omniture

AMPLIFY HEALTH ASIA PTE LIMITED LANTIK DR AXEL BAUR SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Amplify Health Asia Pte Limited
2023-03-03 15:00 65
  • Dr Axel Baur menggantikan Dr Jonathan Broomberg sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam penggantian terancang ketika Amplify Health Asia Pte Limited mempercepatkan strategi komersialnya di Asia Pasifik
  • Dr Broomberg akan menyandang semula jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Vitality Health International dan Ketua Global Insurans Kesihatan untuk Discovery Group Ltd dan akan kekal sebagai pengarah bukan eksekutif Amplify Health Asia Pte Limited

SINGAPURA, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ --  Amplify Health Asia Pte Limited (Amplify Health), usaha sama penyelesaian teknologi kesihatan bersepadu pan-Asia antara AIA Group Limited dan Discovery Limited, hari ini mengumumkan penggantian terancang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Dr Axel Baur kepada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa serta merta.

Axel menyertai Amplify Health pada Mac 2022 susulan kerjaya selama 26 tahun di syarikat perunding pengurusan McKinsey & Company di mana beliau merupakan ketua bagi amalan Penjagaan Kesihatan Asia firma berkenaan dan Rakan Kongsi Kanan di pejabat Hong Kong. Pakar global dalam model penyampaian penjagaan inovatif, Axel mempunyai pengalaman luas bekerjasama dengan organisasi dan kerajaan di seluruh Asia bagi memberi impak yang berterusan kepada sistem penjagaan kesihatan dan syarikat penjagaan kesihatan dalam seluruh rantaian nilai. Sebelum menyertai McKinsey, Axel menubuhkan secara bersama sebuah syarikat bioteknologi berasaskan penyelidikan. Beliau berkelulusan ijazah dalam Biologi, PhD dalam Biologi Molekul daripada Technische Universität Darmstadt dan MBA daripada INSEAD.

Axel menggantikan Dr Jonathan Broomberg, yang menyertai Amplify Health daripada Discovery Limited, yang merupakan rakan kongsi usaha sama (JV) untuk AIA dalam Amplify Health. Jonathan akan terus berkhidmat sebagai pengarah bukan eksekutif Amplify Health dan akan menyambung semula peranan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Vitality Health International dan Ketua Global Insurans Kesihatan untuk Discovery Limited.

"Dengan penuh keterujaan dan semangat saya memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Amplify Health, yang pernah bekerjasama erat dengan Jonathan dan Jawatankuasa Eksekutif untuk menggunakan penyelesaian teknologi kesihatan bersepadu kami dan IP yang berkaitan sepanjang dua belas bulan yang lalu," kata Axel Baur, Ketua Pegawai Eksekutif Amplify Health. "Saya ingin merakamkan rasa terima kasih saya kepada Jonathan atas bimbingan dan kolaborasi beliau. Hari ini, Amplify Health bersiap sedia untuk mempercepatkan pelaksanaan strategi kami bagi menerajui transformasi sistem penjagaan kesihatan di Asia. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan kami yang berkembang pantas untuk memperluaskan akses kepada penjagaan kesihatan yang lebih baik, memacu hasil kesihatan yang lebih baik untuk orang ramai dan komuniti di seluruh rantau ini."

Stuart A. Spencer, Pengerusi Amplify Health, mengulas: "Ini telah menjadi tahun asas buat Amplify Health dan penggantian terancang Axel untuk jawatan Ketua Eksekutif berlaku pada waktu yang mengujakan untuk organisasi ini. Jonathan telah meletakkan kedudukan Amplify Health untuk mencapai pertumbuhan mampan dan dengan kepimpinan Axel yang berterusan dan kedalaman kepakaran beliau yang luar biasa dalam penyelesaian penjagaan kesihatan dan sistem penjagaan kesihatan global, saya yakin Amplify Health akan mendaki ke tahap yang lebih tinggi dan merealisasikan potensi penuhnya. Bagi pihak Lembaga, saya ingin mengucapkan terima kasih kami kepada Jonathan dan mendoakan kejayaan yang berterusan untuk beliau."

Latar Belakang Amplify Health Asia Pte Limited 

Amplify Health Asia Pte Limited ialah perniagaan penyelesaian teknologi kesihatan bersepadu pan-Asia yang mencipta nilai untuk semua pihak berkepentingan dalam sistem penjagaan kesihatan. Penyelesaian teknologi kesihatan bersepadu kami memperkasa pelanggan kami untuk meningkatkan pembiayaan, akses dan penyampaian penjagaan kesihatan pada setiap titik dalam rantaian nilai untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan orang ramai dan komuniti di seluruh Asia. Amplify Health Asia Pte Limited ialah usaha sama antara AIA Group Limited dan Discovery Limited, beribu pejabat di Singapura.

Untuk maklumat lanjut kunjungi: www.amplifyhealth.com 

Hubungan Media: 
Emma Thompson
Spurwing Communications 
+65 6751 2021 
amplify@spurwingcomms.com

Source: Amplify Health Asia Pte Limited
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Joint ventures Personnel announcements