omniture

HONOR Umum Pelancaran Global HONOR Magic5 Series dan HONOR Magic Vs di MWC 2023

HONOR
2023-03-01 07:11 73

Membawakan peranti utama terkininya ke pasaran global, HONOR memperkasa pengguna telefon pintar dengan inovasi bertumpu manusia

BARCELONA, 1 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini memperkenalkan pendekatan bertumpuan manusia baharu terhadap teknologi, "Teknologi untuk Memberi Inspirasi" ("Tech to Inspire") di Kongres Dunia Mudah Alih 2023. Semasa acara tersebut, HONOR menjayakan strategi dwi-utamanya dalam pasaran global dan turut mengumumkan ketersediaan global HONOR Magic5 Series dan HONOR Magic Vs yang merupakan lelaran terkini kepada barisan HONOR Magic Series yang berjaya, bersiap sedia sepenuhnya untuk menyampaikan pengalaman telefon pintar utama yang sebenar kepada pengguna di serata dunia.


"Komited untuk memenuhi keperluan sebenar pelanggan, HONOR mengguna pakai pendekatan bertumpukan manusia kepada inovasi produk, menawarkan penyelesaian teknologi intuitif bagi meningkatkan kehidupan harian semua orang," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd. "HONOR Magic5 Pro, peranti utama terkini kami yang serba lengkap dan HONOR Magic Vs, peranti utama boleh lipat pertama kami yang akan dilancarkan dalam pasaran global, mendorong penanda aras industri dalam setiap aspek pengalaman pengguna telefon pintar, selaras dengan visi kami untuk mengupayakan kehidupan yang lebih pintar buat semua orang."

Memperkenalkan HONOR Magic5 Pro Serba-Baharu
Padat dengan pelbagai penaiktarafan yang signifikan, peranti utama yang menyeluruh HONOR Magic5 Pro mempunyai pencapaian perintis yang mengagumkan dalam reka bentuk, paparan, fotografi dan prestasi, mengatasi beberapa penanda aras industri bagi menyampaikan pengalaman pengguna yang terbaik dalam kelasnya.

Estetika Star Wheel Serba Baharu dengan Lengkung Gaudi
Berpegang teguh kepada reka bentuk ikonik 'Eye of Muse', HONOR Magic5 Pro mengembangkan konsep ini, mereka bentuk semula dan memperkenalkan sistem Kamera Tigaan Star Wheel. Bagi memberi penghormatan kepada Antoni Gaudi, HONOR Magic5 Pro mempunyai bezel ultra-sempit dwi-lengkung bersimetri pada kedua-dua sisi dan Reka Bentuk Kamera Tigaan Star Wheel diletakkan pada bahagian tengah penutup belakang, menggabungkan lengkungan indah yang didapati dalam landskap alam semula jadi dan seni bina moden ke dalam reka bentuk peranti termaju, lalu mendemonstrasikan kombinasi yang harmoni antara seni dan teknologi.

Paparan Premium Ditampilkan Julung Kali di Kedudukan Teratas Senarai Kedudukan DXOMARK
Membawakan Paparan LTPO 6.81-inci1 dengan Skrin Terapung Kuad-Lengkung unik, HONOR Magic5 Pro menjamin pengalaman tontonan yang imersif sama ada pengguna menyemak imbas, bermain permainan atau membaca. Dilengkapi dengan Teknologi Peningkatan Luminans Paparan Baharu, HONOR Magic5 Series menyampaikan kecerahan HDR puncak 1800 nit2, bagi memastikan visual yang jelas walaupun di bawah cahaya matahari yang terang. Dengan Penentukuran Dwi-Luminans untuk kecerahan dalaman 120nit biasa dan kecerahan luar 800nit, HONOR Magic5 Pro menyediakan ketepatan warna paparan yang utama dalam industri.

HONOR Magic5 Pro turut menampilkan Cipset Paparan Diskret3 untuk meningkatkan kualiti visual imej yang bergerak. Di samping menawarkan kesan julat dinamik tinggi (HDR) sentiasa hidup bagi meningkatkan kejelasan video, cipset ini menyampaikan kadar bingkai lebih tinggi dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah untuk pengalaman permainan yang lebih lancar, lebih lama. Diperakui dengan HDR10+ dan IMAX Enhanced, HONOR Magic5 Pro membolehkan pengguna menikmati video dan filem dengan kualiti gambar optimum.

