LAS VEGAS, 1 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) bersedia untuk mempamerkan 22 produk merentas tujuh kategori, termasuk peralatan disesuaikan untuk pasaran Amerika Utara, dan teknologi pembuatan hijau inovatifnya kepada CONEXPO-CON/AGG 2023 dari 14 hingga 18 Mac di Pusat Konvensyen Las Vegas. Zoomlion akan berada di reruai F9615.
CONEXPO-CON/AGG ialah pameran perdagangan pembinaan terbesar Amerika Utara. Bertemakan "Vision Creates Future ("Visi Mencipta Masa Depan")," Zoomlion akan mengetengahkan produk yang paling diminati oleh pelanggan Amerika Utara, terutamanya dalam pembuatan pintar hijau, pengeluaran dan penjualan setempat, dengan mempamerkan produk yang memiliki prestasi, kualiti dan inovasi teknologi yang luar biasa.
Portfolio utama Zoomlion di CONEXPO-CON/AGG akan menampilkan:
Sejak memasuki pasaran AS dalam tahun 2007, peta jalan globalisasi Zoomlion memberi tumpuan untuk mempercepatkan transformasi model perniagaan dan strategi penyetempatan antarabangsa. Dalam tahun 2012, Zoomlion menubuhkaan Pusat R&D Amerika Utara. Pada masa kini, anak syarikat Amerika Utara mempunyai rangkaian yang menyepadukan R&D, penjualan dan pemasaran, dan pangkalan pengeluaran, sambil meliputi logistik dan bekalan alat ganti dalam pasaran tempatan.