omniture

Seni Bina Rujukan Sasaran untuk Infrastruktur IT Pembawa Dilancar

Huawei
2023-03-03 23:45 72

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Di Forum Transformasi Infrastruktur IT Huawei semasa MWC Barcelona 2023, David Chen, Pengarah Pemasaran IT dan Penjualan Penyelesaian Huawei Carrier melancarkan seni bina rujukan sasaran berorientasikan masa depan untuk infrastruktur IT pembawa. Melalui kolaborasi antara teknologi komunikasi (CT) dan teknologi maklumat (IT), dalam talian dan atas-premis serta perisian dan perkakasan, seni bina ini menyokong evolusi Huawei dan pelanggannya daripada CT kepada ICT. Chen menyatakan bahawa infrastruktur IT yang pintar, andal, cekap dan kolaboratif dapat memperluaskan skop untuk pengewangan infrastruktur rangkaian pengendali, mempercepatkan transformasi digital mereka dan memudahkan pertumbuhan mereka.

Menurut kajian pihak ketiga, perkhidmatan utama pengendali global berkembang kira-kira sebanyak 4% dari tahun 2021 hingga 2022 manakala perkhidmatan inovatif seperti IoT, awan dan rumah pintar berkembang sebanyak lebih 10%. Pengendali telekomunikasi diberi peluang baharu dalam gelombang transformasi digital. Perkhidmatan digital yang melambung tinggi memacu pengendali telekomunikasi untuk beralih dengan pantas menuju lapangan baharu perkhidmatan digital bersepadu. Laporan IDC menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan kompaun bagi pelaburan pengendali telekomunikasi global dalam transformasi digital mencecah 17% yang mengagumkan dari tahun 2021 hingga 2025. Pengendali telekomunikasi boleh memanfaatkan kekuatan mereka dalam aset telekomunikasi untuk menuju digital. Transformasi digital telahpun memasuki peringkat baharu yang dicirikan oleh jumlah data yang amat besar, kuasa pengkomputeran yang tinggi dan kecerdasan yang kukuh, maka adanya keperluan terhadap infrastruktur IT pembawa yang lebih baik.

David Chen, Director of Huawei Carrier IT Marketing and Solution Sales
David Chen, Director of Huawei Carrier IT Marketing and Solution Sales

Chen turut menegaskan bahawa infrastruktur IT harus diutamakan dalam transformasi digital. Sebagai aset teras pengendali, data, rangkaian dan aplikasi (atau DNA) merupakan kunci untuk transformasi digital. Justeru itu, pelaburan yang semakin meningkat dalam infrastruktur IT dapat menjadikannya lebih cekap untuk mengewangkan aset ini dan menyerlahkan lebih nilai. Pengendali telah membina infrastruktur IT yang besar dan kompleks sepanjang beberapa dekad yang lalu dan mereka memerlukan seni bina sasaran untuk rujukan pada masa akan datang.

Seni bina IT pembawa terdiri daripada empat lapisan: sumber fizikal, teknologi platform, keupayaan industri dan produk digital. Seni bina rujukan sasaran berorientasikan masa depan untuk infrastruktur IT pembawa yang dilancarkan di MWC2023 memfokuskan kepada lapisan sumber fizikal dan teknologi platform. Ia merupakan penyelesaian komprehensif yang meliputi awan teragih (awan atas-premis, awan awam dan awan pinggir), himpunan sumber storan disatukan (himpunan sumber berprestasi tinggi dan himpunan sumber yang besar) serta pengkomputeran terpelbagai. Seni bina ini dicirikan oleh kolaborasi antara CT dan IT, dalam talian dan atas-premis serta perisian dan perkakasan, membolehkan perlindungan maksimum terhadap pelaburan infrastruktur IT sedia ada semasa penghijrahan awan, manakala pelaburan IT digunakan untuk mempercepatkan pengewangan aset CT.

Target reference architecture for carrier IT infrastructure
Target reference architecture for carrier IT infrastructure

  • Kolaborasi CT dan IT: Infrastruktur IT generasi seterusnya diprasepadukan dengan peralatan rangkaian. Ia menyokong penjadualan disatukan, hujung-ke-hujung dan pengurusan sumber awan dan rangkaian, membolehkan penyediaan perkhidmatan sehenti untuk pelanggan. Di samping itu, infrastruktur IT ini diprasepadukan dengan aplikasi telekomunikasi teras, seperti sistem sokongan perniagaan (BSS) dan sistem sokongan operasi (OSS), lalu meningkatkan kecekapan penggunaan perkhidmatan dan mengurangkan OPEX dengan ketara.
  • Kolaborasi dalam talian dan atas-premis: Aplikasi boleh digunakan dengan fleksibel dan cekap pada awan teragih (awan awam dan awan atas-premis). Di samping itu, data boleh diurus dengan cekap merentas awan awam, awan atas-premis dan kemudahan storan setempat, sekali gus menjamin sekuriti data, memaksimumkan nilai data dan meningkatkan kecekapan operasi perkhidmatan.
  • Kolaborasi perisian dan perkakasan: Evolusi seni bina infrastruktur IT harus memastikan agar storan dan peralatan rangkaian sedia ada serta perkakasan lain boleh diintegrasikan ke dalam seni bina baharu bagi melindungi pelaburan sedia ada, mengurangkan keperluan untuk memindahkan aplikasi dan data serta meningkatkan baik keandalan mahupun kecekapan penggunaan.

Huawei telah bekerjasama dengan pengendali selama lebih daripada 30 tahun. Berdasarkan kepada kepakarannya dalam industri telekomunikasi dan dalam transformasi infrastruktur IT pembawa serta pengalamannya menyokong dengan jayanya transformasi infrastruktur IT lebih daripada 140 pengendali, Huawei berupaya sepenuhnya membantu pengendali berkembang daripada pengusaha CT kepada pengusaha ICT.

 

 

 

1. David Chen, Pengarah Pemasaran IT dan Penjualan Penyelesaian Huawei Carrier

2. Seni bina rujukan sasaran untuk infrastruktur IT pembawa

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news