omniture

Gangguan daripada Perisian Tebusan dan Serangan Siber ke atas Rantaian Bekalan dan Infrastruktur Kritikal Pertingkatkan Tumpuan pada Sekuriti OT pada 2023, Menurut Pendedahan Analisis TXOne Networks dan Frost & Sullivan

TXOne Networks
2023-03-02 12:49 19

TXOne Networks, peneraju global bagi penyelesaian sekuriti natif-OT untuk ICS, menyampaikan laporan mendalam tentang landskap ancaman kontemporari

TAIPEI, 2 Mac 2023 /PRNewswire/ -- TXOne Networks, peneraju global bagi sekuriti Internet Industri Pelbagai Benda (IIoT), menerbitkan laporan tahunan 2022nya yang memperincikan pertumbuhan pada hari ini dalam pemerasan dan serangan perisian tebusan disruptif ke atas rantaian bekalan dan aset infrastruktur yang kritikal. Insights Into ICS/OT Cybersecurity 2022, yang tersedia secara terbuka untuk dimuat turun secara percuma, menyelidik daya penggerak dalam sekuriti sistem kawalan industri (ICS) seperti penumpuan teknologi operasi dan maklumat (OT dan IT), tumpuan pengawalseliaan yang dipergiatkan, peningkatan dalam proteksionisme perdagangan secara global dan kesedaran yang dipertingkat terhadap potensi kerugian daripada serangan ke atas persekitaran OT.

Dihasilkan dengan kerjasama Frost & SullivanInsights Into ICS/OT Cybersecurity 2022 adalah berdasarkan kepada tinjauan terhadap 300 pegawai peringkat tertinggi, pengarah dan pengurus lain dengan organisasi-organisasi yang berbeza-beza di negara-negara pembuatan termaju di serata dunia. Laporan tersebut menyediakan analisis mendalam tentang landskap ancaman OT kontemporari dan menyampaikan maklumat yang boleh diambil tindakan yang boleh dimanfaatkan oleh organisasi-organisasi bagi membangunkan pendekatan yang praktikal, mesra operasi terhadap pertahanan siber OT.

Apabila melibatkan keselamatan siber, teknologi melonjak ke hadapan pada kadar yang dipercepatkan dan tidak dapat diramalkan, yang bererti ancaman yang ditimbulkan oleh pelaku-pelaku jahat hanya berlaku dalam masa terdekat sebentar sahaja sebelum menjadi suatu realiti yang menggerunkan. Atas sebab ini, TXOne Networks telah melihat dengan teliti berbilang lapisan peristiwa baru-baru ini yang melibatkan sekuriti OT pada tahun 2022 dan melaporkan penemuan mereka dalam Insights Into ICS/OT Cybersecurity 2022. Penyelidik-penyelidik mengkaji cara landskap ancaman berubah pada tahun lalu, lantaran kemunculan pada tahun 2022 penawaran Perisian Tebusan sebagai satu Perkhidmatan (RaaS). Perkhidmatan ekosistem-lengkap seperti Black Basta, Pandora dan LockBit 3.0 menggunakan strategi berbilang pemerasan tanpa belas kasihan yang berkemungkinan berterusan dalam industri pembuatan, tenaga, pertanian, penjagaan kesihatan dan kesihatan awam yang kritikal dengan impak yang khususnya signifikan ke atas sektor automotif, selanjutnya mencetuskan keperluan terhadap pasukan petugas dan penyelesaian khusus-OT. Laporan berkenaan turut merangkumkan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk meningkatkan pertahanan keselamatan siber terhadap ancaman global yang semakin membimbangkan tatkala ketegangan geopolitik terus meningkat, lantas menjadikan keselamatan siber sebagai undang-undang negara. Di samping itu, TXOne menjelaskan kuasa pasaran yang turut mendorong vertikal-vertikal yang menyeluruh untuk melabur dalam sekuriti khusus-OT dan bagaimana organisasi-organisasi mengembangkan belanjawan mereka untuk OT dan bersiap sedia untuk penerimaan yang meluas. Baca di sini untuk butiran komprehensif tentang kesemua faktor ini dan cara mereka mewujudkan gambaran besar keselamatan siber OT secara holistik dalam peristiwa baru-baru ini dan pada masa akan datang.

"Dalam ICS/OT, terdapat banyak kekangan yang ditimbulkan oleh reka bentuk. Menangani isu-isu keselamatan di bawah keadaan sedemikian memerlukan himpunan penyelesaian dan kaedah yang unik, berbanding pendekatan tujuan semula daripada IT," kata Terence Liu, ketua pegawai eksekutif (CEO) TXOne Networks. "Pertahanan siber natif-OT untuk ICS/OT sedang menjadi aliran utama. Memandangkan ICS/OT berkembang dari semasa ke semasa, penerimaan teknologi baharu seperti IIoT, awan hibrid dan rangkaian 5G akan terus dipertingkatkan dan penyedia penyelesaian berwawasan sedang bersiap sedia untuk mendepani masa depan tersebut."

Muat Turun Insights Into ICS/OT Cybersecurity 2022 TXOne Networks.

Ikuti TXOne Networks di BlogTwitter dan LinkedIn.

Latar Belakang TXOne Networks
TXOne Networks menawarkan penyelesaian keselamatan siber yang memastikan keandalan dan keselamatan sistem kawalan industri dan persekitaran teknologi operasi melalui metodologi kepercayaan sifar OT. TXOne Networks bekerjasama baik dengan pengeluar terkemuka mahupun operator infrastruktur kritikal bagi membangunkan pendekatan yang praktikal dan mesra operasi untuk pertahanan siber. TXOne Networks menawarkan produk berasaskan rangkaian dan berasaskan titik akhir bagi menjamin rangkaian OT dan peranti misi-kritikal pada waktu sebenar, secara pertahanan-mendalam. www.txone.com

Source: TXOne Networks
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Survey, Polls & Research