JAKARTA, Indonesia, 9 Mac 2023 /PRNewswire/ -- REPT BATTERO Energy Co., Ltd. ("REPT" atau "Syarikat"), penyedia penyelesaian tenaga baharu terkemuka yang disokong oleh syarikat gergasi keluli tahan karat dan nikel China, Tsingshan Group membawa ke Battery & Energy Storage Indonesia (BATTERY Indonesia) 2023 pelbagai penyelesaian storan bateri baharu yang direka bentuk untuk meningkatkan prestasi kenderaan tenaga baharu dan sistem storan tenaga pintar. Tiga kategori daripada tawaran baharu – sel bateri, rak dan sistem bersepadu – didedahkan di reruai A2I2-01 yang melaluinya pengunjung mempelajari bagaimana generasi baharu produk REPT BATTERO memangkinkan inovasi tenaga boleh baharu dan memacu pembangunan industri storan tenaga.
Dianjurkan oleh PT. Global Expo Management (GEM Indonesia), BATTERY Indonesia, salah satu pameran perdagangan storan tenaga yang terbesar di negara ini, mengalu-alukan lebih 200 syarikat yang mengadakan pameran dan 15000 pengunjung perdagangan ke dewan pamerannya sepanjang 3 hari.
REPT BATTERO mempamerkan produk generasi baharu dan memenangi anugerah berpengaruh di Solartech Indonesia 2023
Salah satu sorotannya ialah produk storan tenaga baharu REPT BATTERO yang membawakan sel bateri 72Ah. Sel ini mewarisi prestasi luar biasa pendahulunya dengan sel 50Ah dan dalam masa yang sama mempunyai kapasiti yang diperluas dan peningkatan yang luar biasa dalam jangka hayat panjang, meningkatkan kitaran pengecasan sehingga 6000 hingga 8000 kali. Tawaran baharu ini memanjangkan masa perkhidmatan dengan ketara sambil menyediakan prestasi operasi yang konsisten dan lebih baik, lalu menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang memerlukan penyelesaian storan tenaga yang tahan lama dan berprestasi tinggi.
Model arus perdana yang digunakan secara meluas di AS dan Eropah, model 50Ah REPT BATTERO merupakan produk paling laris terjual pada tahun 2022, diikuti oleh produk storan tenaganya yang membawakan sel bateri 280Ah. Dengan pelancaran produk 72Ah baharu, REPT BATTERO menyasarkan untuk meluaskan portfolio produknya dengan ciri-ciri yang lebih canggih bagi memantapkan lagi kedudukannya sebagai peneraju pasaran storan tenaga.
Di samping itu, REPT BATTERO turut mempamerkan bateri 320Ah berkapasiti tinggi yang dikuasakan oleh teknologi Wending proprietari Syarikat ini. Telahpun diperkenalkan buat julung kali pada Ogos 2022, teknologi Wending merupakan pengubah keadaan yang meningkatkan prestasi dan kitaran pengecasan produk baterinya. Produk ini direka bentuk untuk aplikasi berkuasa tinggi serta projek utiliti berskala besar dan bersedia untuk dilancarkan dalam pasaran pada separuh kedua tahun 2023.
REPT BATTERO turut melancarkan ESS pendinginan cecair yang dicirikan oleh integrasi sistem yang lebih tinggi dan boleh mencapai ketumpatan tenaga yang lebih tinggi — bekas 20-kaki dengan tenaga 3.7MWj.
"Sebagai syarikat tenaga boleh baharu pertama yang mendapat pelaburan daripada Tsingshan Group, REPT BATTERO mendapat faedah daripada sumber-sumber industri Tsingshan yang tiada tandingan bagi mewujudkan rantaian bekalan yang mantap dan meningkatkan kehebatan teknologi kami dalam storan tenaga, yang melaluinya kami yakin REPT BATTERO akan menjadi daya penggerak dalam membantu Indonesia mencapai matlamat iklimnya. Kami teruja untuk mengambil peluang ini bagi mempamerkan inovasi terkini kami dalam penyelesaian tenaga hijau di BATTERY Indonesia 2023, yang hanya menandakan permulaan perjalanan kami dalam merevolusikan cara tenaga baharu dimanfaatkan, disimpan dan digunakan di Indonesia. Bateri Syarikat kami memberi kuasa kepada Air EV Wuling yang telah ditetapkan sebagai kenderaan rasmi Sidang Kemuncak G20 kali ke-17. Sementara itu, REPT BATTERO tetap memfokuskan kepada strategi pembangunannya dalam kedua-dua penyelesaian EV dan ESS, menggiatkan usahanya untuk memenuhi kehendak yang semakin meningkat terhadap penyelesaian tenaga boleh baharu," kata Jia Hong, Pengarah Jualan Storan Tenaga di REPT BATTERO.
Untuk maklumat lanjut, sila klik https://chinarept.com/en/