BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2023 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, Hotel Star dan China Mobile telah dianugerahkan GSMA 5G Smart Production Challenge Award di GSMA 5G Industry Challenge 2023 untuk projek "5G Mengupayakan Transformasi Digital Pembuatan".
Anugerah GSMA 5G merupakan antara anugerah yang paling berprestij dalam industri telekomunikasi. Anugerah ini mengiktiraf pencapaian dan sumbangan ZTE dalam industri telekomunikasi dan mengesahkan bagaimana ZTE telah menempuh perjalanan yang panjang membantu lebih banyak industri vertikal untuk mendapat manfaat daripada teknologi 5G persendirian yang canggih.
PKS (Perusahaan bersaiz Kecil dan Sederhana) menyumbang sebahagian besar, dari segi bilangan perusahaan, daripada industri-industri vertikal seperti pembuatan dan perusahaan berkenaan juga sangat bersemangat untuk memodenkan perniagaan mereka dengan teknologi rangkaian mudah alih. Walau bagaimanapun, cabaran untuk PKS ini biasanya lebih besar daripada perusahaan besar, lantaran skala ekonomi tidak menggalakkan yang berkaitan dengan infrastruktur, sumber manusia dan belanjawan. Ia sentiasa menjadi salah satu halangan terbesar untuk ditangani oleh perusahaan ini sebelum mereka dapat menikmati perniagaan yang lebih produktif dan cekap.
ZTE dan China Mobile, disokong oleh inovasi teknologi, komited untuk menangani isu-isu ini dengan pelanggan serta rakan kongsi mereka. Bai Gang, Naib Presiden ZTE, berkata: "Membawakan 5G kepada pembuatan pintar sentiasa menjadi salah satu matlamat kami untuk membantu industri-industri vertikal. PKS amat mencabar untuk 5G yang berkuasa dan mampan direalisasikan dan kami amat gembira dapat melihat inovasi 5G persendirian berasaskan NodeEngine benar-benar membantu. Ia mengupayakan 5G persendirian yang amat berkeupayaan dan mudah digunakan, agar perusahaan dapat mengintegrasikan dan mendigitalkan pengeluaran teras mereka."
"Keupayaan pengkomputeran pinggir, disepadukan terus ke dalam stesen utama 5G sedia ada, merupakan suatu inovasi yang menangani cabaran teras untuk transformasi digital PKS, yang mana ia menawarkan infrastruktur yang amat diperlukan untuk aplikasi seperti visi mesin dan AGV dengan jejak rangkaian terkecil mungkin, kapasiti yang fleksibel dan integrasi yang mudah digunakan dengan aplikasi serta sistem sedia ada dalam perusahaan," tambah Bai Gang.
Deng Wei, Pengarah Jabatan Komunikasi Tanpa Wayar dan Teknologi Terminal, China Mobile Research Institute, berkata: "China Mobile membina dengan aktif sistem perkhidmatan maklumat baharu "sambungan + kuasa pengkomputeran + keupayaan", menginovasi penyelesaian rangkaian persendirian 5G yang pintar dan dipermudah. Bergantung pada stesen utama awan perindustrian pintar, penggunaan tangkas perkhidmatan awan, rangkaian dan perindustrian serta penyelarasan pintar rangkaian dan perkhidmatan dapat dicapai. Tempoh pentauliahan rangkaian persendirian dan pelaksanaan perkhidmatan boleh dipendekkan ke tahap jam dan kependaman perkhidmatan boleh distabilkan dalam 10 ms, seterusnya memudahkan pembangunan digital industri. Pada masa akan datang, China Mobile akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi bagi mengukuhkan keupayaan stesen utama awan perindustrian pintar, meluaskan skop senario aplikasi dan mencapai penyepaduan mendalam serta aplikasi berskala besar dalam industri 5G+."
Usaha bersama dan pencapaian oleh ZTE, China Mobile dan Hotel Star hanyalah salah satu daripada banyak kes yang berjaya oleh ZTE dan China Mobile dalam industri-industri secara menyeluruh. Menuju ke hadapan, ketiga-tiga pihak ini akan tetap komited untuk menginovasi teknologi 5G persendirian dan membawanya kepada lebih banyak perusahaan dan industri demi masa depan digital yang lebih baik untuk semua orang.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi reruai ZTE (3F30, Dewan 3, Fira Gran Via) di Kongres Dunia Mudah Alih 2023, atau terokai:https://www.zte.com.cn/global/about/exhibition/mwc23.html
LATAR BELAKANG ZTE:
ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat ini menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, portfolionya merangkumi semua siri perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar, talian dawai, peranti dan profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih seperempat daripada populasi global, ZTE berdedikasi untuk mencipta ekosistem digital dan pintar serta mengupayakan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana. ZTE disenaraikan pada Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global
IKUTI KAMI:
Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn