omniture

HONOR Magic5 Pro Ungguli Senarai Kedudukan Kamera dan Paparan DXOMARK

HONOR
2023-03-01 23:09 43

Padat dengan ciri-ciri dan penaiktarafan yang utama dalam industri, HONOR Magic5 Pro serba baharu menetapkan standard baharu untuk prestasi kamera dan paparan telefon pintar

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Susulan kejayaan pelancaran peranti utama serba baharu HONOR Magic5 Series di Kongres Dunia Mudah Alih 2023, HONOR Magic5 Pro mendapat tempat pertama baik dalam kamera mahupun paparan bagi senarai kedudukan global telefon pintar DXOMARK, menunjukkan komitmen yang lebih lagi bagi jenama ini untuk membangunkan telefon pintar yang terbaik dalam kelas.


"Kami sangat gembira kerana produk utama kami yang terkini telah mencapai kedudukan #1 untuk senarai kedudukan kamera dan paparan telefon pintar oleh penyelidik-penyelidik bebas di DXOMARK, yang membuktikan kekuatan dan keupayaan pasukan R&D kami," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd. "Pencapaian ini hanyalah permulaan untuk kami ketika kami memandang ke hadapan untuk melakukan pencapaian penting yang lebih hebat dalam teknologi kamera dan paparan telefon pintar."

Sistem Kamera Tiada Tandingan Menduduki Tempat Pertama dalam DXOMARK

HONOR Magic5 Pro telah diuji melalui ujian kamera telefon pintar yang teliti oleh DXOMARK yang mengukur prestasi dalam beberapa kategori penting termasuk Foto, Bokeh, Zum, Video dan Prebiu. Dengan skor tertinggi 152, HONOR Magic5 Pro menduduki tempat pertama dalam senarai kedudukan kamera global DXOMARK

"HONOR Magic5 Pro merupakan peneraju baharu dalam senarai kedudukan kami. Ia juga menduduki kedudukan No. 1 dalam senarai kedudukan foto, hasil daripada keputusan foto yang cemerlang dalam semua peringkat cahaya," seperti yang disebut oleh DXOMARK dalam ulasannya. "Magic5 Pro menyerlah terutamanya dalam kes penggunaan Rakan dan Keluarga kami, menggunakan kelajuan pengatup yang pantas untuk memegunkan objek yang bergerak sambil menangkap butiran yang cemerlang dan memastikan tahap hingar rendah."

Menyertakan Kamera Luas 50MP, Kamera Ultra Luas 50MP dan Kamera Telefoto Periskop 50MP, HONOR Magic 5 Pro menyampaikan imej dengan ketajaman lebih tinggi, pendedahan lebih baik dan julat dinamik yang lebih beraneka. Selain daripada prestasinya yang cemerlang secara keseluruhan, HONOR Magic5 Pro turut memperoleh skor tertinggi daripada DXOMARK dari segi kes penggunaan spesifik dan keadaan Luaran, Dalaman, Cahaya Rendah, Rakan-rakan dan Keluarga, lalu menjadikannya pilihan tepat untuk pelbagai senario rakaman.

HONOR Magic5 Pro – Pengasingan subjek yang sangat baik dalam mod bokeh
HONOR Magic5 Pro – Pengasingan subjek yang sangat baik dalam mod bokeh

Perlu diperhatikan juga bahawa susulan ujian kamera DXOMARK, HONOR Magic5 Pro menyediakan pengalaman zum lebih baik yang ketara, daripada tele ultra-luas kepada jarak jauh, seraya menjadikannya salah satu peranti terbaik untuk zum dalam pasaran. Kamera HONOR Magic5 Pro memberi hasil yang sangat baik pada panjang fokus natif ultra-luas dan apabila mengezum masuk sedikit. Kualiti Imej adalah hebat dalam semua keadaan cahaya, terutamanya dalam cahaya terang dan kawasan tertutup. Bagi panjang fokus tele jarak sederhana, melalui perbandingan dengan Samsung, HONOR Magic5 Pro mempersembahkan butiran halus dan hingar yang rendah, manakala Samsung Galaxy S23 Ultra kehilangan lebih banyak butiran dalam prestasi gambar.


HONOR Magic5 Pro turut menunjukkan prestasi yang baik dalam ujian video, dengan DXOMARK mengesahkan bahawa peranti ini merupakan telefon pintar Android terbaik setakat ini untuk video dan peranti terbaik dalam format video SDR. Menikmati penaiktarafan video signifikan berbanding pendahulunya, HONOR Magic5 Pro memiliki IMAX Enhanced Movie Master, memperkasa pengguna untuk merakam dan menyunting rakaman peringkat-sinematik yang menakjubkan.

Paparan Premium Diperkenalkan Julung Kali di Kedudukan Teratas Senarai Kedudukan DXOMARK

HONOR Magic5 Pro diuji melalui ujian paparan telefon pintar yang teliti oleh DXOMARK yang mengukur prestasi dalam enam aspek: Kebolehbacaan, Warna, Video, Pergerakan, Sentuhan dan Artifak. Mendapat skor 151 yang mengagumkan untuk teknologi paparannya yang luar biasa, peranti ini menduduki tempat pertama dalam Senarai Kedudukan Paparan Telefon Pintar DXOMARK.

"Dengan skor 151, paparan HONOR Magic5 Pro mendapat kedudukan teratas dalam senarai kedudukan DXOMARK hasil daripada prestasi yang serba lengkap dan konsisten dalam kesemua atribut penting," menurut DXOMARK dalam ulasannya.

Ujian DXOMARK menunjukkan, HONOR Magic5 Pro menyediakan ciri kebolehbacaan yang sangat baik, dengan penalaan yang menjadikannya selesa untuk dilihat dalam semua keadaan pencahayaan yang diuji. Walaupun dalam senario penggunaan luar, dilengkapi dengan Teknologi Peningkatan Luminans Paparan Baharu, HONOR Magic5 Pro turut menyampaikan kecerahan HDR puncak 1800 nit untuk visual yang jelas di bawah cahaya matahari yang terang.

Dengan Penentukuran Dwi-Luminans untuk kecerahan dalaman 120nit biasa dan kecerahan luaran 800nit, HONOR Magic5 Pro menyediakan ketepatan warna paparan yang utama dalam industri ini. Ujian DXOMARK menunjukkan bahawa, persembahan warna HONOR Magic5 Pro adalah kebanyakannya semula jadi dan tepat, sama ada di bawah penilaian yang objektif atau persepsi dan HONOR Magic5 Pro mengatasi Apple iPhone 14 Pro Max dan Samsung Galaxy S23 Ultra dalam atribut ini[1].

Pencapaian signifikan prestasi Paparan dan Kamera HONOR Magic5 Pro dalam ujian-ujian bebas DXOMARK melambangkan pencapaian baharu untuk HONOR.

HONOR Magic5 Pro akan tersedia bermula dari Suku Kedua tahun 2023 dengan harga permulaan €1199 untuk model 12G+512GB. Ketersediaan dalam setiap pasaran akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

https://community.hihonor.com/
https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/c/HonorOfficial 

 

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards New products/services Trade show news