Melegakan ketegangan mata pengguna, HONOR Magic5 Pro mempunyai emisi cahaya biru yang rendah, seperti yang diperakui oleh TÜV Rheinland4 sementara Pemalapan Dinamik yang menyerupai cahaya semula jadi untuk mengurangkan keletihan mata. Ciri-ciri keselesaan mata inovatif yang lain termasuk Paparan Malam Sirkadian untuk kualiti tidur yang lebih baik dan paparan LTPO yang pertama dalam industri dengan teknologi Pemalapan Modulasi Lebar Denyutan (PWM) 2160Hz5 bagi meminimumkan skrin berkerlip, sangat sesuai untuk mereka yang menghabiskan masa yang lama di hadapan telefon pintar mereka.

HONOR Magic5 Pro menunjukkan prestasi paparan keseluruhan yang cemerlang, menduduki tempat pertama bagi senarai kedudukan paparan telefon pintar DXOMARK dengan skor tertinggi 151.

Sistem Kamera Tiada Tandingan Dinobatkan Tempat Pertama dalam DXOMARK
HONOR Magic5 Pro juga telah menduduki tempat pertama dalam senarai kedudukan kamera global DXOMARK dengan skor 152, menjadikannya telefon pintar skor kamera tertinggi yang diuji setakat ini. HONOR Magic5 Pro membawakan kombinasi Kamera Utama Tigaan berkuasa yang terdiri daripada Kamera Luas 50MP, Kamera Ultra Luas 50MP dan Kamera Telefoto 50MP6. Dengan peningkatan saiz sensor untuk prestasi penderiaan cahaya unggul, sistem kamera ini menghasilkan foto dalam butiran yang diperhalusi setiap masa, tanpa mengira keadaan pencahayaan. Optik Pengkomputeran Ultra Gabungan (Computational), algoritma optik pengkomputeran yang melengkapi sistem kamera, meningkatkan secara drastik kejelasan imej pada zum 3.5x-100x, membuatkan peranti ini berbeza daripada telefon pintar lain dalam pasaran.

Dilengkapi dengan HONOR Image Engine serba baharu, HONOR Magic5 Pro memperkenalkan buat julung kalinya algoritma Millisecond Falcon Capture serba baharu, membolehkan pengguna merakam adegan rumit dengan kemudahan dan kejelasan yang luar biasa. Pengguna juga boleh merakam adegan cahaya malap secara jelas dengan kelajuan tinggi hasil daripada keupayaan Tangkapan Malam Super. Selain itu, HONOR Magic5 Pro mempunyai Tangkapan Penderiaan Pergerakan AI7, yang berupaya untuk mengesan secara automatik titik tertinggi lompatan dan menangkap bingkai dalam definisi ultra-tinggi. Bagi menguji teknologi ini, HONOR bekerjasama dengan GUINNESS WORLD RECORDS, menggunakan HONOR Magic5 Pro untuk merakam secara automatik detik yang menakjubkan bagi percubaan rekod dunia rasmi untuk World's Highest Between The Legs Slam Dunk.  

Membolehkan pencipta yang sedang meningkat menghasilkan rakaman tahap sinematik, HONOR Magic5 Pro menampilkan IMAX Enhanced Movie Master, memperkasa pengguna untuk merakam dan menyunting video yang menakjubkan, semuanya pada telefon pintar mereka.

Privasi dan Sekuriti Dipertingkat untuk Perlindungan Menyeluruh
HONOR Magic5 Pro membawakan Sistem Sekuriti Dwi-TEE yang dibangunkan bersama Qualcomm®, menawarkan perlindungan peringkat-perkakasan untuk data pengguna. Dilengkapi dengan Cipset Sekuriti Diskret, HONOR Magic5 Pro memberi sekuriti maksimum untuk kata laluan dan biometrik seperti ID muka dan cap jari.

