omniture

CGTN: China sasarkan pembangunan berkualiti tinggi menerusi laluannya menuju pemodenan

CGTN
2023-03-06 20:41 63

BEIJING, 6 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Semasa bertemu pihak akhbar pada pagi Ahad, Shan Zenghai, timbalan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 dan ketua jurutera Xuzhou Construction Machinery Group mengumumkan bahawa syarikat beliau, sebuah syarikat gergasi pembinaan negara ini, kini telah mengangkat kren ke tahap baharu.

Bangkit dalam kekaburan sektor pembuatan, kini, kumpulan tersebut memiliki hak harta intelek proprietari penuh untuk kesemua komponen penting kren semua rupa buminya, menyuntik dorongan baharu ke dalam pembangunan China yang berkualiti tinggi, kata Shan.

Beberapa jam kemudian pada sebelah petang, timbalan NPC daripada delegasi Wilayah Jiangsu, timur China mengalu-alukan rakan timbalan yang penting – Presiden Xi Jinping – ke sesi perbincangan mereka di sesi pertama NPC ke-14 selepas badan perundangan tertinggi negara ini memulakan sesi tahunannya di Beijing.

Semasa perbincangan berkumpulan, Xi menekankan kepentingan untuk mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi, menggelarnya sebagai tugas "pertama dan terpenting" dalam usaha pemodenan China.

Kualiti penting

China menyasarkan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih pantas sekitar 5 peratus dengan kualiti pembangunan yang lebih baik pada tahun 2023, tatkala ekonomi kedua terbesar di dunia ini berkembang pesat untuk membina momentum pemulihan dan terus maju menerusi pemacu pemodenannya.

Sebagai salah satu enjin yang memacu pertumbuhan ekonomi China, Jiangsu telah menjadi peneraju utama dalam usaha pemodenan negara ini. Pada tahun 2022, KDNK Jiangsu mencecah 12.28 trilion yuan ($1.77 trilion), peningkatan sebanyak 2.8-peratus berbanding tahun lalu sementara keluaran ekonominya menyumbang sebanyak 10.2 peratus daripada jumlah keseluruhan negara ini.

Semasa perbincangan pada hari Ahad, XI menegaskan apa yang dicapai oleh Jiangsu sejak lima tahun yang lalu dan menyerunya untuk terus memimpin laluan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Pemilihan beliau di Jiangsu sebagai timbalan NPC ke-14 ditafsirkan secara meluas sebagai kepentingan besar yang telah diberikan oleh kepimpinan tertinggi kepada laluan pemodenan Cina dan kepada pewujudan coran pembangunan baharu, satu keutamaan yang ditegaskan oleh beliau semasa lawatan pemeriksaan 2020.

Ketika itu, beliau menyeru usaha untuk mengamalkan falsafah pembangunan baharu dan memupuk corak pembangunan yang baharu bagi memajukan pembangunan ekonomi dan sosial yang berkualiti tinggi dan mampan, bukan sahaja di wilayah ini, tetapi juga di seluruh pelosok negara ini.

Sepanjang dekad yang lalu, ekonomi China berkembang dengan pesat, dengan ekonomi lebih hijau dan lebih cekap didayakan oleh tumpuan yang dialihkan kepada pembangunan yang berkualiti tinggi. Sebagai contoh, penggunaan tenaga oleh negara ini bagi setiap 10,000 yuan keluaran dalam negara kasar pada tahun 2022 menurun sebanyak 0.1 peratus berbanding tahun 2021 manakala emisi CO2 bagi setiap 10,000 yuan KDNK jatuh 0.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Biro Statistik Kebangsaan.

Swadaya dalam sains dan teknologi

Dalam usaha mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi, China turut memperkukuh inovasi teknologi sebagai pemacu utama pertumbuhan.

Seawal tahun 2014, dalam satu lagi lawatan Wilayah Jiangsu, Xi menekankan peranan inovasi dalam pembangunan ekonomi, menyatakan bahawa China harus bergantung pada inovasi bagi mencapai pembangunan ekonomi yang berterusan dan sihat.

Presiden menyeru gandingan yang erat antara sains dan teknologi serta ekonomi dan juga penyepaduan mendalam antara industri, universiti dan penyelidikan bagi mencapai hubungan yang lancar antara industri serta sains dan teknologi. Pada tahun 2022, China membelanjakan 3.09 trilion yuan yang mencatat rekod ke atas penyelidikan dan pembangunan, satu peningkatan sebanyak 10.4 peratus berbanding tahun sebelumnya yang boleh dikreditkan dengan usaha yang dipercepatkan oleh negara ini bagi meningkatkan keupayaan inovasinya demi lebih banyak pencapaian.

Pada tahun 2022, China membelanjakan 3.09 trilion yuan yang mencatat rekod untuk penyelidikan dan pembangunan, satu peningkatan sebanyak 10.4 peratus berbanding tahun sebelumnya yang boleh dikreditkan dengan usaha yang dipercepatkan oleh negara ini bagi meningkatkan keupayaan inovasinya demi lebih banyak pencapaian.

Negara ini harus terus berusaha untuk membina pusat-pusat inovasi sains dan teknologi perindustrian dengan pengaruh global, kata Xi semasa perbincangan tersebut.

Beliau turut menekankan bahawa matlamat utama menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi adalah untuk menyampaikan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada orang ramai.

https://news.cgtn.com/news/2023-03-05/Xi-attends-deliberation-of-Jiangsu-delegation-at-legislative-session-1hVrhJvVcDm/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mining/Metals Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service