa yang sama menegaskan saling tindakan yang positif antara aliran ekonomi domestik dan antarabangsa.

Chen Chunjiang, penolong menteri perdagangan berkata, "Ekspo tersebut merupakan satu keputusan besar yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi China untuk menggalakkan pusingan baharu keterbukaan peringkat tinggi dan merupakan langkah penting oleh China untuk membuka dengan aktif pasarannya secara lebih luas kepada seluruh pelosok dunia."

Chen turut berkata CIIE akan diadakan secara luar talian sepenuhnya pada November ini seperti yang dijadualkan.

Kenyataan mereka menjadi tajuk utama sebuah seminar di Beijing mengenai promosi global CIIE. Acara berkenaan dimulakan secara bersama oleh CIIE Bureau dan Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) serta dianjurkan oleh China Daily.

Menurut CIIE Bureau, penganjur ekspo tersebut, setakat hari Rabu, lebih daripada 500 syarikat telah mendaftar untuk edisi keenam itu dan lebih 200,000 meter persegi kawasan pameran telahpun ditempah.

Disokong oleh data raya, ekspo pada tahun ini akan menyediakan perkhidmatan pemadanan antara pembeli dan penjual setepat yang mungkin dan berusaha untuk mengundang lebih ramai pembeli yang disasarkan oleh peserta pameran pada tahun ini melalui pelbagai cara, menurut biro tersebut.

Sun berkata: "Dengan pengaruh yang semakin berkembang dan maklum balas global yang semakin positif, CIIE menjadi bukti kepada keterbukaan China yang semakin mendalam.

"Sejak lima tahun yang lalu, syarikat-syarikat yang mengambil bahagian, bermula daripada pemimpin-pemimpin industri yang disenaraikan dalam Fortune Global 500 hinggalah firma-firma kecil dari negara-negara kurang maju, kesemuanya telah mendapat manfaat yang besar daripada CIIE. Kisah-kisah mereka bersama CIIE merupakan contoh jelas usaha China dalam mendorong globalisasi ekonomi ke arah menjadi lebih terbuka, inklusif, seimbang dan bermanfaat kepada semua."

Eksekutif-eksekutif perniagaan daripada syarikat-syarikat multinasional turut memberi pujian tinggi kepada CIIE.

Zhang Xiqiang, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle SA Rantau Besar China, berkata CIIE bukan sahaja menghimpunkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan global tetapi turut berperanan sebagai platform yang ideal untuk dialog mendalam dan kerjasama.

"CIIE bukan sahaja membawa inovasi yang terbaik dari dunia ke China, tetapi turut mempamerkan inovasi terbaik negara ini kepada dunia," kata Fabrice Megarbane, presiden L'Oreal Zon Asia Utara dan Ketua Pegawai Eksekutif L'Oreal China.

Lan Zhenzhen, ketua pegawai hal ehwal korporat dan penglibatan L'Oreal Asia Utara dan China, berkata CIIE, sebagai ekspo peringkat kebangsaan bertema import pertama di dunia, dijangka membantu selanjutnya MNC untuk memanfaatkan potensi besar pasaran bersaiz besar China.

 

 

 

Source: China Daily
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news