omniture

ZTE akan perkenal produk dan penyelesaian lebih cekap, mesra alam dan canggih di MWC 2023, membentuk inovasi digital

ZTE Corporation
2023-02-28 15:35 115
  • ZTE akan memperkenalkan barisan luas produk dan penyelesaian yang lebih cekap, mesra alam dan canggih di MWC 2023
  • ZTE akan mempamerkan kemajuan terkini yang dicapai olehnya dalam bidang Rangkaian Ultra-Cekap, Pengembangan Digital, Masa Depan Tanpa Sempadan dan Kehidupan Pintar

SHENZHEN, China, 28 Februari 2023 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia terkemuka global bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi akan mengambil bahagian di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) di Barcelona mulai 27 Februari hingga 2 Mac 2023. Di MWC 2023, syarikat ini, dengan tema "Membentuk Inovasi Digital" akan memperkenalkan barisan luas produk dan penyelesaian yang lebih cekap, mesra alam dan canggih.

ZTE to unveil more efficient, eco-friendly and cutting-edge products and solutions at MWC 2023, shaping digital innovation
ZTE to unveil more efficient, eco-friendly and cutting-edge products and solutions at MWC 2023, shaping digital innovation

Terutama sekali, ZTE akan memaparkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), mempamerkan kemajuan terkini yang dicapai olehnya dalam bidang Rangkaian Ultra-Cekap, Pengembangan Digital, Masa Depan Tanpa Sempadan dan Kehidupan Pintar di 3F30, Dewan 3, Fira Gran Via.

Dari segi pembinaan rangkaian infrastruktur, ZTE akan melancarkan penyelesaian penggunaan rangkaian cekap hujung-ke-hujung untuk rangkaian ultra-cekap, membantu pengendali mencapai sambungan hijau ultra-cekap dalam semua senario. Penyelesaian UniSite senario-penuh yang terkini untuk akses tanpa wayar akan membantu pengendali menggunakan rangkaian jalur-penuh dengan cekap mjkdan berbilang-RAT dengan TCO optimum dan bersedia untuk evolusi 5G-canggih; penyelesaian Turbo Core untuk mengintegrasikan kefleksibelan perisian dan kecekapan perkakasan dengan kad pemecutan fungsi profesional untuk memaksimumkan nilai setiap bit; penyelesaian pengangkut 400G yang berprestasi tinggi untuk semua senario dengan kapasiti berganda dan jarak penghantaran tulang belakang terpanjang dalam industri ini; 10G PON 16-port bersepadu tertinggi dalam industri ini serta kad 50G PON Combo yang pertama dalam industri yang menyokong kewujudan bersama dan evolusi lancar tiga generasi teknologi.

Dari segi membantu pengendali dalam pengembangan perniagaan digital, ZTE akan mempamerkan perkhidmatan digital sehenti melalui integrasi awan-rangkaian-perkhidmatan, membantu pengendali meneroka pasaran laut biru yang baharu. Dalam sektor ToB, ZTE akan mempamerkan Mini5GC terkecil dalam industri, stesen utama tanpa wayar unik dalam industri ini dengan penyelesaian NodeEngine kuasa pengkomputeran terbina dalam, gerbang perindustrian dengan pelbagai bentuk seperti gerbang video & gerbang Perangkaian Peka Masa (TSN) serta produk akses optik untuk kampus; ZTE akan mempersembahkan penyelesaian "rangkaian persendirian sebagai satu perkhidmatan" dengan penggunaan atas-permintaan, integrasi awan-rangkaian-perkhidmatan, prestasi yang tepat serta O&M yang mudah. ZTE akan menggunakan PLC berasaskan awan, kembar digital, visi mesin, robot dan AGV secara meluas bagi merealisasikan kilang-kilang sambungan-penuh 5G yang merupakan amalan terbaik dalam pembuatan pintar. Dalam sektor ToH, syarikat ini akan terus menyampaikan pengalaman gigabit-tambahan seluruh rumah yang terbaik berasaskan kepada Wi-Fi 7 dan penyelesaian perangkaian rumah gentian-ke-bilik (FTTR), menyokong pengendali dalam menyampaikan perkhidmatan yang inovatif dan ditambah nilai dengan meluaskan ekosistem digital mereka.

Dari segi penjimatan tenaga, ZTE akan mempamerkan PowerPilot Pro Solution yang mengurangkan penggunaan kuasa rangkaian dengan pintar sehingga 35% dan menjimatkan tenaga dalam seluruh proses dengan menyertakan penyelesaian untuk solar senario-penuh di lapangan, pusat data generasi seterusnya dan storan tenaga pintar baharu, mencipta rangkaian telekomunikasi hijau dan cekap tenaga yang terbaik.

