omniture

ICP DAS - BMP akan pamerkan kepada pengunjung KIMES 2023 pelet TPU perubatan berprestasi tinggi di Seoul, Korea

ICP DAS Co., Ltd.
2023-03-09 00:10 59

HSINCHU, 9 Mac 2023 /PRNewswire/ -- ICP DAS - BMP (Polimer Bioperubatan), pembekal TPU (poliuretana termoplastik) perubatan Taiwan, akan mengadakan pameran pertamanya di KIMES 2023, Korea. Sorotan barang pameran termasuk pelet TPU dengan radiopacifier, masing-masing 50% tungsten (W50) dan 40% Barium Sulfat (B40). Pameran Peralatan Perubatan & Hospital itu berlangsung di Seoul mulai 23 hingga 26 Mac.

ICP DAS - BMP to partake in KIMES 2023
ICP DAS - BMP to partake in KIMES 2023

ICP DAS - BMP akan mempamerkan tiga siri pelet TPU gred-perubatan yang amat stabil iaitu Alithane™ (siri ALP), Durathane™ (siri ALC) dan Arothane™ (siri ARP). Kesemua pelet TPU dibuat di Taiwan 100% dan telah lulus ujian USP Class VI dan/atau ujian kebolehserasian bio ISO 10993.

Bagi membezakannya daripada proses penyebatian, ICP DAS – BMP membangunkan proses pempolimeran satu-langkah yang unik bagi menghasilkan pelet TPU yang mengandungi pengisi kelompok induk warna dan radiolegap bagi meningkatkan sifat-sifat prestasi bahan-bahan kami untuk pelbagai kegunaan perubatan, termasuk kateter perubatan, peranti rawatan kanser dan salutan wayar pandu.

Kami turut menjalankan pemeriksaan kualiti secara teliti untuk setiap kelompok yang dikeluarkan bagi menjamin kekonsistenan lot-ke-lot pelet TPU perubatan kami, memenuhi keperluan pelanggan, iaitu sifat-sifat mekanikal & fizikal serta kebolehprosesan.

Pasukan pakar, ujian yang ketat, sifat-sifat unggul, masa pendulu lebih singkat - kesemua ini telah mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada pengeluar seluruh dunia. Kami menjangkakan peningkatan terhadap jualan TPU kami di China, India, Eropah dan AS pada tahun ini dan kami bersedia untuk menonjol dalam bidang ini di peringkat global.

Datanglah & bertemu ahli-ahli profesional kami di Dewan D, Reruai DL130, mulai 23 hingga 26 Mac @ Tempat Pameran COEX.

Latar Belakang ICP DAS - BMP

Di tengah-tengah permintaan seluruh dunia yang melambung tinggi untuk TPU daripada industri perubatan, ICP DAS menubuhkan sebuah unit perniagaan baharu ICP DAS - BMP pada tahun 2018 bagi membangunkan dan mengeluarkan TPU gred-perubatan. Kami memperoleh pensijilan pembuatan ISO 13485 untuk TPU kami bagi menjamin keselamatan dan kualiti produk.

ICP DAS - BMP mempunyai makmalnya sendiri untuk pempolimeran, analisis sifat-sifat fizikal & kimia, ujian mekanikal dan ujian sitotoksisiti. Di samping itu, TPU yang dikilangkan oleh pihak kami diperakui oleh USP Class VI dan ISO 10993 certified: ISO 10993-4 untuk ujian kebolehserasian hemo, ISO 10993-5 untuk ujian sitotoksisiti, ISO 10993-10 untuk ujian kerengsaan dan pemekaan kulit, ISO 10993-11 untuk ujian sitotoksisiti sistemik dan ISO 10993-23 untuk ujian kerengsaan. Siri produk kami turut mematuhi REACH dan RoHS.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami: https://bmp.icpdas.com/

 

 

 

 

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Health Care/Hospital New products/services Trade show news Future Events