omniture

Huawei Lancar Prototaip 50G POL Pertama Industri untuk Rangkaian Kampus Wi-Fi 7 Generasi Seterusnya

Huawei
2023-03-03 21:28 132

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2023 (MWC 2023), Huawei melancarkan prototaip 50G POL pertama industri untuk membantu pelanggan industri membina rangkaian kampus Wi-Fi 7 generasi seterusnya.

Berasaskan kepada teknologi rangkaian tetap generasi kelima (F5G), penyelesaian FTTO Huawei telah digunakan secara komersial oleh lebih daripada 6,000 pelanggan industri di seluruh dunia, membolehkan pelanggan membina rangkaian kampus hijau, ringkas dan pintar. Dengan pengkomputeran awan, data raya dan teknologi IoT diguna pakai pada skala lebih besar dan penggunaan aplikasi 4K/8K dan AR/VR dalam senario kampus seperti pejabat perusahaan, pendidikan dan penjagaan kesihatan meningkat dengan pesat, keperluan yang diletakkan pada lebar jalur, kependaman dan keandalan rangkaian kampus adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Kim Jin, Naib Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei berkata, "Walaupun 10G PON dapat memenuhi keperluan kebanyakan senario kampus, memandangkan semakin banyak perusahaan menuju digital, senario baharu dengan keperluan yang lebih tinggi pada lebar jalur rangkaian dan kependaman semakin muncul dan rangkaian kampus akan perlu dinaik taraf. Huawei melancarkan prototaip 50G POL yang pertama dalam industri untuk membantu pelanggan membina rangkaian kampus ultra-jalur lebar hijau berorientasikan Wi-Fi 7 yang dapat menyokong aplikasi inovatif."

Kim Jin, Naib Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei
Kim Jin, Naib Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei

Prototaip 50G POL yang dilancarkan oleh Huawei termasuk OLT dan ONU 50G PON bersimetri. Ia menaik taraf rangkaian kampus daripada 10G PON kepada 50G PON. Ini bukan sahaja membolehkan pelanggan kampus menikmati pengalaman rangkaian ultra-jalur lebar, tetapi turut menyediakan faedah-faedah unik yang berikut:

Perubahan sifar ke atas OLT: Modul optik kombo 50G PON pertama dalam industri menyokong kedua-dua mod 10G PON dan 50G PON. Pelanggan boleh membina rangkaian atas permintaan dan menaik taraf rangkaian dengan lancar kepada 50G PON pada masa akan datang, melindungi pelaburan pembinaan rangkaian awal.

Perubahan sifar ke atas ODN: 50G PON menyokong transmisi jarak jauh 40 km dan menggunakan algoritma inovatif untuk mengupayakan bajet pautan optik yang utama dalam industri, menghapuskan keperluan untuk menukar ODN sedia ada.

Perubahan sifar ke atas ONU: Prototiap ONU 50G PON menyokong antara muka 10GE dan 25GE. Pada masa akan datang, penaiktarafan daripada Wi-Fi 6 kepada Wi-Fi 7 tidak memerlukan pertukaran ONU.

Pada masa depan, Huawei akan terus bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk mencipta lebih banyak inovasi; memperkaya senario aplikasi; membina ultra-jalur lebar hijau dan rangkaian kampus pintar; serta menyerlahkan produktiviti digital hijau.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian FTTO Huawei FTTO, sila kunjungi
https://e.huawei.com/en/solutions/enterprise-optical-network/campus-optix

HUBUNGI: 
hwebgcomms@huawei.com

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news