omniture

ZTE perkenal peranti pengguna baharu dan Ekosistem Pintar Senario-Penuh 2.0 di MWC 2023

ZTE Corporation
2023-03-01 10:30 106
  • ZTE Mobile Devices membangunkan Ekosistem Pintar Senario-Penuh 2.0 "1+2+N" baru dinaik taraf untuk membawa gaya hidup digital baharu kepada pengguna
  • ZTE Mobile Devices akan melancarkan tablet 3D tanpa cermin mata berkuasa AI yang pertama di dunia, nubia Pad 3D dan nubia Neovision AR Glass bagi memberi pengalaman audio-visual unggul
  • Berpegang teguh kepada konsep "Hijau, Kecerdasan & Keselamatan", ZTE Mobile Devices akan membawa Generasi ke-5 5G FWA dan produk versi GIS di MWC 2023

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2023 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia terkemuka global bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, muncul di Kongres Dunia Mudah Alih 2023 (MWC 2023) di Barcelona dengan reruai demonstrasi yang mempamerkan produk pengguna daripada semua kategori termasuk ZTE Axon, ZTE Blade, nubia, serta produk rangkaian MBB, FWA & IoT dan penyelesaian industri. Sebagai respons kepada pengembangan dipercepat dalam senario pengguna dan permintaan pengguna, strategi ZTE Mobile Devices telah dinaik taraf secara rasmi kepada Ekosistem Pintar Senario-Penuh "1+2+N" 2.0.

Rangkaian 5G dengan kelebihan kadar tinggi, kependaman rendah dan lebar jalur besar telah mewujudkan penggunaan kandungan baharu dalam bentuk yang lebih terpelbagai. ZTE Mobile Devices melancarkan nubia Pad 3D, tablet 3D tanpa cermin mata berkuasa AI yang pertama di dunia dan nubia Neovision Glass, cermin mata AR yang menyediakan pengalaman audio-visual unggul serta mengumumkan konsep produk MBB & FWA "Hijau, Kecerdasan & Keselamatan (GIS)" serta produk-produk penting yang lain termasuk Generasi ke-5 FWA.

KV ZTE Mobile Devices
KV ZTE Mobile Devices

Ekosistem Pintar Senario-Penuh 2.0 baru dinaik taraf

5G menambah baik pekerjaan dan kehidupan orang ramai serta menarik minat orang ramai untuk memiliki lebih daripada satu peranti mudah alih. Berdasarkan kepada keupayaan berkuasa "awan, rangkaian, pinggiran dan peranti", ZTE MyOS akan menerobos sempadan peranti yang berbeza dan merealisasikan saling sambungan yang lancar bagi ekosistem peranti "1+2+N", termasuk telefon bimbit, terminal data peribadi dan rumah serta produk ekologi persisian, lalu membawakan penaiktarafan baharu terhadap gaya hidup digital dan Ekosistem Pintar Senario-Penuh 2.0.

ZTE MyOS akan mengupayakan persepsi dan interaksi pintar antara peranti terminal yang berbeza, meliputi empat senario penting iaitu sukan & kesihatan, hiburan audio & visual, perniagaan & perjalanan serta keluarga & pendidikan bagi menyediakan pengalaman integrasi berbilang peranti dan sambungan berbilang skrin, keterhubungan silang-peranti serta gaya hidup digital penumpuan senario pintar kepada pengguna.

nubia Pad 3D, menawarkan pengalaman baharu dalam teknologi

nubia Pad 3D, dibangunkan secara bersama oleh ZTE dan pembangun 3D tanpa cermin mata yang terkemuka di dunia Leia Inc., dilengkapi dengan teknologi 3D Lightfield yang unik daripada Leia serta kuasa pengkomputeran AI yang amat besar untuk memadankan senario aplikasi 3D yang banyak. Secara spesifik, ia menyokong Penjejakan Muka AI yang dapat memadankan pandangan terbaik (8 pandangan secara maksimum) pada masa nyata, mencapai penumpuan 2D hingga 3D berasaskan AI pada masa nyata, tangkapan kandungan 3D berkuasa AI oleh kamera depan atau belakang serta serasi dengan aplikasi 3D AI yang popular untuk penciptaan artistik. Ia dilengkapi dengan skrin 2.5K 12.4-inci dan empat pembesar suara bersimetri yang menyokong Dolby Surround Sound, seterusnya menawarkan pengalaman audio dan visual yang imersif. Menerusi ekosistem kandungan 3D terbesar di dunia, ia membolehkan pengguna menikmati dengan lancar sembang video 3D yang pertama di dunia, pawagam peribadi 3D, permainan 3D imersif dan senario-senario lain. Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 series, nubia Pad 3D menonjol dari segi prestasi dan menawarkan pengalaman pengguna dinaik taraf dalam semua dimensi dengan bateri 9070mAh dan pengecas pantas 33W.

