omniture

MWC 2023: Huawei Enterprise BG Akan Pamer Produk dan Penyelesaian Inovatif untuk Dunia Lebih Pintar dan Terhubung

Huawei
2023-02-28 12:21 101

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Huawei Enterprise BG — meneruskan misi untuk menerajui pembinaan infrastruktur digital, mencipta nilai baharu untuk industri — mempamerkan produk dan penyelesaian yang inovatif di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2023. BG akan bekerjasama dengan lebih daripada 2,500 pelanggan industri global, rakan kongsi dan pemimpin pendapat untuk berinovasi dan berkongsi pengalaman tentang transformasi digital untuk membuka kemungkinan baharu dan membina dunia pintar dengan teknologi digital, seterusnya mencipta lebih nilai perniagaan.

Huawei Enterprise BG terlibat secara mendalam dalam transformasi digital industri, inovasi infrastruktur digital dan ekosistem rakan kongsi. Semasa pameran, ia akan mempamerkan produk unggulan dan penyelesaian utama untuk kerajaan dan pasaran perusahaan. Setiap penyelesaian yang dipamerkan disesuaikan dengan teliti mengikut senario tertentu. Dalam masa yang sama, Huawei akan turut mengadakan Sidang Kemuncak Transformasi Digital Industri ke-5.

Huawei Enterprise BG di MWC 2023
Huawei Enterprise BG di MWC 2023

Membangunkan Penyelesaian untuk Lebih 30 Senario dalam 10 Industri, Menyerlahkan Produktiviti Digital

Huawei telah bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk membangunkan penyelesaian berasaskan senario yang inovatif yang menonjolkan idea Huawei dan usaha inovasi dalam teknologi digital, penyelesaian yang membantu pelanggan beralih ke digital.

  • Dari segi perkhidmatan awam, Huawei akan melancarkan penyelesaian Smart Classroom 2.0, contoh baharu yang cemerlang bagi informatisasi untuk pendidikan.
  • Dari segi industri kewangan, Huaeri akan melancarkan Penyelesaian Insan Digital Kewangan bagi mempercepatkan inovasi dan aplikasi teknologi dalam enam bidang, membantu pelanggan kewangan bertindak balas kepada perubahan dan meningkatkan produktiviti.
  • Sebagai respons kepada cabaran yang dihadapi oleh sistem kuasa elektrik masa depan, Huawei akan melancarkan IoT pengagihan kuasa, pemeriksaan substesen pintar, rangkaian kampus tanpa wayar dan penyelesaian rangkaian kuasa angin pintar bagi menyokong transformasi digital dalam perusahaan kuasa elektrik.
  • Bagi mengatasi masalah utama yang berkaitan dengan liputan rangkaian di kawasan perlombongan, Huawei bekerjasama dengan pelanggan untuk melancarkan projek lombong berlian pintar berorientasikan-5G yang pertama di dunia.

Inovasi Infrastruktur Digital: Membina Asas Rangkaian Kukuh untuk Pusat Data Masa Depan

Komunikasi Data (Datacom): Huawei bermatlamat untuk membina rangkaian dipermudah dengan pengalaman pengguna terbaik untuk pejabat digital, pengeluaran dan transformasi. Ia akan melancarkan 10 produk unggulan dan menaik taraf tiga penyelesaian:

  • Melancarkan suis teras utama perusahaan baharu CloudEngine S16700 dan Wi-Fi 7 AP kelas-perusahaan pertama industri AirEngine 8771-X1T.
  • Melancarkan siri CloudEngine 16800-X, suis pusat data pertama dengan kuasa pengkomputeran terpelbagai.
  • Menaik taraf rangkaian kampus awan CloudCampus 3.0.
  • Menaik taraf penyelesaian rangkaian pusat data Easy CloudFabric untuk menjadi penerajui bagi mencapai pemanduan berautonomi L3.5+.
  • Menaik taraf penyelesaian rangkaian CloudWAN 3.0. Penyelesaian baharu dengan seni bina ringkas tiga-lapisan menakrifkan semula rangkaian kawasan luas awan untuk pengalaman saling sambungan terbaik.

Optik: Huawei akan melancarkan produk dan penyelesaian berikut untuk industri optik:

  • Produk 50G PON pertama dalam industri untuk membina rangkaian kampus generasi seterusnya untuk Wi-Fi 7.
  • Penyelesaian rangkaian optik industri tak hilang pertama dalam industri untuk rangkaian komunikasi yang selamat dan andal.
  • Portfolio produk OSU hujung-ke-hujung pertama dalam industri untuk asas komunikasi optik industri yang mantap dan andal.

Storan: Huawei akan melancarkan OceanStor Dorado 2000 dan OceanProtect X3000, portfolio storan peringkat-kemasukan yang pertama dalam industri berasaskan kepada seni bina aktif-aktif, untuk PKS, membolehkan mereka menikmati storan yang ringkas dan penghantaran pantas.

Portfolio produk: Huawei akan turut melancarkan portfolio produk yang inovatif, termasuk:

  • Penyelesaian pencegahan tebusan berbilang-lapisan yang pertama dalam industri untuk pusat data dengan "kolaborasi rangkaian-storan". Penyelesaian ini menggabungkan dua barisan pertahanan dan enam lapisan perlindungan untuk melindungi keselamatan data.
  • Penyelesaian portfolio produk pemulihan bencana terpusat yang pertama dalam industri untuk pusat data dengan "kolaborasi storan-optik" yang menjamin gangguan sifar dan pemulihan yang lancar untuk perkhidmatan kritikal.

Ekosistem Rakan Kongsi: Menghimpunkan dan Membangunkan Rakan Kongsi bagi Membina Ekosistem Rakan Kongsi Mampan Bersama-sama

Huawei dan rakan kongsi akan meningkatkan pelaburan dalam pembangunan pasaran bersama, pengupayaan, pemasaran dan banyak lagi bagi menarik minat lebih ramai rakan kongsi yang berkebolehan dan menyokong kejayaan digital pelanggan. Semasa pameran ini, Huawei akan melancarkan model perniagaan bakat "Three Trees" yang bertujuan untuk melatih pakar-pakar ICT yang inovatif dan berorientasikan aplikasi dengan membina ekosistem bakat yang tangkas untuk guru dan pelajar, pendidikan sepanjang hayat dan pengamal industri.

Pada masa akan datang, Huawei akan terus menerajui inovasi infrastruktur digital, beradaptasi kepada senario yang berubah-ubah, bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi bagi memudahkan transformasi digital dalam pelbagai industri serta membantu perusahaan bersaiz kecil dan sederhana menuju digital dan mencipta lebih nilai perniagaan.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news