BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- HMS Core, koleksi keupayaan terbuka yang disediakan oleh Huawei Mobile Services (HMS), dipamerkan di arena ekosistem HMS di MWC Barcelona 2023. Kit peralatan ini membawakan penyelesaian industri termaju dan teknologi inovatif kepada pembangun global dan melancarkan penyelesaian operasi jitu sehenti untuk semua senario berdasarkan kepada Kit Akaun, Kit Tolak dan Kit Analitik. Kisah perkongsian HMS Core bersama BIGO LIVE, aplikasi penstriman langsung dan rangkaian sosial yang mempunyai kumpulan pengguna global, turut diilustrasikan di arena tersebut.
HMS Core merangkumkan peranti dan keupayaan terbuka awan yang disediakan oleh HMS. Kit peralatan tersebut mengupayakan inovasi tanpa henti dan menjadikan keupayaan yang sofistikated boleh dicapai secara global. Pembangun boleh mengintegrasikan kit HMS Core melalui kod ringkas untuk pembangunan dan pertumbuhan aplikasi yang pantas dan mudah.
Penyelesaian industri HMS Core mencipta semula pengalaman aplikasi
HMS Core sentiasa memperhalusi penyelesaiannya bagi mengatasi masalah utama pembangun merentas pelbagai industri. Himpunan keupayaan ini membantu pembangun membina fungsi aplikasi baharu dan model perniagaan dengan mudah.
Sebagai contoh, dalam aplikasi e-dagang, pesanan produk yang berjaya biasanya melibatkan pelbagai fasa termasuk carian dan semak imbas, semakan butiran produk, bayar dan pesan, logistik dan pengedaran serta penerimaan dan pengulasan produk. HMS Core menawarkan perkhidmatan dibezakan dalam pelbagai peringkat proses membeli-belah, membantu pembangun menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman membeli-belah yang berkualiti tinggi dan mudah sepanjang masa. Dalam fasa carian dan semak imbas, Kit ML HMS Core berkembang pada kaedah carian berasaskan teks tradisional kepada carian berasaskan suara dan imej. Dalam fasa semakan butiran produk, Kit Pemodelan 3D HMS Core membolehkan penjual mencipta model 3D produk dengan ambang rendah dan memasang serta menghidupkan model 3D seperti manusia berkaki dua untuk menjadikan produk tersebut hidup. Dengan Kit Pemodelan 3D, produk tidak lagi perlu dipaparkan sebagai imej 2D yang membosankan, namun sebaliknya menyeronokkan dan interaktif. Dalam industri media dan hiburan, Kit Editor Video dan Kit Editor Audio HMS Core menyampaikan pelbagai keupayaan penyuntingan audio dan video berkuasa AI seperti senyum-automatik dan pengubah suara menyeronokkan. Gimik ini menambah cara interaktif yang baharu dan menyeronokkan kepada aplikasi, lalu membolehkan pengguna menyerlahkan kreativiti mereka.
Penyelesaian operasi sehenti semua-senario membantu mencapai pengewangan cekap
HMS Core menyediakan kepada pembangun dengan penyelesaian operasi jitu sehenti untuk semua senario dengan menggabungkan keupayaan seperti Kit Akaun, Kit Tolak dan Kit Analitik, bagi membantu meningkatkan pengewangan.
Kit Akaun membolehkan pengguna melakukan daftar-masuk satu-ketik dengan selamat pada aplikasi merentas peranti Huawei seperti telefon bimbit, tablet dan produk HUAWEI Vision dengan menggunakan pengimbasan kod QR. Kit Tolak menawarkan banyak bentuk pemberitahuan baharu dan menyokong pemasaan paparan pintar dan operasi jitu untuk meningkatkan ketikan mesej, manakala Kit Analitik melaporkan peristiwa penukaran kepada platform iklan Huawei untuk memberi gambaran penuh tentang prestasi iklan, agar pembangun dapat menjalankan atribusi pemasaran dan membuat keputusan perniagaan pintar berdasarkan data.
Kisah perkongsian antara BIGO LIVE dan HMS Core juga merupakan sorotan penting acara tersebut. Selepas mengintegrasikan Kit Akaun dan Kit Tolak, aplikasi penstriman tersebut merealisasikan daftar-masuk satu-ketik dan penghantaran mesej yang tepat. Hal ini telah disusuli dengan kaedah pembayaran yang fleksibel dan fungsi pengurusan pesanan bagi mengesan kegagalan penghantaran pesanan, hasil daripada Pembelian Dalam-Aplikasi (In-App Purchases). Dengan berganding bahu bersama HMS Core, BIGO LIVE telah menyaksikan bilangan pengguna aktifnya dan kadar penukaran pesanan meningkat dengan ketara.
HMS Core membangunkan teknologi inovatif dengan bersungguh-sungguh dalam bidang-bidang termaju dan menggalakkan operasi aplikasi cekap berpandukan teknologi. Dengan berkolaborasi bersama pembangun aplikasi global, ia menyasarkan untuk meningkatkan pengalaman aplikasi untuk pengguna dan mewujudkan ekosistem aplikasi mudah alih yang berkembang pesat.