KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Capco, firma perunding teknologi dan pengurusan bertaraf global, telahpun melantik Andrew McGinn sebagai Rakan Kongsi dan Ketua Digital Asia Tenggara (SEA) yang berpangkalan di Singapura. Andrew akan menyampaikan inisiatif strategi dan transformasi digital untuk pelanggan, memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman beliau yang luas.
Andrew mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun, termasuk jawatan kepimpinan kanan bertumpu teknologi di Boston Consulting Group, subsidiari Accenture, Javelin Group, serta Ketua Pegawai Eksekutif This Place, perniagaan pengalaman pelanggan yang menyediakan transformasi dan penyampaian digital hujung-ke-hujung untuk jenama-jenama global.
Lance Levy, Ketua Pegawai Eksekutif Capco, berkata: "Kami berbesar hati mengalu-alukan Andrew ke dalam pasukan kepimpinan Asia-Pasifik. Capco ditempatkan secara ideal untuk membantu pelanggan memulakan dan mempercepatkan agenda mereka untuk transformasi digital di wilayah ini. Kesungguhan Andrew untuk menyampaikan hasil kepada pelanggannya akan memainkan peranan penting untuk memajukan perkongsian kami ketika kami mengupayakan pelanggan kami untuk menavigasi pasaran yang semakin berkembang ini."
James Arnett, Rakan Pengurusan APAC di Capco, berkata: "Kami dapat melihat momentum yang kukuh di seluruh SEA dalam perbankan maya, penerimaan model perniagaan yang inovatif serta model pengalaman pelanggan yang baharu. Tinjauan APAC Bank of the Future kami baru-baru ini menonjolkan keinginan yang kuat dalam kalangan pengguna terhadap inovasi dalam perkhidmatan perbankan. Ini memberi peluang sebenar kepada bank untuk menyampaikan penawaran pelanggan yang diperibadikan serta menarik dan pengalaman mendalam Andrew dalam bidang ini akan menjadi tidak ternilai untuk membantu pelanggan kami melaksanakannya. Kami mengalu-alukan Andrew ke dalam pasukan ini."
Andrew McGinn berkata: "Perubahan yang berterusan merupakan kebiasaan baharu. Pelanggan inginkan lebih lagi dan keinginan untuk menerima saluran digital dapat dilihat bukan sahaja dalam kalangan warga natif digital Gen Z, tetapi sehingga demografi lebih 65 tahun. Kewangan dan insurans yang diterapkan menjadi tumpuan peralihan ini ke arah memperkasa pelanggan untuk mengawal kesejahteraan kewangan mereka dengan lebih baik. Evolusi dalam tingkah laku pelanggan ini mencipta peluang baharu untuk bank-bank menyampaikan perkhidmatan dan proposisi baharu dan Capco mempunyai pengalaman dan kepakaran bagi menyokong inisiatif transformasi ini. Saya gembira kerana dapat menyertai pasukan Capco yang berkembang pesat di Asia Tenggara ini."
Latar Belakang Capco
Capco, sebuah syarikat Wipro, ialah firma perunding teknologi dan pengurusan global yang mengkhusus untuk memacu transformasi digital dalam industri perkhidmatan kewangan. Dengan peningkatan portfolio pelanggan yang terdiri daripada lebih 100 organisasi global, Capso beroperasi di persimpangan antara perniagaan dan teknologi dengan menggabungkan pemikiran inovatif dengan pengetahuan industri yang tiada tandingan bagi mempercepatkan inisiatif digital untuk perbankan dan pembayaran, pasaran modal, pengurusan kekayaan dan aset, insurans serta sektor tenaga. Kepintaran termaju Capco dijayakan melalui budaya pemenang anugerah Be Yourself At Work (Jadilah Diri Sendiri Di Tempat Kerja) dan pelbagai bakat. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.capco.com atau ikuti kami di Facebook, YouTube, LinkedIn dan Instagram.