omniture

MTN dan Huawei Tandatangani MoU untuk tingkatkan keterangkuman digital dan pembangunan mampan di Afrika

Huawei
2023-03-03 11:07 64

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- MTN Group dan Huawei menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 27 Februari di MWC Barcelona 2023 bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Majlis Menandatangani MOU ESG MTN Group dan Huawei
Majlis Menandatangani MOU ESG MTN Group dan Huawei

Ditandatangani di sebuah sidang kemuncak yang diadakan oleh kedua-dua pihak di MWC Barcelona, MoU tersebut selaras dengan strategi perniagaan MTN Cita-cita 2025 (Ambition 2025) dan strategi Pembangunan Kelestarian Korporat (CSD) Huawei termasuk inisiatif TECH4ALL.

"Penyelesaian digital terkemuka untuk kemajuan Afrika hanya dapat dicapai melalui kuasa perkongsian," kata Ketua Pegawai Kelestarian & Hal Ehwal Korporat MTN Group Nompilo Morafo. "Bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Huawei, kami dapat mengumpul teknologi dan kepakaran kami untuk memacu akses yang lebih luas kepada ketersambungan, kemahiran digital serta penyelesaian yang lebih mesra alam dan lebih lestari demi manfaat semua."

"Kami percaya teknologi digital akan menjadi kuasa penting yang memacu pembangunan sosial dan menjadikan dunia lebih inklusif dan lestari," kata Guo Ping, Pengerusi Lembaga Penyeliaan Huawei.

Dalam bidang latihan kemahiran digital, projek Huawei DigiTruck menyediakan latihan percuma kepada mereka yang paling memerlukan termasuk penduduk dalam masyarakat luar bandar, warga tua, belia menganggur serta kanak-kanak perempuan dan wanita. Ditukar daripada kontena penghantaran terpakai yang dipasang di atas trak, DigiTruck ialah bilik darjah mudah alih berkuasa solar yang dilengkapi dengan komputer riba, telefon pintar dan sambungan 4G.

Projek kedua untuk meningkatkan kemahiran digital ialah Huawei ICT Academy yang melatih mahasiswa universiti dalam kemahiran ICT seperti 5G, pengkomputeran awan dan AI. Ketika ini terdapat 1,900 Huawei ICT Academy di 110 negara, menawarkan perkhidmatan kepada sekitar 150,000 orang pelajar setahun.

Skills Academy MTN bertujuan untuk meningkatkan perkaitan antara latihan kemahiran digital dan keperluan pasaran pekerjaan bagi memberi manfaat kepada pengeluar, pengguna dan penginovasi teknologi digital. Perkongsian bersama Huawei bertujuan untuk menggiatkan usaha untuk mendekati lebih banyak komuniti luar bandar dan terpencil serta memperluaskan portfolio latihan kemahiran digital yang tersedia.

Dengan sebahagian besar penduduk Afrika menetap di kawasan luar bandar, MTN komited untuk memperluaskan rangkaiannya kepada komuniti kurang mendapat layanan dan menetapkan sasaran 95% liputan jalur lebar luar bandar menjelang tahun 2025, Perkongsian MTN dengan Huawei membawa syarikat ini lebih hampir kepada matlamatnya. Syarikat ini berhasrat untuk memperluaskan bilangan kolaborasi dan jenis model perkongsian yang ada.

MTN dan Huawei berkolaborasi untuk menggunakan RuralStar, penyelesaian ketersambungan yang berpatutan bagi menyediakan akses dalam talian kepada komuniti terpencil dan luar bandar. Penyelesaian ini menangani halangan tradisional yang menjadikan ketersambungan rangkaian dalam senario berkenaan tidak berdaya maju untuk pembawa dan akan melanjutkan kolaborasi antara rakan-rakan kongsi, susulan selesainya bukti-konsep RuralStar yang pertama di dunia di Ghana pada tahun 2017.

Dari segi mengurangkan emisi karbon, Huawei akan menyokong komitmen MTN untuk meminimumkan impak ke atas planet ini dan mencapai sifar bersih menjelang tahun 2040. Rakan-rakan kongsi ini akan mengusahakan penyahkarbonan infrastruktur telekomunikasi pengendali, mencakupi tapak Rangkaian Akses Radio (RAN), rangkaian pengangkut, storan dan pusat data. Pencapaian penyahkarbonan rangkaian akan dilakukan melalui campuran antara teknologi kecekapan tenaga dan aplikasi penyelesaian hijau yang inovatif.

Latar Belakang Huawei TECH4ALL

TECH4ALL ialah inisiatif keterangkuman digital dan pelan tindakan jangka panjang Huawei. Didayakan oleh teknologi inovatif dan perkongsian, TECH4ALL dibangunkan untuk membantu menggalakkan keterangkuman dan kemampanan dalam dunia digital.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Huawei TECH4ALL di https://www.huawei.com/en/tech4all

Ikuti kami di Twitter melalui

https://twitter.com/HUAWEI_TECH4ALL

Latar Belakang MTN Group

Dilancarkan pada tahun 1994, MTN Group ialah pengendali pasaran baru muncul yang terkemuka dengan visi jelas untuk menerajui penyampaian dunia digital baharu yang berani kepada pelanggan kami. Kami mendapat ilham daripada kepercayaan kami bahawa semua orang berhak mendapat manfaat daripada kehidupan terhubung yang moden. MTN Group disenaraikan pada Bursa Sekuriti JSE di Afrika Selatan di bawah kod saham 'MTN'. Strategi kami ialah Cita-cita 2025: Menerajui penyelesaian digital demi kemajuan Afrika.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Education Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Corporate Social Responsibility Trade show news