omniture

CGTN: Badan perundangan China tegaskan tingkatkan demokrasi rakyat seluruh-proses

CGTN
2023-03-08 23:14 38

BEIJING, 8 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Pada hari Selasa, penggubal undang-undang tertinggi China menggesa Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) untuk mendukung dan menambah baik sistem kongres rakyat dan meningkatkan demokrasi rakyat seluruh-proses secara berterusan.

Li Zhanshu, pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC ke-13 mengeluarkan kenyataan berkenaan semasa menyerahkan laporan kerja di sesi pertama NPC ke-14.

Demokrasi rakyat seluruh-proses ialah model demokrasi sosialis yang meliputi kesemua aspek dalam proses demokrasi dan semua sektor masyarakat, menurut kertas putih yang bertajuk "China: Democracy That Works" ("China: Demokrasi Yang Berjaya"), dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negara China pada tahun 2021.

'Kevitalan dan keunggulan mantap' NPC

NPC dan jawatankuasa tetapnya kekal komited terhadap kepimpinan Parti, kedudukan rakyat sebagai tuan kepada negara ini dan kepemerintahan berlandaskan undang-undang, menurut laporan tersebut.

Li berkata penggal lima tahun Jawatankuasa Tetap NPC ke-13 bertepatan dengan tempoh "perubahan bersejarah besar" yang melaluinya perjuangan Parti dan negara ini semakin berkembang pesat.

Menyebut tentang pencapaian yang paling penting oleh Jawatankuasa Tetap NPC sepanjang tempoh lima tahun, Li menekankan konsep demokrasi rakyat seluruh-proses menjelaskan secara mendalam konotasi asas, ciri-ciri penting dan prinsip-prinsip asas demokrasi sosialis di China.

Pada tahun 2021, persidangan pusat berhubung tugas yang berkaitan dengan kongres rakyat telahpun diadakan di Beijing. Presiden Cina Xi Jinping, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), berkata di mesyuarat tersebut bahawa demokrasi rakyat seluruh-proses di China "bukan sahaja mempunyai set lengkap institusi dan prosedur, tetapi juga penyertaan dan amalan penuh."

"Ia merupakan demokrasi sosialis yang paling luas, paling tulen dan paling berkesan," kata Xi.

Sementara itu, laporan kerja tersebut menyatakan NPC ke-13 telah menjamin pelaksanaan penuh Perlembagaan serta menjunjung kewibawaan dan kesuciannya sepanjang penggal lima tahunnya.

Sepanjang lima tahun yang lalu, penambahbaikan telah dibuat kepada Perlembagaan dan undang-undang lain yang berkaitan, menurut laporan berkenaan.

Khususnya, NPC menerima pakai pindaan Perlembagaan yang menunjukkan dengan jelas bahawa kepimpinan Parti Komunis China ialah ciri penentu sosialisme dengan ciri-ciri Cina. Pindaan perlembaan turut mewujudkan peranan pemandu Pemikiran Xi Jinping tentang Sosialisme dengan Ciri-ciri Cina untuk Era Baharu dalam aktiviti-aktiviti politik dan sosial China.

Berpegang teguh kepada demokrasi rakyat seluruh-proses

Amalan sejak lima tahun lalu memperdalami lagi pemahaman tentang konotasi saintifik, ciri-ciri asas dan keperluan penting sistem kongres rakyat, menurut laporan berkenaan.

"Kita perlu mendukung kepimpinan CPC dan memastikan prinsip perlembagaan bahawa kepimpinan CPC merupakan ciri paling penting dalam sosialisme dengan ciri-ciri Cina dilaksanakan sepenuhnya," menurut laporan itu.

Tahun 2023 menandakan tahun pertama untuk China melaksanakan sepenuhnya prinsip-prinsip panduan Kongres Kebangsaan ke-20 CPC, menurut laporan berkenaan.

Berhubung tugas Jawatankuasa Tetap NPC untuk tahun akan datang, laporan tersebut menekankan usaha untuk menguatkuasakan Perlembagaan, melaksanakan perundangan, memperkukuh pengawasan terhadap kongres rakyat, menambah baik tugas timbalan, antara lain.

https://news.cgtn.com/news/2023-03-07/Li-Zhanshu-delivers-NPC-Standing-Committee-work-report-1hYFWddsbmM/index.html

 

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Broadcast feed announcements