omniture

MWC 2023: Petal Search Perkenal Carian AR Berbilang Mod Terkini untuk Pengecaman Objek Pantas dan Terjemahan Teks

Huawei Device Co., Ltd.
2023-03-02 04:01 142

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2023 PRNewswire/ -- Huawei mempamerkan fungsi carian AR yang terkini dan fungsi Kanta Pada-skrin untuk enjin gelintar mudah alihnya, Petal Search, di MWC Barcelona 2023. Fungsi-fungsi ini membolehkan Petal Search membantu pengguna dengan memainkan peranan seperti penterjemah dan narator produk, memenuhi keperluan pengguna untuk pengecaman teks, imej dan objek dalam pelbagai senario termasuk pelancongan dan hiburan. Berdasarkan kepada teknologi pembelajaran mendalam dan teknologi pembelajaran mesin berskala besar, Petal Search boleh mengenali ratusan ribu objek daripada berpuluh-puluh kategori dalam sentisaat dan dalam masa yang sama turut menyokong terjemahan antara pelbagai bahasa arus perdana. Enjin gelintar ini dapat mengenal pasti kandungan dengan pantas pada skrin, memaparkan hasil carian dan kemudian menterjemahnya, bagi menyampaikan pengalaman carian mudah alih yang mudah dan pintar kepada pengguna.

Pengalaman carian AR di MWC 2023
Pengalaman carian AR di MWC 2023

Meningkatkan carian AR secara berterusan untuk meluaskan senario aplikasi

Menurut Statista, kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) bagi pengguna berbayar global perkhidmatan berkaitan AR mencecah 64% sepanjang tempoh 2020 hingga 2022. Tahun ini, Petal Search menaik taraf keupayaan carian ARnya. Fungsi ini melatih model-model berdasarkan kepada ratusan juta rekod data untuk mempelajari ciri-ciri abstrak pada imej dan membangunkan pustaka indeks dalam talian dengan puluhan bilion imej. Fungsi ini, digabungkan dengan keupayaan dapatan semula dalam talian yang cekap dan stabil, membolehkan sistem menyelesaikan dapatan semula dan memulangkan hasil yang tepat hanya dalam sentisaat. Fungsi carian AR yang dibangunkan ke dalam aplikasi bererti pengguna tidak lagi perlu mengambil gambar apabila mereka ingin mengenali sesuatu objek. Sebaliknya, mereka hanya perlu mengetik ikon carian visual dan menghalakan kamera telefon Huawei mereka pada kandungan yang ingin dikenali oleh mereka bagi menerima keputusan pada waktu sebenar. Ini meningkatkan dengan ketara kelajuan pengecaman sekali gus memastikan kestabilan dan meluaskan senario aplikasi. Sebagai contoh, pengguna boleh menggunakan carian AR untuk mengenali dengan cepat tumbuhan yang tidak diketahui semasa berada di luar, atau menterjemah menu restoran dengan lancar semasa melancong di luar negara. Ketika ini, fungsi carian AR boleh mengecam ratusan ribu objek termasuk selebriti, haiwan, tumbuhan dan mercu tanda. Di samping itu, dengan sokongan daripada teknologi pengecaman karakter optik (OCR) dan teknologi terjemahan mesin yang dibangunkan oleh Huawei, banyak bahasa utama boleh diterjemahkan kepada pelbagai bahasa lain.

Selain daripada membantu pengguna mempelajari lebih banyak dengan cepat tentang dunia di hadapan kamera mereka, Petal Search menawarkan fungsi Kanta Pada-skrin untuk membantu mereka meneroka lebih banyak lagi. Dalam mod umum, fungsi ini mengenal pasti kandungan pada skrin dan memaparkan hasil carian yang berkaitan seperti maklumat tentang objek dalam imej dan imej yang serupa. Dalam mod terjemahan, pengguna boleh menterjemah kandungan skrin dan menyimpan hasil terjemahan semasa dalam perjalanan, menjadikan menyemak imbas laman sesawang dan membaca berita dalam bahasa asing suatu pengalaman yang tidak menyusahkan.

Ciri Petal Search: Kanta Pada-skrin
Ciri Petal Search: Kanta Pada-skrin

Menghimpunkan alatan, kandungan dan perkhidmatan bagi meningkatkan pengalaman carian sehenti

Bagi membawakan pengalaman carian sehenti yang lebih baik kepada pengguna, Petal Search menawarkan keupayaan carian komprehensif yang mengintegrasikan alatan, kandungan dan perkhidmatan. Dengan Petal Search, pengguna boleh memuat turun pelbagai aplikasi dengan selamat, menggunakan alatan harian untuk menyemak cuaca, terjemahan dan kadar pertukaran pada bila-bila masa dan di mana-mana, selain melihat berita popular masa kini, video, imej serta pengetahuan akademik. Petal Search disesuaikan untuk pengguna di negara-negara dan wilayah-wilayah yang berbeza. Aplikasi ini telahpun melancarkan ciri-ciri setempat yang amat luas, seperti kad penyisihan beban di Afrika Selatan dan kad maklumat gempa bumi di Amerika Latin. Di samping itu, Petal Search berganding bahu dengan lebih daripada 3000 rakan kongsi ekosistem untuk menyediakan kepada pengguna dengan perkhidmatan sehenti yang meliputi senario-senario seperti membeli-belah, melancong dan kehidupan tempatan.

Ketika ini, Petal Search menawarkan perkhidmatan kepada pengguna dari lebih 170 negara dan wilayah, menyokong lebih daripada 70 bahasa dan mematuhi piawaian Peraturan Umum Perlindungan Data (GDPR) tempatan. Sebagai komponen utama dalam strategi "1+8+N" Huawei, Petal Search akan sentiasa menggunakan teknologi canggih berdasarkan kepada keupayaan perisian dan perkakasan Huawei, memperhalusi perkhidmatan carian setempat dan berkembang menuju pengalaman carian sehenti yang lebih mudah dan pintar.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI Petal Search, ini merupakan pautan muat turun langsung untuk Petal Search.  https://search-app-dra.dbankcdn.com/app/PetalSearch/MWC/PetalSearch-MWC2023.apk 

 

Source: Huawei Device Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news