omniture

Modul jenis-n Astronergy 154.4MW menstrukturkan loji PV TOPCon terbesar Eropah

Astronergy
2023-03-07 09:00 112

HANGZHOU, China, 7 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Sejumlah 154.4MWdc Modul PV TOPCon N5 ASTRO telah diserahkan ke Jerman, untuk mengoperasikan loji PV TOPCon terbesar Eropah di Döllen (Brandenburg).

Key visual of ASTRO N series n-type TOPCon PV modules.
Key visual of ASTRO N series n-type TOPCon PV modules.

Mempelopori dalam pengeluaran besar-besaran Modul PV TOPCon jenis-n, siri N ASTRO telah mendapat perhatian yang luas di seluruh dunia selepas projek pertama dengan 355MWdc ditandatangani di Australia. Loji PV Döllen merupakan langkah ke hadapan yang selanjutnya untuk memperkenalkan teknologi TOPCon jenis-n kepada pasaran global, dikuasakan oleh siri N5 ASTRO Astronergy.

Dibiayai oleh CEE Group dan dibangunkan oleh Antlike Solar, loji PV Döllen akan menjual tenaga berasaskan PPA dan menyasarkan untuk menggalas sebahagian daripada tanggungjawab penstabilan iklim, pengurangan kadar tenaga serta kebebasan kuasa. Projek PV Döllen ketika ini merupakan salah satu taman PV ruang terbuka terbesar Jerman.

Selepas sambungan grid kemudiannya pada tahun 2023, loji PV akan membekalkan lebih 150,000MWj tenaga elektrik mesra alam setiap tahun.

Detlef Schreiber, Ketua Pegawai Eksekutif CEE Group berkata, "Taman solar baharu di tapak Döllen mengagumkan dengan output nominal 154.4 MWp dan dalam masa yang sama menggambarkan potensi tenaga boleh baharu sebagai komponen utama dalam peralihan tenaga."

Ketua Perniagaan Projek Eropah Astronergy, Timo Franz menambah bahawa CEE benar-benar komited untuk menyampaikan tenaga hijau ke seluruh Eropah. Kami gembira untuk menyediakan kepada mereka dengan Modul PV TOPCon jenis-n berkecekapan tinggi baharu kami untuk pelaksanaan projek mereka serta kepercayaan mereka terhadap kualiti dan perkongsian kami.

Latar Belakang Astronergy

Di bawah CHINT Group, Astronergy ialah sebuah perusahaan pembuatan pintar yang memfokuskan kepada modul fotovolta. Ditubuhkan pada tahun 2006, Astronergy ialah salah sebuah perusahaan swasta terawal yang bertapak dalam bidang PV, jejak perniagaannya berada di lebih 140 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Astronergy komited untuk menjadi pembekal modul fotovolta yang paling kompetitif di seluruh dunia dengan misinya untuk mencipta dunia lestari dan karbon sifar-bersih dengan kuasa solar. Memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan sel PV dan modul PV silikon habluran berkecekapan tinggi, Astronergy terus melancarkan modul berkecekapan tinggi siri ASTRO. Teknologi wafer bersaiz besar mengupayakan kedua-dua modul siri ASTRO dwimuka dan monomuka sepenuhnya dapat diaplikasikan dengan sempurna dalam semua senario seperti stesen janakuasa skala-utiliti, sistem PV komersial & perindustrian (C&I) dan sistem PV kediaman.

 

Source: Astronergy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services