Membawakan penaiktarafan menarik kepada Panggilan Privasi AI 2.08, penyelesaian perintis HONOR untuk kebocoran bunyi, HONOR Magic5 Pro memperkenalkan Teknologi Kawalan Ruang Tenaga Bunyi yang pertama dalam industri yang menghasilkan gelombang bunyi yang bertentangan untuk mengelakkan kebocoran bunyi bagi panggilan telefon privasi. Di samping menyampaikan penambahbaikan 100%9 pada volum panggilan untuk pengalaman komunikasi yang lebih jelas, Panggilan Privasi AI 2.0 memastikan bahawa sekiranya pengguna berada dalam persekitaran yang sesak namun senyap seperti dalam lif, orang yang berdekatan tidak dapat menangkap suara pemanggil dengan jelas.

Prestasi Unggul Didayakan oleh Teknologi Canggih
Dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform terkini daripada Qualcomm®, HONOR Magic5 Pro menyampaikan prestasi utama yang tiada tandingan, mengupayakan produktiviti dan hiburan yang dipertingkat sepanjang masa. Dengan seni bina antena mandiri Wi-Fi dan Bluetooth yang pertama dalam industri ini, HONOR Magic5 Pro meningkatkan prestasi Wi-Fi sebanyak 200%10 dan mengurangkan kependaman Wi-Fi sebanyak 30%11 berbanding dengan reka bentuk antena tradisional dalam industri ini, membawakan kepada pengguna kefleksibelan dan mobiliti terbaik untuk bekerja dan bermain.

Menyokong HONOR SuperCharge12 66W Berwayar dan 50W Tanpa Wayar, HONOR Magic5 Pro padat dengan bateri 5100mAh13 amat besar bagi membawakan penggunaan tanpa gangguan sepanjang hari.

Menggunakan MagicOS 7.1 terkini berasaskan kepada Android 13, HONOR Magic5 Pro menawarkan pelbagai ciri pintar, seperti MagicRing untuk kolaborasi berbilang peranti dan Magic Text untuk pengecaman teks pintar, bagi membantu pengguna meningkatkan lagi produktiviti mereka.

Membawakan Telefon Boleh Lipat HONOR Magic Vs ke Pasaran Global
Sebagai peranti utama yang pertama seumpamanya daripada HONOR yang ditampilkan buat julung kalinya di luar China, HONOR Magic Vs mempunyai reka bentuk, paparan dan penaiktarafan prestasi yang luar biasa, membawa pengalaman telefon pintar boleh lipat ke tahap seterusnya. Pendamping yang sempurna untuk usahawan mewah yang gemar mengembara serta mereka yang mengutamakan hiburan mudah alih lebih daripada yang lain, peranti ini menawarkan campuran terbaik antara gaya dan matan.

Teguh Bertemu Mudah Alih: Memperkenalkan Reka Bentuk Engsel Perintis
HONOR Magic Vs adalah luar biasa nipis dan ringan, berukuran hanya 12.9mm14 tebal apabila dilipat dan seberat 267g15. Walaupun dengan faktor bentuk yang kompak, HONOR Magic Vs mempunyai bateri 5000mAh16, kapasiti bateri terbesar antara telefon pintar boleh lipat di bawah 270g yang tersedia pada hari ini.

Menyumbang kepada berat yang ringan pada HONOR Magic Vs ialah Engsel Tanpa Gear Amat Ringan revolusioner yang dicipta dengan teliti menggunakan teknologi tuangan satu-keping, lalu mengurangkan bilangan komponen struktur daripada 92 dalam generasi terdahulu kepada hanya 417. Mempunyai ciri ketahanan luar biasa, engsel mampu bertahan sehingga 400,000 lipatan18 seperti yang diuji oleh TÜV Rheinland, yang bersamaan dengan lebih sepuluh tahun penggunaan berdasarkan kepada 100 lipatan sehari, mencatat penanda aras baharu untuk reka bentuk telefon pintar boleh lipat.

Hasil daripada struktur engsel yang sofistikated, HONOR Magic Vs dilipat rapat tanpa celah dan mempunyai skrin hampir rata sepenuhnya apabila dibuka, ciri yang tidak ditawarkan oleh peranti boleh lipat yang bersaing dalam pasaran.

