PISCATAWAY, New Jersey, 28 Februari 2014 /PRNewswire/ -- GenScript, penyedia gen sintetik terbesar dunia telah melancarkan perkhidmatan Sintesis Gen Generasi Seterusnya GenPlus™ baharu yang menawarkan keberkesanan kos dan kapasiti yang tiada tandingan bagi perkhidmatan sintesis gen khusus.
Dengan pengalaman selama lebih satu dekad sebagai pembekal sintesis gen yang menerajui di AS, GenScript telah berjaya membangunkan teknologi cemerlang yang baharu: Sintesis Gen Generasi Seterusnya GenPlus™. GenPlus™ menggabungkan kelebihan sintesis selari dengan automasi untuk mencapai kapasiti pengeluaran sebanyak lebih 100 juta pasang bes setiap bulan, di samping meneruskan komitmen GenScript untuk menyediakan serahan yang sedia digunakan untuk tujuan penyelidikan dan juga mempunyai 100% ketepatan jujukan.
"Kami amat teruja untuk melancarkan platform baharu ini bagi sintesis gen generasi seterusnya. Ia berjaya meningkatkan kapasiti global bagi sintesis gen kepada peringkat baharu yang belum pernah dicapai sebelum ini," ujar Frank Zhang, Ph.D., Ketua Pegawai Eksekutif GenScript. "Kami ingin menjemput komuniti penyelidikan sains hayat dan bioperubatan dunia untuk bekerjasama dengan kami bagi meneroka peluang penyelidikan baharu yang terbuka dengan kapasiti sintesis gen yang pertama seumpamanya ini."
GenPlus™ menawarkan proses cekap dan berkapasiti tinggi yang mampu menurunkan kos projek penyelidikan yang memerlukan sintesis jumlah tinggi bagi ratusan atau ribuan jujukan DNA yang tersendiri. Dengan itu, GenPlus™ mampu memperluas akses para penyelidik kepada strategi penyelidikan yang mantap. Simpanan varian gen yang luas pula menggalakkan usaha untuk menghasilkan enzim, litar metabolik, genom serta organisma baharu. Reka bentuk rasional atau mutagenesis rawak bagi jujukan DNA boleh digunakan untuk mengenal pasti hubungan struktur-fungsi dan juga mekanisme kawalan gen secara sistematik. Sebagai kejayaan baharu dalam teknologi sintesis gen, GenPlus™ akan mendorong inovasi dalam terapeutik penyakit, teknologi pertanian serta tenaga, di samping mendalami pemahaman kami terhadap prinsip asas bagi sistem biologi.
Latar Belakang GenScript
Setelah ditubuhkan pada tahun 2002, GenScript merupakan organisasi penyelidikan klinikal (CRO) biologi yang menerajui dengan pengkhususan dalam perkhidmatan penyelidikan biologi khusus termasuk sintesis gen dan peptida, ekspresi protein, penjanaan antibodi dan juga penemuan/penghasilan ubat-ubatan. GenScript mempunyai ibu pejabat di Piscataway, New Jersey dengan syarikat subsidiarinya di Eropah, Jepun dan juga China yang kesemuanya dikhususkan untuk menyediakan perkhidmatan penyelidikan biologi untuk 86 negara di seluruh dunia. Ketahui dengan lebih lanjut di www.genscript.com.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang Teknologi Sintesis Gen Generasi Seterusnya GenPlus™, sila layari http://www.genscript.com/genplus_nextgen_gene_synthesis.html hari ini atau hubungi wakil perkhidmatan pelanggan di tempat anda.