omniture

CASIO bakal Lancar G-SHOCK Ringan Beri Sokongan untuk Pelbagai Sukan

CASIO COMPUTER CO. LTD
2023-02-28 14:47 73

Dilengkapi dengan Algoritma Polar™ untuk Analisis Latihan

TOKYO, 28 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelancaran penambahan baharu kepada barisan G-SQUAD berpandukan sukan dalam rangkaian jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. GBD-H2000 memberi sokongan untuk pelbagai jenis sukan dan mempunyai berat yang lebih ringan bagi menjamin kesesuaian yang lebih selesa. Jam tangan baharu ini akan tersedia dengan empat model.

GBD-H2000
GBD-H2000

GBD-H2000 kalis-hentakan ini dilengkapi dengan fungsian GPS dan enam sensor bagi memberi sokongan untuk pelbagai jenis aktiviti sukan, namun 38% lebih ringan berbanding model terdahulu, GBD-H1000. Casio mencapai reka bentuk berat yang lebih ringan dengan mencipta muka jam yang lebih kompak dengan antena GPS terbina dalam serta bahagian belakang jam yang diperkuat dengan gentian karbon. Hasilnya ialah padanan yang lebih selesa pada pergelangan tangan. Jam tangan baharu ini dilengkapi dengan fungsian GPS dan sensor optik untuk mengukur kadar degupan jantung, serta kompas, sensor altitud/tekanan udara, sensor haba, meter pecut dan giroskop. Teknologi-teknologi yang canggih ini mengupayakan pengukuran jarak, kepantasan, kelajuan dan banyak lagi bagi menyokong aktiviti bermula daripada berlari dan berbasikal hingga berenang.

Fungsi-fungsi analisis latihan dimasukkan berserta pengukuran aktiviti ini. Algoritma yang dibangunkan oleh Polar Electro Oy, perintis dalam industri ini yang telah meluangkan masa selama hampir 50 tahun menyempurnakan seni panduan diperibadikan dalam kecergasan, sukan dan kesihatan, digunakan untuk mengukur beban ke atas hati dan peparu; menganalisis nisbah tenaga yang digunakan secara berasingan untuk karbohidrat, protein dan lemak serta melakukan penjejakan tidur. Menggandingkan jam tangan dengan aplikasi CASIO WATCHES khusus membolehkan pengguna menyemak data latihan daripada jam tangan dengan lebih terperinci, mengakses log aktiviti, nasihat untuk menambah baik tidur dan banyak lagi. Pengecasan dibantu-solar turut disertakan bagi meningkatkan kemudahan penggunaan, menawarkan paparan masa yang dikuasakan oleh pengecasan solar* walaupun apabila bateri hampir habis.

Muka jam, bezel dan tali jam diperbuat dengan plastik biojisim, bahan mesra alam yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan mentah daripada biji jarak dan jagung.

*Polar™ ialah tanda dagangan berdaftar Polar Electro Oy.

GBD-H2000-1A/GBD-H2000-1A9/GBD-H2000-1B/GBD-H2000-2
GBD-H2000-1A/GBD-H2000-1A9/GBD-H2000-1B/GBD-H2000-2

Maklumat lanjut: https://www.casio.com/intl/news/2023/0228-gbd-h2000/

Source: CASIO COMPUTER CO. LTD
Keywords: Computer/Electronics Jewelry Retail Sports New products/services