omniture

Diperkasa oleh inovasi, Huion Sasar Bawa Penyelesaian Dakwat Digital ke Seluruh Dunia

Huion
2023-03-12 00:00 132

NEW YORK, 12 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Huion, penginovasi dan pengeluar terkemuka peranti lukisan digital, menyambut ulang tahun ke-12nya merentas kesemua platform termasuk laman rangkaian sosial dan komuniti rasmi.

Ditubuhkan pada tahun 2011, Huion berkembang daripada sebuah syarikat pemula kepada peneraju industri pada dekad lalu. Apabila ditanyakan tentang rahsia di sebalik kejayaannya, Huion akan menjawab Inovasi. Huion bertindak untuk menyediakan kepada pelanggannya produk terbaik dan teknologi canggih. Hasilnya, ia berkembang pesat sebagai jenama bertaraf global dengan reputasi yang bagus. Buat masa ini, Huion telah menjadi garis dasar perbandingan dalam industri ini, sering disyorkan oleh komuniti dan juga golongan kreatif untuk nilainya yang hebat.


Huion berpegang kepada strategi "Teknologi + Inovasi"

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Huion mengusahakan strategi "Teknologi + Inovasi" ketika ia memperluaskan barisan produknya bermula daripada aliran kerja aras permulaan kepada canggih, bagi memenuhi keperluan pelbagai pencipta dan golongan profesional.

Dari tahun 2022 hingga 2023, Huion memperkenalkan tablet pen terbesar dalam industri ini, Inspiroy Giano; tablet pen pertama industri dengan dwi pengawal dail, Inspiroy Dial 2; selain itu, ia memperkenalkan komputer buku digital pintar pertamanya, Huion Note; siri tablet Inspiroy 2 yang intuitif; dan komputer pen baharu Kamvas Studio 16 & 24, yang menggamit perhatian yang luas.


Bagi pencapaian teknologi, Huion memperkenalkan PenTech 3.0+ yang terkini untuk memberi pengalaman menulis yang lebih semula jadi kepada artis. Teknologi PenTech 3.0+ mula digunakan pada PW550 dan PW550S. Dengan kepekaan tekanan linear, pen-pen baharu ini akan bertindak balas lebih lembut dan membawa pengalaman pengguna ke tahap seterusnya.

Ketika itu, Huion turut memenangi anugerah reka bentuk seperti GOLDEN PIN DESIGN AWARD 2022 dan Red Dot Design Award 2022. Tidak dapat dinafikan ia merupakan satu bentuk pengiktirafan dan galakan untuk Huion bagi mendorongnya ke tahap yang lebih tinggi.

Prospek Huion dalam masa terdekat

Misi Huion adalah untuk membawa penyelesaian dakwat digital kepada lebih ramai orang di serata dunia, membolehkan mereka mengekspresikan idea dan nilai mereka dengan imaginasi dan kreativiti yang tidak terbatas, tanpa mengira latar belakang dan status mereka. Hari ini, pengguna Huion datangnya dari seluruh dunia, termasuk Eropah, Asia Tenggara, Amerika Utara dan Australia.

Kami telah menyaksikan kuasa inovasi dan kami masih percaya ia merupakan kunci kepada kelanjutan usia sesebuah perusahaan. Pada masa depan yang boleh diramalkan, Huion akan terus berinovasi dan menerajui jalan dalam industri ini.

 

Source: Huion
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Computer Accessories Telecommunications