omniture

CGTN: Bagaimana cadangan CPPCC menyumbang kepada penggubalan dasar China

CGTN
2023-03-07 00:05 41

BEIJING, 7 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Dalam satu cadangan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC), badan penasihat politik tertinggi negara ini, usaha telah digesa untuk menggabungkan hasil pembasmian kemiskinan melalui dorongan untuk merealisasikan penggiatan semula luar bandar.

Cadangan berkenaan telah memainkan peranan yang aktif dalam kemenangan perjuangan negara ini memerangi kemiskinan mutlak dan mencapai pembinaan masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek, satu pencapaian bersejarah dilakar pada tahun 2021.

Pencapaian berkenaan, berserta bagaimana penasihat politik negara ini telah membantu menyumbang kepada penggubalan dasar, didedahkan pada Sabtu, apabila mesyuarat pembukaan sesi pertama Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC bermula di Beijing.

Apabila menyampaikan laporan kerja kepada sesi tersebut, Wang Yang, pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-13, berkata CPPCC menjalankan penyelidikan, perundingan dan perbincangan tentang pelbagai isu. Sesetengahnya berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan sosial China, seperti pewujudan corak pembangunan baharu, membangunkan ekonomi sebenar dan menjamin sekuriti makanan, manakala yang lain berhubung kepentingan segera orang ramai, seperti bagaimana untuk menangani penduduk yang semakin berusia dan meningkatkan perkhidmatan budaya asas di kawasan luar bandar.

Wang memuji kemajuan yang dicapai oleh badan perundingan dalam tempoh lima tahun dan menjanjikan sumbangan baharu pada masa akan datang.

Cadangan yang telah berjaya

Sejak lima tahun yang lalu, sejumlah 29,323 cadangan telah dikemukakan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC dan 23,818 difailkan, kata Shao Hong, naib pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-13, di mesyuarat pembukaan hari Sabtu.

Menjelang akhir Februari tahun ini 99.8 peratus telah dikendalikan, kata Shao.

Selepas menjalankan perundingan mendalam bersama pihak-pihak yang berkaitan, CPPCC telah melihat banyak cadangan tersebut dicerminkan dalam perancangan dan langkah-langkah dasar, kata beliau.

Kelebihan dan peranan cadangan CPPCC dalam membangunkan demokrasi rakyat seluruh-proses China dan menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial negara ini telah dimanfaatkan sepenuhnya, tambah Shao.

Sumbangan baharu

Tahun 2023 merupakan tahun pertama untuk China melaksanakan sepenuhnya prinsip-prinsip panduan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC) yang diadakan pada Oktober lalu, apabila tugas utama memajukan penggiatan semula negara China dalam semua bidang melalui laluan Cina menuju pemodenan ditekankan.

Di mesyuarat pembukaan hari Sabtu, Wang, penasihat politik tertinggi, menyeru kesemua ahli CPPCC untuk membuat cadangan berkualiti tinggi berhubung beberapa siri rancangan strategik China untuk membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek.

Bagi mencapai tujuan tersebut, usaha harus dilakukan bagi pemilihan topik cadangan, kajian lapangan dan perundingan bersasar, tambah beliau.

"CPPCC akan menunaikan kewajipannya, mengamalkan demokrasi rakyat seluruh-proses dan menggalakkan perpaduan yang besar antara kesemua bangsa Cina, lelaki dan perempuan bagi memberi sumbangan baharu untuk merealisasikan matlamat dan tugas yang ditetapkan oleh Kongres Kebangsaan CPC ke-20," kata Wang.

https://news.cgtn.com/news/2023-03-04/How-CPPCC-proposals-contribute-to-China-s-policymaking-1hUap8kZAfS/index.html

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Public Interest