omniture

MWC Barcelona 2023: Huawei Berkata Kerjasama Industri Diperlukan untuk Percepatkan Kemakmuran 5G

Huawei
2023-03-01 15:19 106

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Presiden Huawei Carrier BG Li Peng, menyampaikan ucaptama pada hari ini di MWC Barcelona 2023 tentang memperbaharui perniagaan 5G, memperkukuh liputan 5G dan mencipta semula teknologi 5G. Dalam ucapan beliau, Li berkongsi pandangan tentang pengalaman pengguna serta pembangunan 5G baru-baru ini. Beliau berkata industri ini perlu saling bekerjasama untuk mempercepatkan kemakmuran 5G.

Li Peng, Presiden Carrier BG, Huawei, menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak GSMA
Li Peng, Presiden Carrier BG, Huawei, menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak GSMA

Mempercepatkan kemakmuran 5G dengan inovasi tanpa henti

5G telah berkembang pesat sejak ia digunakan secara komersial tiga tahun lalu. Menjelang penghujung tahun 2022, lebih 1 bilion pengguna 5G telah menonton strim definisi tinggi acara sukan antarabangsa yang utama dan lebih daripada 10 juta isi rumah mendapat akses kepada jalur lebar 5G. "Hanya tiga tahun diambil untuk 5G mencapai kemajuan yang dicapai oleh 4G dalam tempoh lima tahun. Dari perspektif ini, 5G telahpun mencapai kejayaan," kata Li.

Walau bagaimanapun, liputan 5G masih tidak seimbang antara wilayah-wilayah dan negara-negara berbeza. Sesetengah pengguna mengharapkan pengalaman 5G yang lebih baik, sementara pendigitalan industri memerlukan lebih lagi daripada 5G. "Bagi mencapai kejayaan 5G yang lebih besar, industri ini perlu memperbaharui perniagaan 5G, memperkukuh liputan 5G dan mencipta semula teknologi 5G," ujar Li.

Memperbaharui perniagaan 5G untuk memacu inovasi bertumpukan pengalaman

Nilai sebenar 5G berakar umbi dalam keinginan semula jadi orang ramai untuk mendapat pengalaman yang lebih baik. Satu tinjauan terkini mendapati bahawa dopamin yang dihasilkan oleh otak manusia semasa menonton video HD selama tiga minit bersamaan dengan jumlah yang dihasilkan semasa larian 30 minit.

Tatkala keupayaan rangkaian 5G bertambah baik, pengguna berpeluang menonton video dalam definisi lebih tinggi dan dari lebih banyak sudut pandangan, lalu mewujudkan standard baharu untuk pengalaman generasi seterusnya. 70% pengguna sudahpun sanggup membayar demi pengalaman 5G yang lebih baik. Ini bererti syarikat-syarikat telekomunikasi boleh mengguna pakai model rangkaian-sebagai-satu-perkhidmatan (NaaS) bagi mendorong ekosistem aplikasi 5G dan kandungan yang lebih berkembang maju.

Dengan keupayaan rangkaian yang lebih mantap, syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan dapat memperluaskan lagi pasaran asal dan PKS. Masih terdapat 200 juta talian jalur lebar tembaga yang memerlukan penaiktarafan segera di seluruh dunia dan lebih daripada 60 juta PKS inginkan akses kepada perkhidmatan talian pajakan. Sebuah syarikat telekomunikasi Eropah telahpun mencapai Skor Penggalak Bersih (NPS) melebihi 90% dan meningkatkan ARPUnya sebanyak lebih 60% dengan menyediakan 5G FWA.

Memperkukuh liputan 5G untuk memberi pengalaman yang lebih baik kepada lebih ramai pengguna

Liputan 5G yang lebih mendalam membantu syarikat-syarikat telekomunikasi mengewangkan pengalaman dengan lebih baik. Ini akan dibuktikan dengan baik oleh 20 syarikat telekomunikasi terunggul dunia dalam pelancaran rangkaian 5G yang mencapai ARPU serta pertumbuhan hasil yang jauh lebih tinggi berbanding purata global pada tahun lalu.

Syarikat-syarikat telekomunikasi global semakin memikirkan cara untuk melanjutkan liputan 5G dari luar ke dalam dan dari bandar ke pinggir bandar serta luar bandar. Dengan meningkatkan liputan daripada stesen utama 5G dan membolehkan isyarat 5G menembusi lebih banyak dinding dan bangunan, mereka dapat membantu lebih ramai pengguna menikmati pengalaman yang lebih baik.

Mencipta semula teknologi 5G untuk penemuan baharu dalam kapasiti dan liputan rangkaian

Inovasi dalam peralatan stesen utama 5G juga akan diperlukan bagi menyediakan liputan yang lebih mendalam. Sepanjang proses ini, pada tahun 2022, Huawei melancarkan MetaAAU, AAU generasi ketiganya untuk stesen utama 5G. Berbanding dengan produk setara generasi sebelumnya, MetaAAU menawarkan kira-kira 30% kapasiti dan liputan yang lebih tinggi, seraya menjadikannya pilihan utama untuk syarikat-syarikat telekomunikasi mengusahakan liputan 5G yang lebih mendalam.

Pada tahun ini, Huawei turut melancarkan Meta BladeAAU, membolehkan penggunaan rangkaian 2G, 3G, 4G dan 5G yang mudah pada satu tiang.

Dari 5G ke 5.5G: Keupayaan 10 kali ganda untuk peluang 100 kali ganda

Memandang ke hadapan demi menuju masa depan, syarikat-syarikat telekomunikasi terkemuka kini bekerjasama erat dengan 3GPP untuk memajukan standard 5G dan mencapai lonjakan menuju 5.5G.

5.5G akan berkembang menggunakan 5G, namun akan menjadi lebih pantas, lebih automatik dan lebih pintar berbanding 5G dan menyokong lebih banyak jalur frekuensi.

5.5G akan menyampaikan 10 kali ganda keupayaan rangkaian yang lebih hebat yang akan diterjemahkan kepada 100 kali ganda lebih banyak peluang. Video sudut-pandangan percuma, peralihan ke awan (cloudification) perusahaan, rangkaian persendirian mudah alih, IoT pasif serta penderiaan dan komunikasi bersepadu kesemuanya akan berkembang pesat hasil daripada kemajuan dalam 5G ini.

Pada akhir ucapan beliau, Li menekankan bahawa semua rakan kongsi industri akan perlu saling bekerjasama dan berinovasi tanpa henti bagi mempercepatkan lonjakan dalam kemakmuran 5G ini.

MWC Barcelona 2023 berlangsung mulai 27 Februari hingga 2 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran 1H50 di Dewan 1 Fira Gran Via. Bersama-sama pengendali global, golongan profesional industri dan pemimpin pendapat, kami akan menyelami topik-topik seperti kejayaan perniagaan 5G, peluang 5.5G, pembangunan hijau, transformasi digital dan visi kami menggunakan pelan tindakan perniagaan GUIDE untuk meletakkan asas bagi 5.5G dan membina kejayaan 5G demi kemakmuran yang lebih luas. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2023.

 

Source: Huawei
Keywords: Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news