omniture

Huawei Lancar Portfolio Produk OSU Hujung-ke-Hujung Pertama Industri, Membina Pangkalan Komunikasi Optik Andal untuk Industri-industri

Huawei
2023-03-03 01:34 84

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2023, Huawei melancarkan portfolio produk Unik Perkhidmatan Optik (OSU) Hujung-ke-Hujung yang pertama dalam industri yang beroperasi menggunakan rangkaian tetap generasi kelima (F5G). Portfolio produk ini membina pangkalan komunikasi optik yang andal untuk industri-industri seperti tenaga dan pengangkutan.

Vincent Liu, Presiden Jabatan Pemasaran Rangkaian Perusahaan & Penjualan Penyelesaian Global Huawei
Vincent Liu, Presiden Jabatan Pemasaran Rangkaian Perusahaan & Penjualan Penyelesaian Global Huawei

Industri-industri seperti tenaga dan pengangkutan adalah amat penting untuk pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup. Sebagai komponen asas dalam sistem pengeluaran, rangkaian komunikasi perlu selamat dan andal bagi menyokong industri-industri ini. Pendigitalan industri menjadi semakin mendalam dan kami akan memerlukan rangkaian komunikasi pengeluaran dengan lebar jalur yang lebih tinggi bagi menyokong perkhidmatan baru muncul seperti pemeriksaan automatik talian kuasa, pengagihan kuasa pintar, pemantauan lebuh raya pintar dan stesen tol pintar.

Vincent Liu, Presiden Jabatan Pemasaran Rangkaian Perusahaan & Penjualan Penyelesaian Global Huawei berkta, "Dengan menggunakan Unit Perkhidmatan Optik (OSU) — teknologi Paip Keras Natif (NHP) generasi kelima, Huawei membangunkan penyelesaian rangkaian NHP Hujung-ke-Hujung dan melancarkan portfolio produk OSU Hujung-ke-Hujung daripada rangkaian tulang belakang ke rangkaian akses. Penyelesaian ini menyediakan pangkalan komunikasi optik yang selamat dan andal untuk perkhidmatan pengurusan pengeluaran, perkhidmatan kawalan masa sebenar dan perkhidmatan data disepadukan."

Portfolio produk OSU Hujung-ke-Hujung Huawei merangkumi peranti pengangkut optik yang dinaik taraf sepenuhnya daripada siri  OptiXtrans E9600/E6600, peranti akses optik daripada siri OptiXaccess EA5800, peranti CPE perindustrian yang baru dilancarkan OptiXstar E810 dan gerbang IoT pemasaan pintar OptiXstar T823E-T.

Penyelesaian rangkaian NHP Hujung-ke-Hujung Huawei mempunyai ciri-ciri yang berikut:

  • Memastikan sekuriti pengeluaran menggunakan paip keras natif Hujung-ke-Hujung: Teknologi pemultipleksan pembahagian masa (TDM) menyediakan pengasingan perkhidmatan dengan menggunakan paip keras natif OSU daripada lapisan tulang belakang ke lapisan akses, dengan gangguan sifar serta sekatan sifar antara perkhidmatan. Ini memastikan perkhidmatan pengeluaran selamat dan andal.
  • Menyediakan lebar jalur ultra-tinggi berorientasikan-masa depan: Teknologi Hierarki Digital Segerak (SDH) aliran utama pada rangkaian langsung menyokong lebar jalur sehingga 10 Gbit/s manakala OSU dapat menyediakan lebar jalur sehingga 800 Gbit/s bagi setiap panjang gelombang dan 96 Tbit/s setiap gentian untuk mempercepatkan perkhidmatan digital dan pintar.
  • Mewarisi perkhidmatan tradisional dengan keserasian ke hadapan: Platform pengangkut optik 6-dalam-1 Huawei serasi sepenuhnya dengan Pemodulatan kod nadi (PCM), Hierarki digital hampir segerak (PDH) dan perkhidmatan SDH pada rangkaian langsung. Keserasian ini membolehkan pembangunan mampan sistem perkhidmatan sedia ada dan mengurangkan kos pelaburan.
  • Mempermudah O&M tulang belakang dengan pengurusan disatukan: Perkhidmatan OSU meningkatkan kecekapan O&M sebanyak 50%. Ia menyokong pembekalan perkhidmatan satu-klik, pengesanan kesalahan satu-klik serta visualisasi dan pengurusan perkhidmatan seluruh rangkaian daripada rangkaian tulang belakang ke rangkaian akses.

Penyelesaian NHP Huawei telah mendapat pujian yang meluas dalam industri tenaga dan pengangkutan. Ia digunakan oleh pelanggan di lebih daripada 80 negara dan wilayah serata dunia bagi membantu membina pangkalan komunikasi optik yang andal untuk industri-industri. Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian NHP Huawei, kunjungi https://e.huawei.com/en/solutions/enterprise-optical-network/industry-optical-transport-network.

HUBUNGI:
hwebgcomms@huawei.com

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news