omniture

H3C Jalin Kerjasama dengan Fortesys bagi Membawa Penyelesaian Rangkaian Inovatif ke Malaysia

H3C
2023-03-10 17:33 18

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Mac 2023 /PRNewswire/ -- H3C, penyedia penyelesaian digital yang terkemuka, mengumumkan perkongsiannya yang terkini di Malaysia bersama Fortesys Sdn Bhd, penyedia penyelesaian rangkaian digital. Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, Fortesys akan menjadi pengedar rasmi produk penting H3C, termasuk infrastruktur atas meja maya (VDI), infrastruktur hiper-tertumpu (HCI), penyelesaian Kampus Dipacu-Aplikasi (AD) dan penyelesaian tanpa wayar.

(Kiri-Kanan) En. Rockies Ma, Pengarah Urusan H3C Malaysia dan En. Kevin Kuak, Pengarah Eksekutif Fortesys.
(Kiri-Kanan) En. Rockies Ma, Pengarah Urusan H3C Malaysia dan En. Kevin Kuak, Pengarah Eksekutif Fortesys.

Melalui perkongsian ini, H3C akan membawakan penyelesaian digitalnya yang termaju kepada khalayak yang lebih luas di Malaysia, membolehkan lebih banyak perniagaan dan organisasi mendapat manfaat daripada teknologi rangkaian dan infrastruktur terkini. Di samping itu, perkongsian ini akan membolehkan H3C memperluaskan kumpulan pelanggan mereka dan memacu pertumbuhan perniagaan di Malaysia sekali gus menyediakan peluang untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik serta membantu mereka mencapai matlamat transformasi digital mereka.

Infrastruktur Atas Meja Maya (VDI) H3C ialah teknologi pemayaan atas meja yang membolehkan pengguna mengakses atas meja maya dari jauh daripada sebarang peranti. Teknologi ini membolehkan organisasi yang menyediakan cara yang terjamin dan berkesan kepada pekerja untuk mengakses sumber korporat dan aplikasi di mana-mana sahaja.

Infrastruktur Hiper-Tertumpu (HCI) H3C ialah infrastruktur perisian-tertakrif yang menggabungkan antara pengkomputeran, storan dan rangkaian ke dalam satu sistem. Teknologi ini membolehkan organisasi-organisasi mengurangkan kerumitan infrastruktur pusat data mereka dan meningkatkan kecekapan operasi.

Penyelesaian Kampus Berpandukan-Aplikasi (Kampus-AD) H3C ialah satu penyelesaian rangkaian kampus inovatif yang memanfaatkan rangkaian perisian-tertakrif (SDN) dan pemayaan fungsi rangkaian (NFV) bagi menyediakan pengurusan, sekuriti dan analisis trafik pintar. Penyelesaian ini membolehkan organisasi-organisasi mengoptimumkan prestasi rangkaian, mengurangkan masa henti dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Penyelesaian tanpa wayar H3C's menyediakan sambungan tanpa wayar yang berkelajuan tinggi, andal dan selamat kepada organisasi-organisasi daripada semua saiz. Penyelesaian ini termasuk titik akses, pengawal dan perisian pengurusan yang membolehkan organisasi-organisasi menggunakan dan mengurus rangkaian tanpa wayar mereka dengan cepat dan cekap.

Rockies Ma, Pengarah Urusan H3C Malaysia, berkata, "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Fortesys dan memperluaskan kehadiran kami di Malaysia. Dengan pengetahuan dan pengalaman luas Fortesys dalam rangkaian digital, kami yakin perkongsian ini akan membolehkan kami menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan digital yang terkini kepada pelanggan kami. Perkongsian ini akan membolehkan pelanggan di Malaysia mengakses produk dan perkhidmatan H3C dengan lebih cekap. Di samping itu, ia akan membantu mengukuhkan kedudukan H3C sebagai penyedia penyelesaian rangkaian digital yang terkemuka di rantau ini."

Kevin Kuak, Pengarah Eksekutif Fortesys berkata, "Kami teruja dapat bekerjasama dengan H3C dan membawakan penyelesaian digital termaju mereka kepada pelanggan kami di Malaysia. Di samping itu, Fortesys akan bekerjasama erat bersama H3C untuk menyediakan kepada pelanggan dengan sokongan, latihan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan produk H3C. Kami percaya perkongsian ini akan membolehkan kami menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami dan membantu mereka mencapai matlamat transformasi digital mereka."

Perkongsian H3C dengan Fortesys merupakan bukti komitmennya yang terkini untuk memacu penyetempatan dalam transformasi digital global. Semasa Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa NAVIGATE 2023 baru-baru ini, syarikat ini mengumumkan strategi perniagaan antarabangsa baharunya — untuk membina keupayaan inovasi teknologi setempat, meningkatkan pemerkasaan bakat setempat dan membina ekosistem setempat. Dalam perjalanan menuju dunia yang mengutamakan digital, H3C berhasrat untuk menerapkan dengan efektif visi dan pengalaman globalnya ke dalam inovasi, pemerkasaan dan ekosistem setempat dan membuatkan semua negara benar-benar mendapat manfaat daripada transformasi digital.

Latar Belakang H3C

H3C ialah peneraju industri bagi penyediaan Penyelesaian Digital dan komited untuk menjadi rakan kongsi pelanggan kami yang paling dipercayai dalam usaha mereka untuk inovasi perniagaan dan transformasi digital. H3C menawarkan portfolio penuh produk Infrastruktur Digital, mencakupi pengkomputeran, penyimpanan, perangkaian, sekuriti dan domain berkaitan serta menyediakan platform digital sehenti yang komprehensif yang melibatkan pengkomputeran awan, data raya, kesalinghubungan, sekuriti maklumat, keselamatan baharu, Internet Pelbagai Benda (IoT), pengkomputeran pinggir, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian 5G, serta perkhidmatan teknikal hujung-ke-hujung.

Untuk maklumat lanjut tentang H3C, sila kunjungi http://www.h3c.com/en/

Latar Belakang Fortesys Sdn Bhd

Fortesys Sdn Bhd merupakan pakar dalam menyediakan penyelesaian dan penjagaan rangkaian digital dengan pengalaman perkhidmatan yang inovatif selama 15 tahun. Syarikat ini menawarkan pelbagai jenis penyelesaian termaju untuk setiap dilema rangkaian digital. Misi korporat syarikat ini adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang inovatif, berkualiti tinggi dan bernilai tinggi kepada rakan kongsi dan pengguna akhir mereka sementara syarikat ini memfokuskan kepada daya saing pasarannya bagi menjadi peneraju pasaran. Visi syarikat ini adalah untuk menjadi pengedar utama Penyelesaian Rangkaian Komputer Seluruh Negara dan menawarkan kepada semua rakan kongsi dan pengguna akhir (tanpa mengira pengetahuan teknikal atau keupayaan kewangan mereka) dengan peluang untuk menikmati faedah-faedah Teknologi Termaju dan Inovasi di Dunia.

Source: H3C
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Consumer Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Corporate Expansion