omniture

Hiburan Nirplag: KONKA Perkenal Julung Kali Monitor Pintar Tanpa Kord 27-Inci dalam Pasaran Jepun

KONKA Group Co., Ltd
2023-02-28 16:43 67

TOKYO, 28 Februari 2023 /PRNewswire/ -- KONKA Group Co., Ltd. ("Syarikat"; 000016. SZ), sebuah syarikat teknologi terkemuka, mengumumkan bahawa Syarikat ini melancarkan MOVEVISION, monitor pintar tanpa kord 27-inci yang terkini di Jepun yang kini telah dijual melalui ejen kebangsaan GRT. Pelancarannya menandakan penampilan sulung global penjana hiburan rumah itu yang padat dengan paparan luar biasa, kapasiti bateri tahan lama dan ciri-ciri pintar yang versatil dalam struktur minimalis dan ringan yang membolehkan pengguna menikmati keseronokan harian mereka untuk kandungan digital di mana-mana, bila-bila masa.

27-Inch Cordless Smart Monitor - MOVEVISION
27-Inch Cordless Smart Monitor - MOVEVISION

Berfikir melangkaui konsep kovensional, pereka KONKA mencipta monitor pintar yang tidak terikat pada salur keluar kuasa. Ia dipasang pada dirian beroda yang membolehkan pengguna melaraskan ketinggian, sudut dan lokasi skrin, menerobos sempadan peranti hiburan rumah tradisional yang sering dikaitkan dengan cirinya yang sangat besar dan ketidakfleksibelan.

MOVEVISION dilengkapi dengan sistem Android 11 dan menyokong aplikasi penstriman video dan muzik arus perdana yang boleh dimuat turun secara percuma di gedung Google Play. Baterinya membolehkan empat hingga enam jam main balik video, digandingkan dengan reka bentuk UI diperkemas yang menjadikan navigasi dan operasi aplikasi sangat mudah dan intuitif. MOVEVISION juga merupakan penyelesaian pejabat semua-dalam-satu untuk pembentangan perniagaan dan sidang video, menukarkan sebarang bilik mesyuarat menjadi tempat kerja kolaborasi yang inklusif serta produktif hasil daripada mobilitinya, kualiti audio-visual unggul dan keupayaan versatilnya.

Selain daripada MOVEVISION, KONKA turut memperkenalkan siri TV 680 kurang bezel (tanpa penala) ke pasaran Jepun yang kini tersedia untuk dibeli melalui kedai-kedai dalam talian dan luar talian Suruga. Dengan penawaran baharu, KONKA bermatlamat untuk menyediakan kepada pengguna Jepun dengan penyelesaian hiburan rumah yang terbaik.

KONKA Group Co., Ltd.

Sebagai sebuah syarikat berasaskan platform yang dipacu oleh inovasi teknologi, skop perniagaan KONKA meliputi produk elektronik pengguna, teknologi semikonduktor, teknologi mesra-alam, taman perindustrian, perkhidmatan platform serta pelaburan & kewangan. Ditubuhkan pada tahun 1980, KONKA ialah perusahaan elektronik pengguna bersama Sino-asing pertama China yang telahpun disenaraikan pada Bursa Saham Shenzhen. Sejak tahun 1999, KONKA telah berada di kedudukan antara syarikat terbaik 100 teratas China dan juga dinamakan sebagai salah satu daripada "10 jenama teratas paling bernilai di China." Dengan hasil tahunan mencecah lebih $7.0 bilion, KONKA memiliki lebih daripada 40 subsidiari, 200 pejabat jualan, lebih daripada 3,000 outlet perkhidmatan dan lebih 15,000 pekerja di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.konkaglobal.com dan http://konka.co.jp/.

Maklumat perhubungan: info@grtrade.co.jp / chensisi1@konka.com

Source: KONKA Group Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:000016
Keywords: Computer/Electronics Entertainment New products/services