omniture

Vantage merangkul 11 anugerah baharu pada 2023 daripada ForexBrokers.com dan Ultimate Fintech

Vantage
2023-03-02 10:53 62

Vantage diiktiraf sebagai Broker CFD Terbaik di Australia oleh Business Tabloid.

SYDNEY, 2 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Broker berbilang-aset Vantage (atau "Vantage Markets") merangkul sejumlah 11 anugerah baharu pada tahun 2023, menandakan permulaan yang positif untuk tahun ini. Anugerah-anugerah ini merupakan bukti usaha Vantage dalam mengukuhkan platformnya dan meningkatkan penawaran pelanggannya sepanjang tahun lalu.

Di peringkat global, Vantage menerima anugerah Terbaik-dalam-kelas untuk kategori Metapedagang dan Dagangan Salinan Sosial, dianugerahkan oleh platform ulasan terkenal ForexBrokers.com. Ini berlaku susulan pengenalan kepada dagangan sosial untuk aplikasi proprietari Vantage pada tahun 2022.

Broker berbilang-aset ini turut menerima 6 anugerah daripada EMG - Global 100, termasuk "Broker FOREX Terbaik Tahunan – Global", "Kecemerlangan dalam Khidmat Pelanggan – Global", "Broker Forex Terkawal Utama Terbaik Tahunan – Global" dan "Platform Dagangan Berasaskan Web Terbaik dan Aplikasi Mudah Alih – 2023".

Di Australia, di mana Vantage telah beroperasi sejak tahun 2009, broker ini diiktiraf sebagai "Broker CFD Terbaik - Australia 2022" di anugerah Business Tabloid. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kumpulan ini telah memperluaskan pasukan sokongan pelanggannya di Australia bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya.

Selanjutnya di wilayah Timur Tengah dan Afrika, di mana Vantage telah menaja pameran-pameran penting seperti iFX Dubai dan AW Dubai, ia telah menerima anugerah "Pengalaman Dagangan Terbaik – MEA" dan "Broker Paling Telus – MEA", disampaikan oleh Ultimate Fintech MEA.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage berkata "Kami berbesar hati kerana diiktiraf melalui anugerah-anugerah berasaskan prestasi ini. Pasukan kami bekerja keras untuk menjadikan perniagaan kami beransur-ansur berjaya, yang memuncak menerusi pencapaian melepasi angka 1 juta pengguna aktif kami pada tahun 2022. Anugerah-anugerah ini didedikasikan buat mereka."

"Kami juga ingin berterima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan dan galakan mereka yang berterusan serta kerana menjadi motivasi terbesar kami untuk terus bertambah baik."

Latar Belakang Vantage

Vantage ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 13 tahun, kini entiti Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang membolehkan pelanggan mengambil manfaat daripada peluang dagangan.

berdagang lebih bijak @vantage.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Awards Financial Technology