Mendepani masa depan tanpa sempadan, ZTE merancang untuk memfokuskan kepada amalan inovatif dalam evolusi 5G-Canggih dan rangkaian optik masa depan dengan memaparkan beberapa inovasi termaju di MWC 2023. ZTE akan mempamerkan RIS dinamik, prototaip dupleks-penuh sub-jalur yang pertama dalam industri, penyelesaian yang mengintegrasikan komunikasi, penderiaan dan pengkomputeran. Sementara itu, ZTE akan memaparkan rangkaian optik masa depan dan syarikat ini akan mengguna pakai teknologi seperti gentian teras-berongga dan satah belakang optik OXC 32-dimensi bagi mencapai kependaman lebih rendah, prestasi transmisi yang lebih tinggi dan penggunaan kuasa yang lebih rendah.

Mendepani kehidupan digital dan pintar, ZTE akan mempamerkan barisan produk yang dapat diaplikasikan merentas pelbagai senario termasuk sukan & kesihatan, hiburan audio & video, perniagaan & perjalanan serta rumah & pendidikan. Ini termasuk ZTE Axon, ZTE Blade, siri Nubia penuh bagi produk elektronik pengguna serta set jalur lebar mudah alih (MBB) yang lengkap, akses tanpa wayar tetap (FWA) dan penyelesaian Internet Pelbagai Benda (IoT). Turut dipamerkan ialah beberapa inovasi baharu yang mengagumkan, antaranya ialah tablet 3D tanpa-cermin mata berkuasa-AI yang pertama dalam industri dan cermin mata AR yang menyediakan pengalaman audio-visual terbaik. Sebagai salah satu pembekal yang terkemuka di dunia bagi terminal jalur lebar mudah alih 5G, ZTE akan turut melancarkan Generasi ke-5 5G FWA dan produk versi GIS di MWC 2023.

Sebagai program rakan kongsi MWC, forum inovasi industri global yang bertema "Membentuk Inovasi Digital" akan diadakan oleh ZTE di MWC 2023. Pemimpin-pemimpin daripada industri ICT global, perintis daripada sektor-sektor vertikal berkaitan, pakar-pakar daripada firma perunding dan khidmat nasihat serta rakan-rakan kongsi eko yang lain akan diundang untuk membincangkan beberapa topik hangat di forum tersebut, termasuk trend pembangunan rangkaian masa depan dan bagaimana untuk meningkatkan lagi produktiviti kecerdasan digital. MWC 2023 akan turut melibatkan acara yang dianjurkan oleh ZTE Mobile Devices untuk mempamerkan produk 5G FWA dan barisan baharu terminal yang inovatif.

Semasa MWC 2023, ZTE akan turut menganjurkan beberapa majlis pelancaran bersama-sama China Telecom, China Unicom dan beberapa pengendali telekomunikasi global. ZTE akan turut mengambil bahagian dalam lima forum bertema yang dianjurkan oleh GSMA yang melaluinya ZTE akan berkongsi pandangan dan kes praktikal bersama pengendali global, rakan industri serta pemimpin pendapat berkisarkan beberapa topik yang penting untuk industri ini, termasuk pembuatan pintar, kemampanan dan metasemesta, dengan matlamat untuk membantu pelanggan mencipta nilai baharu untuk industri ini.

Dalam masa yang sama, ZTE akan menyiarkan peristiwa di MWC 2023 secara langsung di laman sesawang khusus yang disediakan untuk tujuan berkenaan bagi memberi sekilas pandang kepada pelanggan seluruh dunia terhadap sorotan pameran tanpa meninggalkan rumah. Laman sesawang tersebut juga merupakan tempat di mana Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Xu Ziyang dan ramai ahli pasukan eksekutif akan berkongsi pandangan terkini tentang era kecerdasan buatan, termasuk rancangan syarikat untuk menyampaikan nilai baharu secara bersama dan memacu pertumbuhan baharu dalam kecerdasan digital di tengah-tengah transformasi digital yang dipercepatkan dengan mempererat perkongsiannya dengan pelanggan dan rakan kongsi global serta dengan memajukan kecerdasan digital dan pengkarbonan rendah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi reruai ZTE (3F30, Dewan 3, Fira Gran Via) di Kongres Dunia Mudah Alih 2023, atau terokai:https://www.zte.com.cn/global/about/exhibition/mwc23.html

LATAR BELAKANG ZTE:
ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat ini menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, portfolionya merangkumi semua siri perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar, talian dawai, peranti dan profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih seperempat daripada populasi global, ZTE berdedikasi untuk mencipta ekosistem digital dan pintar serta mengupayakan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana. ZTE disenaraikan pada Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:
Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news