omniture

GLOBAL TIMES ONLINE: Utusan diplomatik melawat China Communications Construction Company

GLOBAL TIMES ONLINE
2023-03-02 12:03 52

BEIJING, 2 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada GLOBAL TIMES ONLINE:


Aktiviti yang bertajuk Ambassadors Face to Face with China Communications Construction Company (CCCC) telahpun diadakan di Beijing pada 27 Februari.

Sejumlah 111 utusan diplomatik dari negara-negara asing dan wakil-wakil daripada organisasi-organisasi antarabangsa melawat CCCC, menyaksikan pencapaian luar biasa syarikat ini dan keupayaan dalam pembinaan infrastruktur di dalam dan luar negara.

Sebagai salah satu perusahaan Cina terawal dan paling berjaya "menuju global," syarikat ini menggalakkan pembangunan Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi serta mempererat kerjasaama yang mesra bersama kerajaan dan perusahaan di pelbagai negara melalui pembinaan jalan raya, jambatan, pelabuhan dan bandar, kata Wang Tongzhou, Pengerusi CCCC.

Utusan diplomatik menyatakan kesediaan yang kukuh untuk meningkatkan kerjasama dengan China pada masa akan datang. mengambil maklum bahawa CCCC telah membina banyak projek infrastruktur yang penting seperti Pelabuhan Air Dalam Gwadar di Pakistan, Duta Pakistan ke China Moin ul Haque berkata negara ini amat bersedia untuk bekerjasama dengan CCCC dalam projek-projek sosial dan ekonomi.

China dan Filipina menikmati kesalinglengkapan ekonomi dan Filipina menjangkakan lebih banyak kerjasama antara kedua-dua negara untuk memberi manfaat kepada satu sama lain dan kedua-dua rakyat, kata Duta Filipina ke China Jaime A. FlorCruz.

Utusan diplomatik juga melawat dewan pameran teknologi cahaya dan penaiktarafan bandar subsidiari CCCC dan mencuba teknologi cahaya pintar secara langsung.

"Saya berasa amat kagum dengan lawatan ini," kata duta Afrika Selatan ke China Siyabonga C. Cwele, menambah bahawa teknologi baharu perlu digunakan untuk meningkatkan kehidupan orang ramai pada masa depan.

Dengan visi untuk menjadikan dunia lebih lancar, bandar lebih boleh didiami dan kehidupan lebih berwarna-warni, CCCC bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai negara untuk membina lebih banyak projek yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan orang ramai dan melihat bahawa setiap individu di setiap negara berkongsi dengan lebih menyeluruh dan adil dalam perolehan kerjasama, kata Wang.

Source: GLOBAL TIMES ONLINE
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Publishing/Information Service