omniture

Pylontech Peroleh Sijil Bateri Ion Natrium Pertama Dunia daripada TÜV Rheinland

Pylontech
2023-03-08 23:44 164

SHANGHAI, 8 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Pada 3 Mac 2023, Pylontech (No. Saham 688063) memperoleh sijil bateri ion natrium pertama dunia yang diberikan oleh TÜV Rheinland, yang berasaskan kepada UL1973:2022, IEC62619:2022, IEC62660-2:2018 dan IEC62660-3:2022. Sijil ini menandakan kemajuan dan kematangan Pylontech dalam teknologi bateri ion natrium yang membuka jalan untuk aplikasinya dalam storan tenaga.

Pylontech Peroleh Sijil Bateri Ion Natrium Pertama Dunia daripada TÜV Rheinland
Pylontech Peroleh Sijil Bateri Ion Natrium Pertama Dunia daripada TÜV Rheinland

Menurut BNEF, kapasiti terpasang global storan tenaga dijangka mencecah 233GWj menjelang akhir tahun 2030, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 21%. Justeru itu, pencapaian teknologi bateri ion natrium memberi tambahan kepada bateri ion litium dan mengurangkan tekanan ke atas bekalan storan tenaga dengan berkesan.

Sebagai penyedia sistem storan tenaga khusus, Pylontech memanfaatkan kelebihannya dalam penyelidikan dan pembangunan bebas terhadap sel dan integrasi vertikal rantaian pengeluaran untuk menyampaikan sistem storan tenaga yang andal dan selamat dalam jangka masa panjang. Menjelang akhir tahun 2022, Pylontech menyampaikan lebih daripada 1,000,000 sistem storan tenaga. Mendapat manfaat daripada kekayaan pengalaman dalam storan tenaga bateri litium, Pylontech akan memacu aplikasi bateri ion natrium dalam bidang storan tenaga dengan inovasi teknologinya dan membawa lebih nilai kepada pengguna.

"Sebagai syarikat pertama yang mendapat piawaian keselamatan antarabangsa bateri ion natrium pastinya memperkukuh kedudukan Pylontech dari awal lagi — Penyedia Sistem Storan Tenaga Khusus dengan keupayaan pembangunan penyelidikan dan pembuatan komprehensif. Kami akan berusaha memanfaatkan keupayaan kami bagi mempercepatkan proses keneutralan karbon, tanpa mengira cabaran teknologi, ekonomi atau alam sekitar," kata Geoffrey Song, Naib Presiden perniagaan antarabangsa syarikat gergasi ESS.

Latar Belakang TÜV Rheinland 

TÜV Rheinland ialah sebuah organisasi pengujian, pemeriksaan, pensijilan, latihan dan perundingan pihak ketiga bebas yang terkemuka di peringkat antarabangsa dengan pengalaman selama lebih daripada 150 tahun di seluruh dunia.

Latar Belakang Pylontech 

Pylontech ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai penyedia sistem storan tenaga bateri (BESS) khusus dengan menggabungkan kepakaran mereka dalam elektrokimia, elektronik kuasa, integrasi sistem bagi menyampaikan penyelesaian storan tenaga yang andal ke seluruh dunia. Dengan penghantaran meningkat dua kali ganda selama 8 tahun berturut-turut, ia menjadi penyedia sistem storan tenaga yang terkemuka di peringkat dunia.

 

Source: Pylontech
Related Stocks:
Shanghai:688063
Keywords: Chemical Computer/Electronics Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements