BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, bekerjasama dengan AIS, pembawa mudah alih terbesar Thailand, untuk mengumumkan secara bersama tablet 3D•AI yang pertama di dunia - nubia Pad 3D, di Kongres Dunia Mudah Alih 2023.
ZTE and AIS co-announces the world's first eyewear-free 3D•AI tablet, and signs a Memorandum of Understanding at MWC 2023
Peranti inovatif ini menampilkan teknologi terbenam yang mengupayakan panggilan 3D imersif tanpa kaca mata sepenuhnya, penstriman dan pengalaman permainan serta perkongsian kandungan dan aplikasi penciptaan.
Di MWC 2023, kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman: AIS dan ZTE bersetuju tentang perkongsian strategik komprehensif bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam produk inovatif demi manfaat ekosistem produk antara satu sama lain. ZTE akan bekerjasama dengan AIS bagi mengekalkan kepimpinan teknologinya yang berterusan di Thailand dan AIS akan menjamin kedudukan pasaran ZTE sebagai rakan kongsi istimewa ekonomi digital penting AIS di Thailand, menggalakkan secara bersama pembangunan industri komunikasi Thailand.
Ni Fei, Naib Presiden Kanan ZTE Corporation dan Presiden ZTE Mobile Devices, berkata: "ZTE aktif memperluaskan susun atur senario berbilang ekologi dan bekerjasama dengan AIS bagi membawakan produk teknologi inovatif dengan pengalaman berkualiti tinggi kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia. Dengan teknologi 3D yang baharu, pengguna boleh menikmati pengalaman 3D yang beraneka dan semula jadi tanpa cermin mata."
Tanapong Ittisakulchai, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan (CEBO) AIS, menyatakan: "Sebagai Penyedia Perkhidmatan Kehidupan Digital dengan spektrum 5G paling luas di Thailand, kewajipan kami adalah untuk menyampaikan pengalaman digital yang cemerlang melalui Mudah Alih dan Jalur Lebar Rumah (100% Gentian) kepada masyarakat Thai. Bekerjasama dengan ZTE sebagai rakan kongsi strategik pada rangkaian dan peranti merupakan pemenuhan jelas terhadap dasar ini."
Kaya dengan sains dan teknologi, nubia Pad 3D, dibangunkan secara bersama oleh ZTE dan pembangun 3D tanpa cermin mata yang terkemuka di dunia Leia Inc., dilengkapi dengan teknologi medan cahaya (lightfield) 3D unik daripada Leia dan kuasa pengkomputeran AI yang luar biasa untuk menyesuaikan pelbagai senario aplikasi 3D, merealisasikan Pengesanan-Wajah AI yang dapat memadankan pandangan sempurna (8 medan cahaya pandangan maksimum) pada waktu sebenar, penukaran kandungan 2D kepada 3D berasaskan AI pada waktu sebenar, tangkapan kandungan 3D berkuasa AI oleh kamera depan atau belakang, juga serasi dengan aplikasi 3D AI yang popular untuk penciptaan artistik. Ia dilengkapi dengan skrin 2.5K 12.4-inci dan pembesar suara bunyi keliling Dolby bersimetri empat-penjuru, selain menawarkan pengalaman audio dan visual imersif. Dengan ekosistem kandungan 3D yang terbesar di dunia, ia membolehkan pengguna menikmati dengan lancar sembang video imbuhan 3D pertama dunia, pawagam peribadi 3D, permainan 3D imersif dan senario-senario lain. Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 series, nubia Pad 3D menonjol dari segi prestasi dan ia menawarkan pengalaman pengguna yang dinaik taraf dalam semua dimensi dengan bateri 9070mAh dan pengecas pantas 33W.
Produk ini akan dilancarkan secara rasmi di Thailand pada suku kedua ini melalui saluran dalam talian AIS.
Sebelum ini, AIS pernah bekerjasama dengan ZTE dalam pelbagai projek. Pada Mac 2022, ZTE dan AIS saling bekerjasama dengan Qualcomm untuk menyelesaikan ujian dwi ketersambungan 5G mmWave (NR-DC) yang pertama di dunia berasaskan kepada sub-6G dan 26 GHz frekuensi-tinggi. Pada Jun 2022, kedua-dua pihak menandatangani perjanjian kerjasama strategik untuk membina rangkaian 5G peringkat tinggi yang pertama di Thailand. Penandatanganan kerjasama strategik ini menandakan satu pencapaian baharu untuk AIS dan ZTE dalam bidang produk elektronik pengguna inovatif. ZTE dan AIS akan bekerjasama dengan erat dalam kedua-dua bidang 2B dan 2C, termasuk pembinaan rangkaian 5G, pengembangan aplikasi industri 5G dan inovasi produk-eko pengguna bagi menggalakkan pembangunan ekonomi digital di Thailand.
Latar Belakang AIS
Advanced Info Service Public Company Limited (AIS) ialah Penyedia Perkhidmatan Digital 5G dengan spektrum paling luas untuk menyediakan perkhidmatan, berjumlah 1420MHz. Syarikat ini mempunyai pelanggan paling ramai di Thailand, berjumlah lebih 46 juta pada Disember 2022. AIS bersedia untuk memberi kuasa kepada Thailand dengan teknologi 5G yang ketika ini meliputi 77 wilayah melalui 3 perniagaan teras: telefon bimbit, jalur lebar rumah berkelajuan tinggi melalui AIS Fibre dan Perkhidmatan Digital dalam 5 aspek iaitu video, Awan, pembayaran digital, Internet Pelbagai Benda (IoT) dan perkhidmatan yang disediakan bersama-sama rakan-rakan kongsi. Syarikat ini turut berkembang ke dalam AIS eSports dan AIS Insurance Service. Kesemua ini adalah untuk meneruskan dengan visi untuk menjadi Cognitive Tech-Co, bagi menyokong infrastruktur digital yang tangkas untuk negara ini, meningkatkan potensi kompetitif sektor perindustrian dan menaik taraf kualiti hidup untuk semua rakyat Thai. Cari kami di www.ais.th
LATAR BELAKANG ZTE:
ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat ini menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, portfolionya merangkumi semua siri perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar, talian dawai, peranti dan profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih seperempat daripada populasi global, ZTE berdedikasi untuk mencipta ekosistem digital dan pintar serta mengupayakan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana. ZTE disenaraikan pada Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global
IKUTI KAMI:
Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn