omniture

CGTN: Membina sinergi kukuh, China majukan pemacu pemodenan baharu dengan penuh keyakinan

CGTN
2023-03-07 14:20 65

BEIJING, 7 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Dengan langkah yang bersemangat selepas peningkatan pelancong ke wilayahnya, Wu Guoping, timbalan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 dari Wilayah Jiangsu, menghadiri mesyuarat pembukaan sesi tahunan badan perundangan tertinggi China di Beijing pada Ahad.

Menurut Wu, bilangan pengunjung di Teluk Nianhua, Bandar Wuxi di Jiangsu melebihi 210,000 dalam dua bulan pertama pada tahun ini, angka tertinggi untuk tempoh yang sama sejak tahun 2019.

Pemulihan yang serupa berlaku di mana-mana sahaja di China ketika negara ini memulakan tahun pertama langkahnya ke arah pemodenan, mengulangi kenyataan Xi Jinping bahawa "permulaan adalah sangat penting untuk situasi keseluruhan dan penentu masa depan."

Xi menghadiri mesyuarat pembukaan sesi pertama NPC ke-14 pada pagi Ahad di Beijing. Laporan kerja kerajaan diserahkan kepada sesi tersebut untuk perbincangan bagi menyemak tahap kemajuan negara ini pada tahun 2022 dan mendedahkan sasaran utama China untuk pembangunan pada tahun 2023.

Membina kesepakatan dengan demokrasi

Laporan kerja tersebut menyebut bahawa rakyat telah menyatakan pandangan dan cadangan yang wajar diberi perhatian penuh dan menggesa usaha untuk menunaikan amanah rakyat.

Semasa Two Sessions (Dua Sesi), hampir 3,000 penggubal undang-undang negara dan sekitar 2,000 penasihat politik membawa bersama mereka harapan rakyat demi kehidupan yang lebih baik serta isu-isu yang menimbulkan kebimbangan masyarakat, agar kehendak 1.4 bilion rakyat Cina diserapkan ke dalam reka bentuk peringkat tertinggi pembangunan negara.

Ini merupakan amalan jelas dalam demokrasi rakyat seluruh-proses di China yang telah ditekankan sebagai satu keperluan penting bagi pemodenan Cina oleh Xi Jinping.

Pada dekad yang lalu, Xi mengambil bahagian dalam perbincangan bersama penggubal undang-undang atau penasihat politik sebanyak 53 kali di Two Sessions tahunan, setelah mendengar pandangan dan cadangan daripada lebih 400 timbalan NPC dan ahli CPPCC.

Mengukuhkan keyakinan

Laporan kerja kerajaan menegaskan bahawa "lima tahun yang lalu adalah sangat penting dan luar biasa untuk China," menyatakan bahawa negara ini telah menghadapi pelbagai ujian termasuk perubahan yang dipercepatkan pada landskap antarabangsa, pandemik COVID-19 dan kelembapan ekonomi domestik dan turut melakar pencapaian penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial, termasuk memenangi perjuangan kritikal dalam memerangi kemiskinan dan menamatkan pembinaan masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek.

Menyeru untuk menyediakan pentas bagi membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek, laporan tersebut menyenaraikan sasaran utama untuk pembangunan pada tahun 2023, termasuk pertumbuhan KDNK sekitar lima peratus, peningkatan indeks harga pengguna kepada sekitar tiga peratus dan nisbah defisit-kepada-KDNK sebanyak tiga peratus.

Two Sessions mewujudkan sinergi antara rakyat Cina dan mengukuhkan keyakinan mereka dalam menangani kesukaran bagi mencapai matlamat pembangunan pada tahun 2023 dan memajukan pemodenan Cina, menurut pakar.

"China berusaha untuk menjamin pertumbuhan ekonomi yang stabil pada tahun ini, maka Two Sessions mempunyai kepentingan khusus bagi meningkatkan keyakinan dan mengumpul kekuatan," kata Yang Hui, penasihat politik negara.

Peluang untuk dunia

Memandangkan pelan tindakan pemodenan Cina disempurnakan dengan sasaran tertentu untuk diusahakan di Two Sessions pada tahun ini, bagaimana China akan mencipta peluang baharu untuk dunia melalui pembangunannya sendiri telah menggamit perhatian global.

Laporan kerja kerajaan memaklumkan kepada dunia bahawa "ekonomi China sedang mengalami pemulihan yang kukuh dan menunjukkan potensi dan momentum yang sangat besar untuk pertumbuhan yang selanjutnya," memandangkan permintaan pengguna negara ini, pengagihan pasaran, pengeluaran industri dan jangkaan perniagaan kesemuanya telah bertambah baik dengan ketara.

Ia mengumumkan bahawa China akan menggiatkan usaha bagi menarik dan memanfaatkan pelaburan asing. "Dengan pasaran yang luas dan terbuka, China pastinya dapat menyediakan peluang perniagaan yang lebih besar untuk syarikat-syarikat asing di China."

Menurut satu laporan terkini yang dikeluarkan oleh American Chamber of Commerce di China Selatan, lebih daripada 90 peratus syarikat yang mengambil bahagian memilih China sebagai salah satu destinasi pelaburan yang paling penting.

Tabung Kewangan Antarabangsa menaikkan anggaran untuk pertumbuhan China kepada 5.2 peratus dalam laporan Tinjauan Ekonomi Dunia (World Economic Outlook) yang terkini.

Baru-baru ini, ramai pemimpin dunia melawat China untuk meninjau peluang kerjasama. Pada hari Rabu, Xi memberitahu Presiden Belarus Alexander Lukashenko bahawa pembangunan China yang berkualiti tinggi dan proses pemodenan akan membawa peluang baharu ke negara-negara lain.

https://news.cgtn.com/news/2023-03-05/China-advances-new-modernization-drive-with-confidence-synergy-1hVgAUvAa4g/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research