omniture

HONOR Magic5 Series Diiktiraf sebagai "Terbaik MWC" oleh Pelbagai Media

HONOR
2023-03-06 09:22 45

Sebagai penampilan sulung pasaran global, HONOR Magic Vs boleh lipat turut memenangi pelbagai anugerah media di MWC 2023

BARCELONA, Sepanyol, 6 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR mengumumkan ketersediaan global HONOR Magic5 Series baharu dan HONOR Magic Vs boleh lipat di Kongres Dunia Mudah Alih yang sedang berlangsung di Barcelona, menyediakan kepada pengguna seluruh dunia dengan pengalaman telefon pintar terunggul yang sebenar. Dengan pelbagai outlet media global terkemuka menamakan kedua-dua telefon pintar ini sebagai "Terbaik MWC" pada tahun ini, kejuruteraan inovatif dan ciri-ciri premium peranti-peranti utama HONOR baharu ini telah diiktiraf dengan baik.


Tahun ini, HONOR menerima sejumlah besar 42 anugerah daripada media di MWC, dengan HONOR Magic5 Pro yang diperkenalkan buat julung kalinya memenangi 18 anugerah dalam kategori-kategori berbeza. Android Authority berkata bahawa, "HONOR Magic5 Pro bersungguh-sungguh untuk bersaing dengan yang terbaik dalam industri dan melakukannya dengan bergaya." Trusted Reviews turut mengulas, "HONOR Magic5 Pro ialah telefon pintar Android utama yang sememangnya padat dengan teknologi berkualiti tertinggi." Tom's Guide, media teknologi dengan reputasi tinggi untuk ulasan produk, menamakan HONOR Magic5 Pro sebagai Telefon Terbaik, berkata, "setakat ini, Honor Magic5 Pro merupakan telefon terbaik yang muncul daripada MWC 2023."

Selain daripada HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic Vs, telefon boleh lipat HONOR yang terkini diperkenalkan buat julung kali dalam pasaran global, turut mendapat perhatian yang amat luas. XDA Developers berkata, "ia dengan mudah menjadi salah satu telefon boleh lipat kegemaran kami dalam pasaran." MakeUseOf, salah satu penerbitan teknologi dalam talian yang terbesar, berkata dalam ulasannya, bahawa "dengan telefon bimbit yang kelihatan dan terasa seperti peranti mewah pada setiap ini, Magic Vs menawarkan inovasi tulen dalam bidang telefon pintar berlipat."

HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs akan mendapat 3 tahun penaiktarafan Android dan 5 tahun tampung (patch) keselamatan.

HONOR Magic5 Pro akan boleh didapati mulai suku kedua tahun 2023, bermula pada harga €1199 (12G+512GB). HONOR Magic Vs akan berharga bermula pada €1599 (12GB+512GB). Ketersediaan akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

https://community.hihonor.com/
https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/c/HonorOfficial

 

Source: HONOR
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards New products/services Trade show news