omniture

Arctech Bertemu ACWA Power dan China Energy Engineering Group

Arctech
2023-03-06 10:27 58

KUNSHAN, China, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Arctech, penyedia penjejakan, pemparaan solar dan BIPV yang terkemuka di dunia mengalu-alukan pengurusan kanan daripada ACWA Power dan China Energy Engineering Group Co., Ltd. (selanjutnya "CEEC") di sebuah mesyuarat perniagaan di ibu pejabat Arctech, Kunshan, China.

ACWA Power ialah syarikat kuasa dan air penyahgaraman bebas yang terbesar di Timur Tengah dan CEEC ialah salah satu penyedia penyelesaian komprehensif yang terbesar untuk industri kuasa di dunia.

Mohammad A. Abunayyan (kiri) dan Cai Hao (kanan)
Mohammad A. Abunayyan (kiri) dan Cai Hao (kanan)

Cai Hao, Presiden dan Pengerusi di Arctech mengucapkan selamat datang yang tulus ikhlas kepada Mohammad A. Abunayyan, Pengerusi ACWA Power untuk lawatan ke China. Beliau berkata: "Arctech dan ACWA Power telah menjalin kerjasama yang membuahkan hasil dalam projek-projek terdahulu, kami berharap dapat memperkukuh kerjasama dan menginovasi mod kerjasama dengan ACWA Power di bawah Inisiatif Jalan dan Jalur serta Wawasan 2030 Arab Saudi, lalu menjadi sepasang contoh teladan untuk kerjasama Jalur dan Jalan."

En. Abunayyan berkata: "Inisiatif Jalan dan Jalur seiring dengan Wawasan 2030 Arab Saudi. Sinergi mendalam antara kedua-dua inisiatif ini mewujudkan prospek yang lebih luas untuk pertukaran dan kerjasama dua hala. Arctech dan ACAW Power telah membentuk asas yang kukuh untuk menjalin kerjasama, kami berharap kedua-dua dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan mereka dan terus mempererat kerjasama pada masa akan datang."

Pada 19 Februari, ALHARBI SAMI MUGBEL S, Naib Presiden & Pengerusi ACWA daripada Syarikat Projek 1&2 ASB dan Xiong Gaoxia, Timbalan Pengurus Besar CEEC mengetuai sebuah pasukan untuk melawat ibu pejabat Arctech di Kunshan dan membincangkan kerjasama masa depan. En. Cai berkata: "Kami telah mewujudkan asas kukuh untuk kerjasama jangka panjang antara ACWA Power, CEEC dan Arctech serta bermatlamat untuk mempercepatkan keneutralan karbon di Timur Tengah."

En. ALHARBI berkata: "Industri solar sudahpun bersedia untuk bermula di Timur Tengah, ACWA Power berharap dapat menjadi contoh teladan bagi kerjasama China-Arab Saudi dalam industri tenaga boleh baharu."

En. Xiong berkata: "Kami kagum dengan perkhidmatan profesional serta produk andal Arctech dalam kerjasama terdahulu. Kami berharap dapat mengekalkan dan mempererat kerjasama ini."

Arctech telah mengumpul portfolio projek lebih 3GW dalam pasaran Timur Tengah sejak menembusi pasaran itu pada tahun 2017.

Pasukan ACWA Power, pasukan CEEC dan pasukan Arctech
Pasukan ACWA Power, pasukan CEEC dan pasukan Arctech

 

Source: Arctech
Related Stocks:
Shanghai:688408
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities