omniture

Izinkan Kami Memperkenalkan Semula Diri Kami: PR Newswire for Journalists

PR Newswire
2014-02-24 17:20 139

LONDON, 24 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Sambil wartawan dan penulis blog menerbitkan tulisan mereka dalam pelbagai saluran, keperluan untuk campuran kandungan beraneka kian meningkat – tetapi mendapatkan maklumat dalam keadaan sarat maklumat itu boleh menjadi sangat mencabar.

PR Newswire for Journalists (https://prnmedia.prnewswire.com/) hari ini mengumumkan reka bentuk baharu dan ciri yang bertujuan untuk memenuhi keperluan komuniti media secara langsung, dan turut memperhebat cara wartawan dan penulis blog berinteraksi dengan komuniti mereka dan juga berhubung dengan idea serta sumber rencana.

Banyak perubahan industri media telah berlaku dalam tempoh satu dekad yang lepas: carian dalam talian dan berbayar meningkat sehingga mengatasi pengiklanan, MySpace memberi laluan kepada Facebook, Twitter dan juga LinkedIn, manakala platform mudah alih serta platform mengikut permintaan memberi kesan kepada tabiat pembaca dan penonton dengan begitu mendalam. Tetapi, perubahan yang paling radikal mungkin adalah daripada segi evolusi kerjaya kewartawanan itu saendiri.

PR Newswire for Journalists: Ciri Baharu untuk Dunia Maklumat Tanpa Had serta Perhatian Terhad

Pada masa kini, jumlah kandungan menggunung yang sedia ada – termasuklah berita tergempar, laman pendapat disumberkan orang ramai, blog polisi dan juga aktiviti Twitter secara langsung – mungkin menyukarkan wartawan untuk menapis kandungan yang tidak berkaitan sambil mencari maklumat yang tepat, relevan dan layak diberitakan. Wartawan serta penulis blog juga perlu menulis, mengumpul dan berkongsi kandungan dalam berbilang saluran, lalu menjadikan alat berkesan untuk warga profesional media lebih berharga berbanding sebelum ini. PR Newswire for Journalists yang diperhebat ini menangani semua isu ini secara terus.

Pembaharuan yang Memberi Faedah kepada Komuniti Media dan turut Menghubungkan Pengguna dengan Berita

Reka bentuk baharu laman itu mempunyai beberapa peningkatan yang signifikan seperti:

  • Reka bentuk web responsif yang dioptimumkan untuk memperluas akses anda kepada PR Newswire for Journalists dengan menggunakan apa jua peranti.
  • Seksyen multimedia diperhebat dengan akses kepada logo, foto, dan juga video yang boleh membantu "menceritakan kisah secara keseluruhannya".
  • Akses pantas kepada ProfNet bagi mendapatkan sumber petikan kata-kata atau pendapat daripada golongan pakar.
  • Simpan sebarang carian dengan mudah dan serta-merta sebagai suapan berita tersuai khusus.
  • Kandungan yang dikumpulkan dan relevan: Setiap siaran akhbar kini akan mempunyai pautan tajuk berita kepada pengumuman lain daripada syarikat yang sama.
  • Laman komuniti baharu bagi menghubungkan anda dengan rakan setara dan arah aliran industri, yang mempunyai blog baharu "Beyond Bylines" untuk warga profesional media, senarai jawatan kosong dan langkah media.

"Kami sangat berbangga dengan hubungan jangka panjang kami dengan ribuan editor, wartawan dan penulis blog. Tambahan pula, dalam kaji selidik komuniti tersebut yang dijalankan baru-baru ini, kami mengatasi para pesaing kami daripada segi kebolehpercayaan, dan juga maklumat bernilai yang disasarkan dengan tepat," kata Jason Edelboim, Naib Presiden Kanan, Media & Pengedaran Global PR Newswire. "Semua peningkatan kepada PR Newswire for Journalists yang menguja ini akan membantu komuniti PR Newswire for Journalists kami kekal selangkah di hadapan daripada segi arah aliran profesional terkini dan terus menyediakan rencana asli, padat dengan maklumat dan turut menarik minat para pembaca, pendengar serta penonton mereka."

Tonton video pengenalan yang pendek tentang laman PR Newswire for Journalists BAHARU: http://prn.to/TheNewPRNJ

Latar belakang PR Newswire 

PR Newswire ialah penyedia global yang menerajui untuk alat perhubungan awam dan komunikasi korporat yang membolehkan pelanggan untuk mengedarkan berita dan juga kandungan beraneka merentasi saluran tradisional, digital serta media sosial dalam masa sebenar dengan laporan dan pemantauan yang membolehkan tindakan diambil sepenuhnya.

Dengan pengalaman menerbitkan, mengoptimumkan dan turut menyasarkan berita dan kandungan merentasi rangkaian pengedaran berbilang saluran yang terbesar di dunia, di samping menawarkan kandungan yang paling tepat dan kerap dikemas kini yang menjadi pilihan dalam pangkalan data wartawan selama hampir 60 tahun, PR Newswire benar-benar mempunyai jangkauan global yang berkhidmat untuk pelanggan di Eropah, Timur Tengah dan Afrika, India, negara benua Amerika dan juga Asia Pasifik.

PR Newswire ialah sebahagian daripada UBM plc

Maklumat Perhubungan Media:
Garry Durston
Pengarah Komunikasi Pemasaran EMEA & India
+44(0)20-7454-5115
garry.durston@prnewswire.co.uk

Sumber: PR Newswire

Source: PR Newswire
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Web Site New products/services