omniture

Hijau & Pembangunan, Memilih untuk Tidak Memilih: Huawei Lancar Penyelesaian 1-2-3- Hijau

Huawei
2023-02-28 12:25 83

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak ICT Hijau Huawei telahpun diadakan di Barcelona pada hari ini. Peng Song, Presiden Strategi & Pemasaran ICT Huawei, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Hijau & Pembangunan, Memilih untuk Tidak Memilih". Peng menyatakan bahawa Satu Letupan Besar AI sedang diusahakan. AI membawa faedah dan peluang baharu kepada pengendali. Walau bagaimanapun, ia juga memerlukan infrastruktur ICT yang lebih baik, ekoran lebar jalur yang lebih tinggi dan peningkatan kuasa pengkomputeran yang membawa kepada peningkatan pesat dalam penggunaan tenaga rangkaian. "ICT industri nampaknya berdepan dengan pilihan sukar sama ada untuk menjadi hijau atau membangun. Namun begitu, kami percaya industri ini boleh memilih untuk tidak memilih dan sebaliknya menjadi hijau dan membangun secara serentak," kata Peng.

Peng Song, Presiden Strategi & Pemasaran ICT Huawei, menyampaikan ucaptama
Peng Song, Presiden Strategi & Pemasaran ICT Huawei, menyampaikan ucaptama

Peng menyatakan bahawa pembangunan ICT hijau dan ICT secara serentak boleh dilakukan sekiranya keseimbangan yang tepat dicapai antara kecekapan tenaga, penggunaan tenaga boleh baharu dan pengalaman pengguna. Di MWC Barcelona 2023, Huawei akan melancarkan penyelesaian yang merangkumkan pendekatan ini bagi membuka jalan untuk pembangunan hijau rangkaian infrastruktur ICT.

Dari segi kecekapan tenaga, Huawei menyokong untuk meluaskan fokus daripada hanya meningkatkan kecekapan tenaga rangkaian kepada turut mengurangkan penggunaan tenaga mutlak. Dalam senario beban-ringan, teknologi penutupan berbilang dimensi boleh digunakan untuk mengupayakan penutupan pintar merentas dimensi-dimensi yang berbeza seperti kekerapan, masa, saluran dan kuasa. Sementara itu, dalam senario beban-ultra-ringan, peralatan boleh dimasukkan ke dalam mod dorman mendalam. Sebagai contoh, bahan dan proses baharu boleh digunakan untuk menyelesaikan isu pemeluwapan dan suhu rendah apabila perkakasan AAU dimatikan. Ini membolehkan modul kuasa kekal dalam keadaan siap sedia secara bebas, bererti penggunaan kuasa AAU semasa beban yang amat ringan boleh dikurangkan daripada 300 W kepada kurang daripada 10 W.

Dari segi tenaga boleh baharu, syarikat ini menyeru pengembangan fokus, bermula daripada skala penggunaan kuasa hijau hingga penggunaan tenaga boleh baharu yang cekap. Satu penaiktarafan daripada dasar rangkaian-spesifik kepada dasar tapak-spesifik boleh dijalankan bagi meningkatkan ketepatan penggunaan tenaga boleh baharu. Di samping itu, masa yang diperlukan untuk penjadualan pintar boleh dikurangkan daripada beberapa hari kepada beberapa minit, lantas dapat memaksimumkan faedah-faedah ekonomi dan alam sekitar tenaga boleh baharu. Maklumat tapak berbilang dimensi seperti cuaca, harga elektrik, status bateri dan volum perkhidmatan boleh diperoleh dan algoritma penjadualan pintar boleh memaksimumkan kecekapan penjanaan kuasa dan ketersediaan kuasa berasaskan beban, sekali gus meminimumkan kos kuasa keseluruhan.

Dari segi pengalaman pengguna, Huawei mencadangkan agar fokus seharusnya tidak lagi tertumpu semata-mata pada penjimatan tenaga rangkaian dan jaminan KPI, sebaliknya dilanjutkan kepada jaminan pengalaman pengguna. Dasar penjimatan tenaga optimum boleh diguna pakai mengikut senario rangkaian yang berbeza. Dalam senario trafik-rendah, KPI rangkaian asas dijamin dapat memaksimumkan penjimatan tenaga, manakala pengalaman pengguna dijamin dalam senario trafik-tinggi. Pendekatan berpandukan pengalaman dinaik taraf kepada pendekatan berpandukan data, membolehkan dasar penjimatan tenaga dijana dalam beberapa minit dan dasar pengoptimuman diserahkan dalam beberapa milisaat.

Peng menekankan bahawa Huawei berulang-ulang kali mengemas kini penyelesaian hijaunya selaras dengan kepercayaan terhadap potensi tiga bidang yang disebut di atas dan melancarkan penyelesaian 1-2-3 Hijau Huawei. Melalui penyelesaian ini, "1" merujuk kepada satu indeks untuk pembinaan rangkaian hijau; "2" merujuk kepada fokus terhadap dua senario: kecekapan tenaga yang tinggi dan penggunaan tenaga yang ultra rendah; dan "3" merujuk kepada penyelesaian tiga-lapisan sistematik yang meliputi tapak, rangkaian dan operasi. Peng menutup ucapan beliau dengan menegaskan kesediaan Huawei untuk bekerjasama dengan para pengendali seluruh dunia bagi mencapai keseimbangan antara menuju hijau dan pembangunan bagi mempercepatkan pembangunan ICT hijau.

MWC Barcelona 2023 akan berlangsung mulai 27 Februari hingga 2 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran 1H50 di Dewan 1 Fira Gran Via. Bersama-sama pengendali global, golongan profesional industri dan pemimpin pendapat, kami akan menyelami topik-topik seperti kejayaan perniagaan 5G, peluang 5.5G, pembangunan hijau, transformasi digital dan visi kami menggunakan pelan tindakan perniagaan GUIDE untuk meletakkan asas bagi 5.5G dan membina kejayaan 5G demi kemakmuran yang lebih luas. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2023.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Software Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news