omniture

Pejuang Legenda Bertemu Strategi, "The King of Fighters: Survival City"

JOYCITY
2023-03-08 15:30 22

SEONG-NAM, Korea Selatan, 8 Mac 2023 /PRNewswire/ -- JOYCITY, pembangun dan penerbit terkemuka judul permainan mudah alih bertaraf dunia, membawakan permainan penting dengan Pergaduhan Kemandirian (Survival Brawler) serba baharu kepada barisan permainan mereka yang memenangi anugerah menerusi The King of Fighters: Survival City.

Legendary Fighters Meet Strategy! KOF: Survival City
Legendary Fighters Meet Strategy! KOF: Survival City

Keluar dari poket dan terus ke tangan anda:
K', Kula dan Maxima membawakan Kemandirian, Strategi dan Kekuatan untuk memulakan pertarungan melawan NESTS jahat dan menghentikan mereka daripada merampas dunia!
Alami KOF dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan dengan The King of Fighters: Survival City.

The King of Fighters: Survival City ialah judul permainan mudah alih yang menamatkan corak yang membataskan dalam genre pergaduhan bergerak pantas, kegemaran peminat dan klasik dengan mengetengahkan strategi, menerusi barisan lebih 40 pejuang popular daripada siri permainan asal, King of Fighters secara rasmi melangkah ke arena Strategi, Berbilang Pemain Secara Besar-besaran pada Skala Global.

The King of Fighters: Survival City memberi kehidupan kepada dunia komprehensif yang luas dengan cerita eksklusif yang serta merta menyelami ke dalam kisah misteri K'. Peminat KOF akan segera mengenali gaya penceritaan gelap sebagai hasil kerja NESTS dan bermula dari saat itu, dunia menjadi hidup apabila pemain mengawal watak-watak ikonik daripada senarai francais perlawanan SNK.

Pemain bukan sahaja boleh Memanggil dan Menaik Taraf lebih 40 pejuang KOF ikonik menggunakan pelbagai kaedah seperti sistem penggabungan karakter, memperoleh pengalaman dan item. Kemudahan dan bangunan dalam pangkalan anda membolehkan pemain melatih, berunding dengan pangkalan yang lain dan memilih sama ada Saling-Bersemuka dalam PVP yang ganas, atau saling bekerjasama dengan pemain dari seluruh dunia untuk membentuk strategi yang diperlukan bagi menghentikan huru-hara yang dicetuskan oleh NESTS, Cyborg dan Pejuang penyangak!

Melangkaui pergaduhan 3-pusingan yang dijangkakan, pemain The King of Fighters: Survival City boleh mengekalkannya secara kasual dan membuka kunci kandungan dengan permainan mini berasaskan teka-teki yang menyediakan pejuang, aksesori dan objek khas atau mereka boleh berganding bahu habis-habisan dan menuntut penguasaan mutlak dalam City Takeover! 

Masanya telah tiba untuk mengingati siapa anda - dan selamatkan Dunia!

The King of Fighters: Survival City tersedia untuk dimuat turun melalui Google Play dan App Store  serta dilancarkan dengan sokongan untuk bahasa Inggeris, bahasa Korea, bahasa Jepun, bahasa Jerman, bahasa Thai dan banyak lagi akan datang.

©SNK CORPORATION ©2023 JOYCITY CORP. & NDREAM HAK CIPTA TERPELIHARA.

Maklumat Perhubungan: JOYCITY Marketing | marketing@joycity.com

 

Source: JOYCITY
Related Stocks:
Korea:067000
Keywords: Electronics Gaming Entertainment New products/services