omniture

5G 3 Tahun = 4G 5 Tahun, Pengendali Mencapai Kejayaan selepas Pusingan Pertama Pelaksanaan 5G

Huawei
2023-03-02 16:13 62

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac, 2023 /PRNewswire/ -- Huawei telah mengadakan Sidang Kemuncak Kejayaan Perniagaan 5G di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) pada tahun ini. Peng Song, Presiden Strategi & Pemasaran ICT Huawei, menyampaikan ucaptama bertajuk "Laluan Pelbagai menuju Pengewangan 5G, Mempercepatkan Kejayaan Perniagaan 5G." Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa pencapaian yang dibuat oleh 5G dalam tiga tahun pertamanya bersamaan dengan yang dibuat oleh 4G dalam lima tahun pertamanya dan pengendali-pengendali terkemuka telahpun meraikan kejayaan pusingan pertama pembangunan 5G yang telah menanamkan rasa pasti dan yakin terhadap industri ini. Justeru itu, 5G akan mengekalkan kejayaan ini sekiranya nilainya dapat diserlahkan selanjutnya dalam sektor-sektor ToC, ToH dan ToB.

Mr. Peng giving a keynote speech at the Business Success Summit for MWC 2023
Mr. Peng giving a keynote speech at the Business Success Summit for MWC 2023

Semasa ucapan beliau, En. Peng menyatakan bahawa kadar penembusan pengguna global 5G dalam tiga tahun pertamanya bersamaan dengan 4G dalam lima tahun pertamanya. Pengendali melaporkan lebih 20% penembusan pengguna 5G semasa pusingan pertama pelaksanaan telah menyaksikan pertumbuhan signifikan dalam hasil mudah alih. Dalam masa yang sama, peranti, kandungan, pengalaman dan model perniagaan semakin terpelbagai tatkala semakin banyak pengendali dan rakan kongsi menerima 5G. Ini merupakan bukti peralihan pasaran daripada pembuatan keputusan berasaskan risiko kepada berasaskan hasil untuk lebih jaminan kejayaan perniagaan. Huawei mendapati bahawa penghijrahan pantas pengguna 5G dan trafik merupakan kuncinya: sekiranya pengendali memindahkan 30% daripada trafik ke 5G eMBB dalam tiga tahun, sekurang-kurangnya kurang daripada empat tahun diperlukan untuk melihat ROI. Tempoh ini akan menjadi lebih singkat sekiranya pengendali turut menggunakan perkhidmatan FWA dan ToB.

ToC: Pengalaman Pembeza Merupakan Paradigma Baharu Pengewangan Rangkaian

Rangkaian 5G menggunakan keupayaan berkuasa untuk menyediakan pengalaman dibezakan untuk pengguna berbeza. Sebagai contoh, pengendali dapat menyediakan kadar bit pautan bawah terjamin untuk pengguna VIP dan pengalaman yang baik untuk perkhidmatan pautan naik. Pengendali di China telahpun mula meneroka paradigma baharu ini.

ToH: 5G FWA Ialah Perkhidmatan Jalur Lebar Rumah Menang-Pantas Sebenar dengan Pengalaman Seperti-Gentian

Menjelang akhir tahun 2022, 95 pengendali melancarkan secara komersial perkhidmatan 5G FWA untuk lebih daripada 10 juta pengguna rumah. Dengan pelaksanaan pantasnya, pengalaman yang baik, kos rendah dan kecekapan tenaga yang tinggi, 5G FWA menghentikan talian tembaga lama dalam pasaran maju dan membolehkan akses jalur lebar kediaman dalam pasaran baru muncul. Pengendali di Eropah, Timur Tengah dan Afrika melaporkan keputusan luar biasa.

ToB: Rangkaian Persendirian 5G Kunci untuk Meneroka Laut Biru Digital Perusahaan

En. Peng percaya bahawa pengendali boleh menyediakan sambungan perkhidmatan yang luas dengan perusahaan melalui rangkaian persendirian 5G, mewujudkan ruang pasaran untuk transformasi digital perusahaan iaitu tiga hingga sepuluh kali lebih besar berbanding pasaran untuk rangkaian persendirian mereka sendiri. Ini juga akan memacu jualan awan, pusat data, F5G dan perkhidmatan nilai tambah yang lain. Pasaran rangkaian persendirian ToB 5G di luar China ketika ini membangun dengan pesat. Pada tahun 2022 sahaja, jumlah keseluruhan rangkaian yang dibina meningkat dua kali ganda. Potensi masa depan ini jauh lebih besar.

En. Peng menyimpulkan ucapan beliau dengan menambah bahawa 5G bukan sekadar tentang nilai ekonomi untuk pengendali, tetapi juga nilai sosial yang amat besar. Huawei menyeru pengendali global dan rakan kongsi industri untuk menyertai pelan tindakan perniagaan GUIDEnya dan menyerlahkan lagi potensi rangkaian 5G daripada "5Good to 5Great".

Sokongan data: Menurut statistik GSMA dan GSA terkini, menjelang Disember 2022, lebih daripada 240 rangkaian 5G telahpun digunakan secara komersial di seluruh dunia, lebih 1,700 jenis terminal 5G berbeza telah dilancarkan dan bilangan pengguna 5G telahpun melebihi 1 bilion. Di samping itu, ARPU bagi 20 pengendali terbaik dunia meningkat sebanyak 10%, iaitu 1% lebih tinggi berbanding garis dasar global.

MWC Barcelona 2023 akan berlangsung mulai 27 Februari hingga 2 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran 1H50 di Dewan 1 Fira Gran Via. Bersama-sama pengendali global, golongan profesional industri dan pemimpin pendapat, kami akan menyelami topik-topik seperti kejayaan perniagaan 5G, peluang 5.5G, pembangunan hijau, transformasi digital dan visi kami menggunakan pelan tindakan perniagaan GUIDE untuk meletakkan asas bagi 5.5G dan membina kejayaan 5G demi kemakmuran yang lebih luas. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2023.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news