AR Smart Glasses, membawa pengalaman skrin mudah alih

Sebagai cermin mata pintar pertama di dunia dengan TÜV Rheinland dan Pensijilan Audio Resolusi-Tinggi, nubia Neovision Glass membawakan skrin maya 120-inci dan paparan Mikro OLED dengan resolusi 1920x1080 dwi-mata serta menyokong pelarasan miopik 0-500°, lalu menawarkan pandangan berkualiti pawagam tanpa memakai cermin mata. Bin bunyi siklon terbina dalam dan dwi-pembesar suara julat penuh stereo menyampaikan pengalaman audio yang imersif dan autentik. Di samping itu, ia turut menyediakan pelbagai kanta serapan magnet penstrim yang berwarna-warni. Cermin mata yang bergaya, selesa dan mudah dibawa ke mana-mana ini mengguna pakai reka bentuk diperkemas tanpa bingkai dan hanya seberat 79g.

Konsep GIS, memacu pembangunan baharu peranti internet mudah alih 

ZTE ialah perintis yang terkemuka di dunia dalam bidang 5G MBB & FWA. Menurut laporan baharu oleh TSR, sebuah agensi perundingan profesional bertaraf antarabangsa, pada tahun 2022, bahagian pasaran bagi produk MBB & FWA ZTE menduduki tempat pertama di dunia. Bahagian pasaran produk 5G MBB & FWA ZTE menduduki tempat pertama selama dua tahun berturut-turut di dunia dan penghantaran kumulatif globalnya telah melebihi 3 juta unit. Pada tahun 2023, ZTE akan terus berpegang teguh kepada konsep produk "Hijau, Kecerdasan & Keselamatan".

Dengan mengamalkan reka bentuk hijau, persepsi hijau dan perkhidmatan hijau, penggunaan tenaga keseluruhan ZTE telah berkurangan sebanyak 10% lagi. ZTE menawarkan akses lebih pintar, kawalan senario pintar berasaskan kepada keperluan pengguna terpelbagai dan pelbagai mod pintar untuk mengawal kadar akses serta status respons peranti. Tambahan pula, ZTE, demi menjadikan penghantaran data lebih terjamin dan lebih andal, melancarkan dua senario keselamatan khususnya untuk isi rumah dan kanak-kanak. Hasil daripada sistem keselamatan yang komprehensif serta makmal keselamatan rangkaian teragih secara global, ZTE telah membina keupayaan bagi menjamin keselamatan rangkaian seluruh dunia.

Semasa MWC 2023, ZTE dengan rasminya melancarkan MC888 Pro versi GIS, mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 10% dengan 95% bahan-bahan PCR, yang merupakan produk penting baharu yang dilancarkan di bawah konsep GIS.

5G FWA Gen 5 Baharu, menyokong Wi-Fi 7 terlebih dahulu

ZTE turut melancarkan 5G FWA Gen 5, menyokong standard 3GPP R17 terkini dan mengguna pakai antena pintar 5.0 ZTE bagi meningkatkan perolehan antena sebanyak 20%. Dengan teknologi Wi-Fi 7, kadar puncaknya mencecah 21Gbps. Diperkukuh oleh teknologi penguatan isyarat, ia menyediakan sambungan yang jauh lebih pantas, lebih stabil dan andal. Dengan bergantung pada teknologi Jaring-kembali yang baharu, peranti dapat mencapai liputan menyeluruh dalam seluruh rumah dan aplikasi senario pintar. Dengan sokongan alat kawalan jauh dan protokol Matter, 5G FWA Gen 5 mewujudkan pusat kawalan rumah pintar yang sebenar.

Selain daripada produk yang baru diumumkan, telefon bimbit termasuk ZTE Axon 40 Ultra, ZTE Blade Series, nubia Z50, persisian ekologi termasuk ZTE Watch Live 2, fon kepala Bluetooth, peranti MBB & FWA, terminal IoT dan terminal IoV turut ditampilkan di MWC 2023, membawa pengalaman 5G yang komprehensif kepada pengguna dan juga pengguna industri.

5G masih membawa perubahan kepada masa depan. Penaiktarafan baharu terhadap Ekosistem Pintar Senario-Penuh 2.0 merupakan ukuran yang penting untuk ZTE Mobile Devices mempercepatkan integrasi peranti pintar dan membawa kehidupan digital selangkah ke hadapan dalam era pasca-5G di mana semua benda dihubungkan secara pintar. Pada masa akan datang, ZTE Mobile Devices akan terus memacu perniagaan berdasarkan kepada permintaan pelanggan, melakukan inovasi secara berterusan dalam teknologi dan produk serta membolehkan pengguna global menikmati gaya hidup digital yang disokong oleh sambungan lancar senario-penuh.

LATAR BELAKANG ZTE:
ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat ini menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, portfolionya merangkumi semua siri perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar, talian dawai, peranti dan profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih seperempat daripada populasi global, ZTE berdedikasi untuk mencipta ekosistem digital dan pintar serta mengupayakan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana. ZTE disenaraikan pada Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:
Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
EMEL: ZTE.press.release@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news