Dwi Paparan Menyampaikan Pengalaman Tontonan Luar Biasa
Bagi membantu meningkatkan produktiviti ke tahap maksimum, HONOR Magic Vs menampilkan paparan luar 6.45-inci19 mesra pengguna dengan nisbah aspek 21:9 dan nisbah skrin-kepada-badan 90%20. Apabila tidak dilipat, HONOR Magic Vs menyampaikan pengalaman seakan-akan tablet dengan paparan dalaman 7.9-inci lebih luas21, membolehkan pengguna melakukan berbilang tugas dan melihat kandungan dengan amat mudah.

Padat dengan penyelesaian keselesaan mata profesional, HONOR Magic Vs membawakan Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadian dan Pemalapan Modulasi Lebar Denyutan (PWM) 1920Hz, frekuensi tertinggi yang pernah dicapai dalam pasaran telefon pintar boleh lipat semasa, untuk mengurangkan dengan ketara kesan ketegangan dan keletihan mata digital.

Konfigurasi Unggul untuk Pengalaman Pengguna Berkuasa
HONOR Magic Vs dilengkapi dengan sistem kamera tigaan belakang mengagumkan yang terdiri daripada Kamera Utama IMX800 54MP, Kamera Utama Ultra-Luas & Makro 50MP serta Kamera Zum Optik 3X 8MP, menyampaikan pengalaman fotografi luar biasa, tanpa mengira senario penggambaran22.

Dikuasakan oleh Snapdragon® 8+ Gen 1 Mobile Platform23 daripada Qualcomm, HONOR Magic Vs menyampaikan prestasi dipertingkat dengan kecekapan kuasa lebih tinggi untuk pengalaman pengguna yang lebih pantas dan lebih lancar. Dengan enjin Turbo X HONOR, ia berusaha untuk membawakan kepada anda hayat bateri lebih panjang dan pengalaman yang lebih lancar.

HONOR Magic Vs menggunakan HONOR MagicOS 7.1 terkini berdasarkan kepada Android 13. Selain daripada MagicRing untuk kolaborasi berbilang peranti dan Magic Text untuk pengecaman teks pintar, peranti utama boleh lipat ini membawakan Smart Multi-window dan APP Extender masing-masing bagi menyokong pelaksanaan berbilang tugas merentas aplikasi-aplikasi dan dalam aplikasi yang sama, bagi membantu pengguna menjimatkan masa dan mencapai lebih banyak lagi dalam kehidupan.

Warna, Harga dan Ketersediaan
Direka bentuk untuk semangat pengembaraan, HONOR Magic5 Pro akan tersedia dalam warna Glacier Blue, Meadow Green, Coral Purple, Jingga dan Hitam24 sementara HONOR Magic5 tersedia dalam warna Hitam dan Biru25, kesemuanya diinspirasikan oleh keajaiban alam semula jadi.

HONOR Magic5 Series akan tersedia bermula dari Suku Kedua tahun 2023. HONOR Magic5 akan bermula pada harga €899 (8G+256GB), sementara HONOR Magic5 Pro akan berharga €1199 (12G+512GB).

Menawarkan dua kombinasi warna yang menakjubkan, Biru Kehijauan dan Hitam26, HONOR Magic Vs akan berharga €1599 (12GB+512GB). Ketersediaan akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com.

https://community.hihonor.com/
https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/c/HonorOfficial

