omniture

Huawei Umum Model Pembangunan Bakat Baharu di MWC 2023

Huawei
2023-03-03 08:33 124

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan model "Tiga Pokok" ("Three Trees") untuk pembangunan bakat di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2023. Tiga batang pokok merujuk kepada guru dan pelajar di institusi pengajian tinggi, pelajar sepanjang hayat dan pengamal industri. Model ini merupakan usaha Huawei untuk membangunkan bakat ICT gunaan dan lebih inovatif, lalu mempermudah transformasi digital industri-industri.

Miao Fengchun berkongsi pengalaman di MWC 2023
Miao Fengchun berkongsi pengalaman di MWC 2023

Golongan profesional ICT berkemahiran tinggi merupakan kunci kepada transformasi digital. Dalam 2030 Digital Compass, EU bermatlamat untuk menambah 20 juta pakar ICT; diharapkan juga agar sekurang-kurangnya 80% daripada semua orang dewasa akan memiliki kemahiran digital asas menjelang tahun 2023. Sementara itu, China ICT Talent White Paper menonjolkan jurang bakat ICT di China yang akan mencecah kira-kira 21.35 juta jawatan tidak diisi menjelang tahun 2035.

Bagi mencapai matlamat dan mengatasi cabaran ini, Huawei bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi bagi mengusahakan Model "Tiga Pokok".

  • Akademia: Melalui akademi-akademi Huawei ICT seluruh dunia, Huawei membawa pengetahuan dan kemahiran ICT yang terkini terus kepada guru dan pelajar, mempermudah akses yang sama rata kepada pendidikan berkualiti.
  • Pembelajaran sepanjang hayat: Huawei sentiasa mengemas kini sistem pemupukan bakatnya dan standard pensijilannya untuk membantu golongan profesional berkembang melalui pendidikan lanjutan.
  • Golongan profesional ICT: Dengan perkhidmatan pembangunan bakat digital, Huawei bermatlamat untuk memperlengkapkan pemimpin dengan kemahiran pengurusan digital dan bakat dengan kemahiran ICT dan mencipta nilai baharu bersama-sama untuk industri-industri.

Model "Tiga Pokok" Huawei Talent
Model "Tiga Pokok" Huawei Talent

Miao Fengchun, Ketua Unit untuk Teknologi dan AI dalam Pendidikan di UNESCO berkata program "Sekolah Terbuka Didayakan-Teknologi" oleh UNESCO dan Huawei memainkan peranan perintis dalam membantu negara-negara di Afrika membina sekolah-sekolah terbuka digital. Lebih 900,000 orang guru dan 15,000 orang pelajar di Mesir, Etiopia dan Ghana mengambil bahagian dalam program ini. Program ini juga menawarkan platform dan sumber pembelajaran digital, dibuka untuk semua pelajar tempatan.

Dalam lima tahun akan datang, Huawei berharap dapat melatih lebih 1 juta pelajar setiap tahun melalui kerjasama dengan kolej dan universiti. Programnya bertujuan untuk memupuk bakat ICT berkualiti tinggi demi masa depan, seterusnya membantu mempercepatkan transformasi digital global.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi hwebgcomms@huawei.com.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment