omniture

Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi Melancarkan Nusuk dan Umrah+ di Malaysia

Saudi Tourism Authority
2023-03-06 14:18 28
  • Nusuk ialah pelantar rasmi digital bersepadu pertama yang kini memudahkan para jemaah mengerjakan Umrah dan melawat Mekah serta Madinah.
  • Pakej Umrah+ yang dipertingkatkan mengalu-alukan pelawat dari Malaysia untuk menjelajahi tanah Arab yang asli dan bersejarah.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 6 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi atau lebih dikenali dengan Saudi Tourism Authority (STA) hari ini telah berjaya mengadakan jerayawara bersama 21 rakan kongsi termasuk syarikat pengurusan destinasi dan pemilik hotel dari Saudi Arabia, berserta syarikat Umrah dan persatuan pelancongan Malaysia di Kuala Lumpur untuk mengumumkan pelancaran Nusuk (nusuk.sa). Nusuk.sa ialah pelantar digital bersepadu Umrah yang baharu, yang mengalu-alukan jemaah Umrah dari seluruh dunia untuk merasai pengalaman Umrah secara menyeluruh.

Saudi Tourism Authority Launches Nusuk and Umrah+ in Malaysia
Saudi Tourism Authority Launches Nusuk and Umrah+ in Malaysia

Nusuk, satu inisiatif yang dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi dengan kerjasama Program Pengalaman Jemaah Umrah Wawasan 2030 telah diumumkan dalam majlis yang dihadiri oleh Menteri Haji dan Umrah, Tuan Yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah.  Nusuk akan meluaskan lagi pilihan dan meningkatkan keseluruhan pengalaman umat Islam yang melawat Saudi dan meringkaskan prosedur ketibaan bagi pengunjung yang datang untuk mengerjakan Umrah.

Menteri Haji dan Umrah, Tuan Yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah, berkata, "Kini kami membuka semula pintu untuk menyambut ketibaan kumpulan jemaah Umrah yang paling besar dari seluruh dunia ke Saudi selepas pandemik, dan kami tidak sabar untuk memberikan pengalaman penempahan yang lancar dan menyeluruh, dengan pilihan perjalanan yang diperluaskan akan membawa mereka menempuh kembara keimanan melalui beberapa tarikan dan tawaran yang bercirikan Islam di antara Mekah dan Madinah, seterusnya merasai saat yang menakjubkan dan mengenali Saudi yang kaya dengan budaya dan warisan."

Fahd Hamidaddin, Ketua Pegawai Eksekutif serta Ahli Lembaga Pengarah Pihak berkuasa Pelancongan Saudi serta Pengarah Urusan Nusuk, menyatakan, "Kami komited untuk menjadikan Saudi sebuah negara yang mudah dikunjungi oleh semua pelawat. Untuk jemaah Umrah kami telah melancarkan pelantar digital Nusuk yang direka bentuk untuk jemaah Umrah dan pelawat merancang perjalanan ibadah mereka dengan lancar. Jemaah Umrah dari Malaysia boleh memohon e-visa pada pelantar Nusuk dan boleh menempah pakej khas ke Mekah, Madinah dan tempat-tempat lain. Kami juga bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menggalakkan jemaah Umrah menjelajah negara kami yang indah dan merasai pengalaman yang pelbagai dengan program Umrah+. Saudi mengalu-alukan seluruh dunia untuk melawat destinasi baharu yang paling berkembang pesat dan sempadan pelancongan percutian yang belum diterokai. Ia memberi peluang perniagaan baharu yang tiada bandingan untuk rakan kongsi yang mahu menawarkan pengalaman yang memikat hati, jiwa dan impian para pelancong ke Saudi."

Alhasan Aldabbagh, Presiden Nusuk-APAC, berkata, "Kami sentiasa melakukan inovasi yang berterusan dan pelancaran pelantar Nusuk dalam Bahasa Melayu membuktikan ketangkasan kami dalam memenuhi keperluan pasaran. Kami berharap untuk menyambut lebih ramai pengunjung dari Malaysia berbanding sebelum ini. Nusuk akan memudahkan dan melancarkan perancangan dan penempahan perjalanan jemaah Umrah, seterusnya menggalakkan para jemaah Umrah untuk mengenali Saudi selain daripada sebagai tempat ibadah.

Malaysia yang merupakan pasaran strategik utama bagi Saudi kini mengukuhkan lagi hubungan dengan rakan kongsi dan komited untuk melabur dan bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk memastikan pengalaman yang bersesuaian dan menarik bagi pasaran Malaysia. Tahun lalu, Saudi telah menerima 312,000 orang pengunjung dari Malaysia dan tahun ini mereka menjangka bilangan ini akan meningkat dua kali ganda.

Bagi memastikan matlamat ini tercapai, Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi mengumumkan dua inisiatif utama semasa jerayawara Malaysia: pakej Umrah+ yang dipertingkatkan dan Visa Persinggahan.

Pakej Umrah+ yang dipertingkatkan disediakan bagi membolehkan pengembara mengetahui bahawa Saudi kini telah menjadi destinasi pelancongan menarik yang kaya dengan budaya dan sejarah, alam semula jadi yang indah dan landskap yang pelbagai. Terdapat 6 tapak Warisan Dunia UNESCO dan lebih daripada 10,000 tapak arkeologi yang menunggu untuk diterokai di Saudi, termasuk Al Balad di Jeddah, Turaif di Diriyah - tempat kelahiran Saudi serta pergunungan Aseer dan pekan kecil yang menjanjikan pengalaman warisan dan kebudayaan - yang akan memberi peluang kepada pelawat untuk merasai pengalaman tanah Arab yang sebenar.

Visa Persinggahan yang diumumkan baru-baru ini terbuka untuk semua pelawat yang berkunjung untuk melancong, urusan perniagaan dan ibadah yang menaiki pesawat SAUDIA dan Flynas. Pelawat boleh singgah di Saudi sehingga 96 jam dan menikmati satu malam penginapan hotel bersama Saudia yang diberikan secara percuma. Ini menjadikan Saudi sebagai persinggahan yang tepat untuk rakyat Malaysia yang dalam perjalanan ke Eropah, UK dan AS.

Saudi telah melabur dalam beberapa projek mega seperti Qiddiya, Neom dan Murabba baharu di Riyadh yang diumumkan baru-baru ini, dipanggil 'Mukaab' yang bakal menjadi pusat bandar moden terbesar di dunia.

Ketahui lebih lanjut tentang tawaran pelancongan Saudi pada lama web Visit Saudi atau layari Nusuk di nusuk.sa.

Perihal Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi

Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi (STA), dilancarkan pada tahun 2020, bertanggungjawab memasarkan destinasi pelancongan Saudi di seluruh dunia dan membangunkan tawaran destinasi melalui program, pakej dan sokongan perniagaan. Ia mempunyai mandat yang merangkumi pembangunan aset dan destinasi unik negara itu, mengadakan dan menghadiri acara industri, dan mempromosikan jenama destinasi Saudi di dalam dan di luar negara.  STA mempunyai 16 pejabat perwakilan, yang merangkumi 38 buah negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.VisitSaudi.com 

Perihal Nusuk

Nusuk, pelantar digital bersepadu rasmi Saudi yang pertama, menawarkan laluan perancangan yang mudah digunakan kepada semua jemaah Umrah dan pelawat untuk perjalanan mereka ke Mekah dan Madinah, serta lokasi lain. Dengan Nusuk, pelawat dari seluruh dunia boleh mengatur keseluruhan lawatan mereka dengan mudah, daripada permohonan e-visa sehingga penempahan hotel dan penerbangan. Akan datang, Nusuk juga akan digunakan untuk menjadualkan lawatan ke tempat-tempat penting, mencari pengangkutan, menyusun jadual perjalanan dan peta interaktif.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.Nusuk.sa  

Source: Saudi Tourism Authority
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services