1 Hanya tersedia pada versi Pro. Versi Standard dilengkapi dengan Paparan OLED 6.73-inci. Dengan reka bentuk penjuru bulat pada paparan, panjang pepenjuru skrin ialah 6.81 inci apabila diukur mengikut segi empat tepat standard (medan pandangan sebenar adalah lebih kecil sedikit).
2 Hanya tersedia pada versi Pro. Versi Standard mempunyai kecerahan HDR puncak 1600 nit.
3 Hanya tersedia pada versi Pro.
4 Skrin telah lulus Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland. Produk ini bukan untuk kegunaan perubatan dan tidak mempunyai fungsi terapeutik.
5 Skrin menyokong pemalapan PWM frekuensi tinggi maksimum 2160Hz yang berkesan dalam senario kecerahan rendah. Sila rujuk kepada pengalaman sebenar. Telefon ini bukan alat perubatan dan tidak tersedia untuk rawatan.
6 Kombinasi kamera hanya tersedia pada versi Pro. Versi Standard membawakan Kamera Utama Luas 54MP, Kamera Ultra Luas 50MP dan Kamera Telefoto 32MP. Piksel foto dan video mungkin berbeza bergantung pada mod yang berbeza. Sila rujuk kepada situasi sebenar.
7 Tangkapan Penderiaan Pergerakan AI menyokong pengatup berkelajuan tinggi pintar yang menangkap dengan pantas detik-detik indah individu tersenyum, melompat dan sebagainya atau pergerakan kucing dan anjing. Kesan sebenar mungkin berbeza bergantung pada senario. Versi standard turut menyokong ciri ini.
8 Panggilan Privasi AI memberi kesan pada 8 bar kelantangan dan ke bawah. Ciri ini mengurangkan kebocoran bunyi, namun tidak kalis bunyi sepenuhnya, deria kebocoran bunyi berkaitan dengan tahap hingar persekitaran. Sila rujuk pengalaman sebenar anda.
9 Data daripada HONOR labs berbanding generasi terdahulu.
10 Data daripada HONOR labs.
11 Data daripada HONOR labs.
12 HONOR SuperCharge Tanpa Wayar 5G hanya tersedia pada versi Pro. Kuasa pengecasan berwayar maksimum yang disokong ialah 66W dengan HONOR SuperCharge dan kabel asli. Kuasa pengecasan tanpa wayar maksimum ialah 50W dengan penyesuai pengecasan 50W. Data sebenar mungkin berbeza disebabkan oleh perbezaan dalam produk individu, versi perisian, keadaan aplikasi dan faktor-faktor persekitaran. Pengecas Tanpa Wayar dibeli secara berasingan.
13 Nilai biasa. Kapasiti terkadar bagi bateri tidak boleh ditanggalkan ialah 5,000mAh. 
14 HONOR Magic Vs mempunyai ketebalan 12.9mm (Skrin dilipat) dan 6.1mm (Skrin dibuka). Saiz produk mungkin berbeza dengan konfigurasinya, proses pengilangan dan kaedah pengukuran. Butiran spesifikasi adalah untuk rujukan sahaja.
15 Data daripada HONOR labs. Versi paling ringan seberat 261g yang didatangkan dengan bahagian belakang kulit vegan. Jumlah berat termasuk bateri. Berat sebenar mungkin berbeza disebabkan oleh konfigurasi produk, proses pengilangan dan kaedah pengukuran.
16 Kapasiti biasa. Kapasiti terkadar ialah 4900mAh.
17 Data daripada HONOR labs dibandingkan dengan HONOR Magic V. 
18 Data daripada HONOR labs.
19 Dengan reka bentuk penjuru bulat diaplikasikan pada paparan, panjang pepenjuru skrin penutup ialah 6.45 inci apabila diukur mengikut segi empat tepat standard (medan pandangan sebenar adalah lebih kecil sedikit).
20 Data daripada HONOR labs.
21 Dengan reka bentuk penjuru bulat diaplikasikan pada paparan, panjang pepenjuru skrin utama ialah 7.9 inci apabila diukur mengikut segi empat tepat standard (medan pandangan sebenar adalah lebih kecil sedikit).
22 Kamera depan ialah 16MP. Kamera disediakan pada kedua-dua skrin dalaman dan skrin luaran. Piksel mungkin berbeza dengan mod foto yang berbeza. Sila rujuk situasi sebenar.
23 Qualcomm dan Snapdragon ialah tanda dagangan Qualcomm Incorporated, didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
24 Ketersediaan warna mungkin berbeza mengikut wilayah.
25 Ketersediaan warna mungkin berbeza mengikut wilayah.
26 Ketersediaan warna mungkin berbeza mengikut wilayah.

 

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services